Monday, October 8, 2012

Kerana Nama


Kisah ini terjadi sehari sebelum, hari konvokasi penulis~ chewah~

Pagi (6/10/2012)

Lepas Subuh aku dah x tidur dan terus ke ruang tamu menonton televisyen. Pukul 9.39am aku menerima sms dari kawanku yang hampir menyebabkan aku terkena heart attack (hehe melebih pula). Kawanku, Adib menghantar mesej menanyakan sama ada aku sudah tiba di UIA atau belum. Punyalah aku panik sebab aku takut aku salah tengok hari konvokasi ke apa..terus aku hantar sms ke Su menanyakan hari konvokasi kami. Setelah 3 minit barulah aku terima sms daripada Adib memberitahu yang dia tersalah hantar sms. Sebenarnya dia nak sms Nasrun tapi ter'sms' aku sebab nama kami dekat2..elok pula dalam mesej tu dia bahasakan 'Nas' memang boleh bagi aku kelam kabut la..huhu~

Maka aku pun bagi cadangan tukar nama Run untuk Nasrun dan Rin untuk aku huhu barulah x tertukar haha~

Boleh pula si Adib cakap x mau sebab lain kali boleh buat kitorang sentap lagi huhu..Adib la..

Moral of the story : Sila check betul2 sebelum hantar sms..nasib baik la time tu aku memang dah bangun kalau mamai2 lagi mau haru..

No comments:

There was an error in this gadget