Monday, October 29, 2012

Raya Korban yang lepas~


Macam dah lama sangat berlalunya pun...

Okay nak dijadikan cerita, hari Khamis lepas aku ikut gak parent, lisa dan wani balik Kedah...haih ni semua pasal desakan si Lisa tu la..siap nak rasuah aku dengan aiskrim Walls baru tu..ala yang strawberry cheesecake (aku menanti Lisa)! Maka dengan agak berat hati aku setuju..yela kang merajuk plak budak sengal tu..menyampah!

drooling!!!!
Pukul 12.35am macam tu kitorang bertolak keluar dari rumah..ayah aku g isi minyak dulu pastu baru naik highway. Sampai2 je kat highway PLUS....MAK AIH! Kereta bertali arus dan...ya jammed la apa lagi..terus terang aku cakap ni la antara jam yang paling teruk aku pernah alami..memang terbaik! Dan ayah aku naik fed-up la..sampai Slim River, terus keluar dari highway masuk jalan lama..woohoo~ alhamdulillah lancar perjalanan (^-^) Sampai Ipoh, ayah masuk balik highway..berhenti rehat kat RNR Sungai Perak..dapat memori buruk sebab g makan kat gerai yang x sedap dan pelayan dia kurang ajar..dah buat salah xnak mengaku pastu marah2 kte balik..adui la..xpe la lain kali x g dah gerai ko~


Pukul 6.35am macam tu dah sampai Sungai Petani..stop kejap kat Masjid Sultan Muzaffar Syah kat Sungai Layar untuk solat Subuh..sampai hotel dalam pukul 7.00am macam tu. Nasib baik la Seri Malaysia ni agak lenient dengan check-in time..kalau x maunya kena tunggu sampai pukul 2pm (berdasarkan pengalaman lepas di hotel lain). Sampai2 terus tidur sebab dalam kereta tak tidur sangat sebab temankan ayah yang memandu maka aku kena berborak, menyanyi dan kacau adik aku huhu~saje nak bagi bising miahaha~last2 aku sempat tidur x sampai 40 minit je..huhu mata panda menyerang!!!


Pukul 10am macam tu ayah aku dah bising suh aku bangun..waa aku xnak bangun woo sebab mengantuk teramat sangat..tapi bangun gak sebab kang x pasal2 aku kena leter panjang huhu~bangun, mandi n bersiap bagai sebab nak g rumah pak long aku kat Sungai Layar..hehe~ kat rumah pak long makan breakfast ketupat daun palas dengan serunding daging + kuah kacang yang super marvelous! Waa ini orang boleh jadi chef woo~ abis makan borak2 dulu dengan sanak saudara..chewah macam ramai~ pastu jumpa sepupu kesayangan gua, Syawel (konon)..dia dok panggil aku pembuli padahal dulu dia dengan aku lebih kurang je dok buli sepupu2 lain..hehe dia la kepalanya! ala borak biasa je sebab malu ma..lama x jumpa so x reti nak borak apa sangat huhu~

Abis rumah pak long, g plak rumah pak lang..huhu ni dok sekejap je sebab pak lang xde kat rumah dan terus g rumah makcik gee..kat situ jumpa ramai sanak saudara~ ada keluarga Pak Teh, Makcik Nana, Makcik Chah dan Mak Tam~dorang buat korban lembu kat situ..kumpul ramai2 memang banyak la story keluar hehe~ makan tengah hari kat situ pastu balik hotel untuk sambung tidur hoho~malam plak kuar g rumah Makcik Nana kat Taman Lagenda..huhu kat situ pun borak macam2 dengan Pakcik Hanafi n Makcik Nana hehee terus terang cakap aku memang suka berborak (^-^)


Keesokannya, lepas breakfast kaw kaw to kat Seri Malaysia, aku dok dalam bilik je sebab sakit perut..huhu malam tadi makan kat kedai mamak la ni! kari pedas tapi sedap punya bahana huhu~yang lain g rumah Mak Ngah n malam tu g rumah Pak Lang..aku tinggal dalam bilik kemas2 mana yang patut dan berehat lo..dah kata sakit..


Hari terakhir..bangun Subuh terus mandi dan siap2..pastu turun breakfast lagi..abis breakfast rehat sekejap sementara si Lisa dengan Wani dok main2 kat kolam renang..err aku xmo join sebab kolam renang dia outdoor dan bercampur..huhu aku rindu giler2 kat kolam renang UIA Kuantan (TT^TT)
Pukul 10am, kitorang check-out dan terus bertolak pulang..dan seperti yang dijangka..jam teruk lagi! Lepas je hentian Sungai Perak, ayah terus ikut jalan lama..tapi jalan lama pun jam gak sebab ramai pun lari ikut sini..haih..kalau nak tau, mau 8jam terperangkap dalam jam kali ni..haih..geram gak dengan sikap sesetengah pemandu yang bawa perlahan tapi nak gak dok kat lorong kanan..menyusahkan orang lain je! Sampai2 rumah, terus mandi sebab rasa x selesa dan nak dekat Maghrib. Nasib baik tadi berhenti solat kat stesen minyak kat Perak.


Huhu..balik kampung memang seronok tapi yang tak seronoknya perjalanan yang sebenarnya kurang dari 5 jam jadi lebih lama sebab jam..oh apa2 pun syok jumpa saudara mara sebab bukan selalu jumpa diorang pun..insyaAllah kalau ada rezeki dan masa akan balik lagi (^-^)

No comments:

There was an error in this gadget