Wednesday, October 3, 2012

Bacaan~


Aku suka komik.

Sejak dari zaman kanak-kanak lagi aku memang suka membaca. Bahan bacaan kat rumah aku sentiasa di'update' oleh mama aku yang juga suka membaca. Tapi memang sah la bahan bacaan tersebut kurang sesuai dengan kanak-kanak macam aku. Penyelesaiannya, mama aku belikan aku komik Kawan, Kuntum, Dragon Ball, Misteri Naga dan macam-macam lagi. Walaupun aku dah ada buku aku sendiri, aku tetap suka membelek buku-buku yang mama aku beli.

Ayah aku pula kurang suka membaca. Tapi dulu ada je buku yang ayah aku bawa pulang seperti Dewata Raya. Komik aksi Hong Kong yang boleh buat aku leka seharian membaca sebab penuh warna dan lukisan yang cantik. Seingat aku koleksi Dewata Raya aku dulu boleh kata menggunung juga la. Sekarang, err aku tak tahulah sama ada dah diberi kepada orang lain atau mama aku dah jual kat tempat recycle.

Bila aku masuk sekolah menengah, aku minat mengumpul komik penyiasatan seperti Detektif Conan dan Penyiasat Remaja Detektif Q. Tak cukup dengan komik penyiasatan, aku beli juga majalah Kreko yang penuh dengan manga Jepun dan info-info untuk 'otaku'. Ketika ini juga virus membaca novel sahabat baikku tersebar kepadaku lantas menjadikan aku pembaca novel yang agak tegar.

Bila dah memasuki alam matrikulasi, minat membaca aku masih tidak luntur tapi aku mula membaca bahan bacaan yang lebih kepada keagamaan walaupun begitu, aku tetap dengan minat lama aku membaca, membeli dan mengumpul komik. Boleh dikatakan semua komik Jepun keluaran Gempakstarz aku beli.

Masuk alam universiti, masih tiada perubahan. Boleh dikatakan setiap kali aku keluar aku akan membeli komik baru. Terus terang aku cakap, komik-komik ni merupakan penyelamat aku bila aku down dengan study dan segala macam benda. Sekurang-kurangnya aku boleh lari sekejap dari masalah walaupun cuma 15minit (aku boleh habiskan sebuah komik dalam masa 15 minit tapi ikut ketebalan komik tu juga la).

Sekarang bila dah jadi penganggur semula aku baca balik komik-komik lama aku. Masih seronok walaupun komik tersebut telah diulang baca berkali-kali. Entah aku rasa seronok sangat bila membaca komik sebab aku bayangkan aku berada dalam situasi watak dalam komik tersebut. Ye imaginasi memainkan peranan yang penting ye..hehe~~

Buku-buku lain seperti buku motivasi, keagamaan, fizik dan lain-lain juga aku baca bila ada masa terluang. Al-maklumlah sekarang dah jadi surirumah semula. Bangun pagi je terus fikir nak masak apa untuk adik-adik yang balik dari sekolah. Bila dah takde idea, terus call ayah hehehe...ayah jugalah yang bagi idea nak masak..

Okaylah aku rasa macam banyak sangat je aku update kali ni. Okay till we meet again (^-^)

No comments:

There was an error in this gadget