Wednesday, October 17, 2012

Gatal~


Takde kaitan dengan alergi ke apa..

Gatal zaman kanak-kanak~

Waktu umur mula nak naik 10-17 tahun (walaupun usia ade belas-belas tapi aku akan tetap anggap kanak-kanak je) ramai sangat la kanak-kanak ni yang dok beria sangat nak ber'couple'. Kononnya nak perhatian lebih la, ada perasaan kat budak lelaki/perempuan sama/luar/lain tingkatan, nak amik pengalaman la apa la..lalalalala~ terus terang aku cakap kalau ada budak-budak umur macam ni dok garit sangat nak bercinta memang aku rasa nak bagi penampar je sebab waktu-waktu umur macam ni memang kritikal dalam pembesaran kanak-kanak ni. Masa ni la mereka seharusnya menumpukan perhatian dalam pelajaran mereka dan cari diri mereka sendiri. Soalan seperti "Apa yang aku akan buat selepas tamat sekolah?" "Pekerjaan apa yang sesuai untuk aku?" sepatutnya soalan wajib untuk setiap daripada mereka tanya pada diri sendiri dan rujuk ibubapa, guru atau kaunselor sebab soalan-soalan itu penting untuk masa depan mereka bukan " Siapa ye bakal suami aku?" "Agak-agak si A suka kat aku tak?" tapi aku tak halang daripada remaja umur ni untuk berdoa untuk mendapat jodoh yang baik di masa hadapan..yeah berdoa itu bagus (^-^). Doakan sekali untuk masa hadapan yang cerah dan menuju ke Jannah bukan Jahanam~

Gatal zaman pra-dewasa~

Umur 18-20. Macam ni bagi aku gatal masih boleh dimaafkan jika dah ada haluan hidup sendiri dan memang nak mengakhiri kegatalan dengan hubungan yang sah aka berkahwin. Tapi....sekarang ni macam trend pula, couple 2-3 bulan pastu break-up dan cari orang lain yang kononnya lebih memahami..err aku tak boleh komen sangat sebab dulu aku pun pernah ada hubungan yang tahan selama 3 bulan je time umur ni..ye aku sebenarnya memang ada niat pun nak end-up with marriage tapi apa boleh buat takde jodoh dan ketika ini aku masih tak dapat lihat hala tuju hidup aku.

Gatal zaman dewasa..


Umur 21-40. Gatal sebab nak berkahwin sangat boleh dimaafkan tapi kalau gatal sebab nafsu serakah je...err aku rasa baik hentikan jela..ye sangat menjelekkan kalau tengok orang-orang sebegini...ada juga yang dah berkahwin tapi masih mengatal sebab nak test market or cari potential bini no 2, 3 & 4 or perempuan simpanan wallahua'llam

Gatal zaman senja~

41-80. Kalau menggatal sebab masih belum berkahwin atau dah kematian suami/isteri takpe lagi tapi....seperti gatal zaman dewasa, kalau gatal sebab nak cari no 2, 3 & 4 / perempuan simpanan saya galakkan bertaubatlah..rumah kata pergi kubur kata mari...bertaubatlah sebelum terlambat.

p/s: kalau perempuan pula selalunya yang kaya-raya & dah tua tapi x sedar diri suka pasang anak ikan..errr sepatutnya jagalah ikan besar (suami) anda sebaik mungkin sehingga ke akhir hayat.

No comments:

There was an error in this gadget