Wednesday, October 24, 2012

Sekadar Peringatan Khas Untuk Remaja-remaja Diluar Sana


Aku makin x faham dengan perangai remaja belasan tahun sekarang. Makin muak pula bila tengok lagak diorang dalam Facebook yang sememang dah jadi lebih kurang shrine dorang tiap-tiap hari.

Mau xnya.."a day without Facebook means my life is over" auwww so dramatic and plastic. Baca buku x juga.


Makin ramai yang x malu mendedahkan status-status yang kurang sesuai dengan umur mereka. Ada boleh percaya ke 14 tahun dah divorced? Gila..yang paling xleh blah tangkap gambar lentok-lentok dengan boyfriend pastu ada la kengkawan lain yang like la comment la.." Semoga berbahagia ke akhir hayat~" lepas 2 hari break-up. Hari-hari g sekolah memang alhamdulillah la tapi sampai x sampai lain cerita. Ada yang sampai sekolah tapi ponteng kelas xpun lepak kelas kawan lain. "Ala relax la, boleh belajar sekali dengan kawan ma~" Yeke belajar ke kacau orang lain yang nak study xpun saje je bagi cikgu tu sakit kepala? Paling terer ponteng kelas pastu dating dengan pakwe kat belakang bangunan sekolah..woohoo romanticnye~ amboilah baiknya perangai.


Paling best g sekolah sebelum matahari terbit tapi balik selepas matahari terbenam. Wow terer tu! Banyak study? Tengok result lebih kurang yang sebelum ni x pun makin teruk..hmm apa lagi alasan? Study group? Aku dulu pun ada study group juga tapi pukul 4 aku dah sampai rumah kecuali ada latihan rumah sukan yang menyebabkan aku balik lewat pukul 6 macam tu. Result? Alhamdulillah makin baik sedikit lepas berbincang dengan kawan-kawan yang mempunyai matlamat yang sama bukan nak main-main je! Ni kata study group tapi hancus..err ada ke orang buat study group dalam tempat karaoke? Jangan nak menipulah! Ko study nak jadi penyanyi ke apa?


What's actually in your brain teenagers?

Kata nak jadi orang berguna tapi buat benda-benda yang merosakkan diri sendiri. Tipu mak ayah sebab nak kejar keseronokan dunia. X pedulikan nasihat orang lain sebab anggap orang lain xkan faham perasaan korang sedangkan korang sendiri yang berada dalam keadaan yang perlu dibantu. Bila orang nak menolong terus melabel sebagai penyibuk dan x sporting langsung padahal orang ambil berat pasal korang dan xnak korang terjerumus lebih dalam lagi dalam perangkap dunia. Dunia dianggap lebih penting daripada segala-galanya. Nasihat mak ayah dah x boleh pakai sebab pemikiran diorang dah lapuk tak updated macam kawan-kawan lain. Kawan-kawan dianggap teman sehidup semati padahal kalau kena cekup kawan lari dulu.


Fashion..oh nak ikut K-pop la J-pop la J-rock x pun sexy macam artis barat barulah nampak ada standard. Pakai baju kurung dan bertudung tu kampung sangat la weh..time raya boleh la. Hmm ada yang pakai tudung tapi....takat kepala je tutup tapi pakai baju takde lengan x jadi gak adik oii. Ni maybe salah mak ayah gak sebab mak pun pakai fesyen lebih kurang dan ayah dok biar je."Alah biarlah muda-muda ni la nak try semua jenis baju, tua nanti dah xleh pakai dah" hmm bagus punya minded.


Pertuturan..wow kalau dengar budak-budak zaman sekarang bercakap kalau x sakit telinga memang terer. Setiap ayat tu mesti ada perkataan mencarut. Ntah apa fungsi mencarut tu aku pun xtau..kalau marah sangat kalau mencarut tu boleh lepas geram ke? Lagi rendahkan martabat diri tu ada la. Ni ntah seronok ke marah ke malu ke apa terus mula bercakap je mencarut je tau. Nampak sangat dangkal pemikiran diorang ni. Orang pun naik menyampah bila dengar diorang ni bercakap " Oh yeke? Ada aku kisah? Lantaklah mulut aku!" ni balasan biasa bila ditegur pasal penggunaan perkataan yang x elok tu..hmm dah tegur baik-baik kena marah elok cili je mulut diorang ni!

Adik-adik sekalian..aku bukan nak menyibuk ke apa tapi aku nak korang berubah untuk masa depan korang juga. Aku x sanggup hidup dalam negara yang penuh dengan generasi baru yang x reti hargai diri sendiri, takde matlamat hidup dan kurang ajar. Jadilah anak yang boleh buat mak ayah korang tersenyum bila dengar kejayaan korang bukan menangis malu dengan perbuatan terkutuk korang. Ingatlah kita semua dilahirkan didunia ini selepas pertarungan epic mak korang kat dalam wad bersalin yang sememangnya antara hidup dan mati, jadi ni ke cara korang nak balas budi dia? Dengan memalukan dia?


Wahai adik-adikku yang aku kasihi. Pilihlah jalan hidup yang boleh buat korang semangat nak bercerita kat anak cucu korang bila korang tua kelak bukan terpaksa sorok-sorok sebab malu. Banggakan mak ayah korang dan diri sendiri juga. Jadi orang yang diingati sebab kebaikan bukan keburukan bila korang dah xde kat dunia ni nanti.

4 comments:

Kisah Aku... said...

wow! hehe..keje aku tu dulu ponteng kelas, tapi tak ponteng sekolah ye,haha..ponteng kelas g tido kat surau sbb bosan dengan ustazah pendidikan islam.tapi sekarang dah bertaubat.haha

sekadar pandangan. remaja sekarang hidup di zaman yang lebih mencabar dari kita dulu, terlalu mudah nak access menda2 tak sepatutnya..bg akula, disitu terletaknya kebijaksanaan mak bapak nak tackle menda2 ni..kurang betul bagi aku kalau lebih salahkan remaja atas tindakan diorang ni..

the one yang sepatutnya yang bertanggungjwb ialah mak ayah tu sendiri..aku bercakap dari pengalaman aku yg selalu bergaul dengan remaja2 terlanjur n rosak akhlak ni la..sepatutnya mak ayahnya yang diprogramkan tentang tanggungjwb sebenar ibubapa..

dan lagi satu, disinilah kita harus mainkan peranan kita sebagai orang berilmu (khalifah tu sendiri), kita bertanggungjawab sebenarnya di atas perbuatan2 mereka sbb kita tahu perkara tu..dekatilah dan tegurlah dengan hikmah mcm Rasululllah ajar bukan dengan emosi..they need real love.peace!^.^

Norlyana Nasrin said...

@Kisah Aku...
tq 4 sharing and give a piece of ur mind..

okay bagi aku sekarang ni memang ramai sangat remaja yang terbiar dan x dapat perhatian lebih dari mak ayah dorang. Ini semua disebabkan parent bekerja dan x cukup masa untuk diluangkan bersama anak2.

Anak2 sepatutnya cuba memahami dan x salahkan parent sahaja. Ye mereka dahagakan kasih sayang tapi mereka harus bijak dalam membuat keputusan.

Ramai remaja yang masih x dapat bezakan baik buruk setiap tindakan. Mereka inginkan keseronokan kerana mereka kesunyian. Di sini mak ayah dan guru patut dipertanggungjawabkan kerana x dapat mendidik mereka sebaik mungkin.

InsyaAllah kita menegur dengan ikhlas dan berhikmah tapi bergantung kepada individu itu sendiri untuk membuat keputusan. We love them that why we tend to give them advices.

Anyway thanks (^-^)

perindu_خلافة said...

hahaha kan dah kena sebijik.. ^_^
nice lyana, tapi x semuanya macam tu kan~ ada je yang betul2 baik budaknya, n ada yang baik2 nakal, yang paling utama ibu-bapa la kena main peranan, insyaALlah baru lahir generasi khairan ummah,

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة

(^-^)
yup x semua perangai x elok. Alhamdulillah kalau yang perangai baik dan taat dengan ibubapa (sejuk perut ibu mengandung) tu memang bagus.

Yup ibubapa, guru dan orang disekeliling patut mainkan peranan untuk melahirkan generasi khairan ummah.

InsyaAllah akan sentiasa cuba mengingatkan remaja disekeliling kte
(^-^)

p/s: nakal smpi bagi mak sakit kepala xpe jangan smpi mak nangis dah la huhu :)

There was an error in this gadget