Tuesday, October 2, 2012

Hunter kembali~


Tanggal 26 September 2012 merupakan hari terakhir aku bekerja..

Ya aku dah berhenti kerja..

Loser? X aku rasa puas yang teramat sangat sebab aku dapat rasakan yang aku telah membuat keputusan yang paling tepat. Bagi aku buat apa kerja gaji banyak tapi hati x tenteram?

Aku mengalami kesukaran dalam menunaikan ibadah yang paling penting dalam hidupku, solat. Bayangkan pukul 7pm tapi masih belum dapat menunaikan solat Asar..bila aku suarakan, mereka mempersoalkan tentang professionaliti..dan ketika itu aku tahu yang ini bukan untuk aku..rezekiku mungkin ditempat lain.

Seorang rakan baikku juga mengambil keputusan yang sama denganku..alhamdulillah kami berasa lega tiada langsung rasa berat hati..cuma agak terkilan kerana terpaksa berpisah dengan rakan2 yang lain..

Kini aku bahagia dirumah sendiri..memasak unutk keluarga, bermain dan mengajar adik2 ku yang lain~huhu

InsyaAllah Ahad (7/10/2012) merupakan convocation day untuk aku dan juga pelajar IIUM yang lain..so maybe I'll starts my job hunting after the convocation~huhu

No comments:

There was an error in this gadget