Saturday, November 17, 2012

Cinta itu berputik ketika..


Tetibe dua tiga hari ni dok teringat satu kisah yang jadi kat aku pada suatu masa dahulu..

Ketika itu aku masih dalam tahun kedua pengajian di UIA Kuantan x silap aku..

Pada suatu hari (chewah), aku menerima surat yang menyuruh aku mengikuti satu program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor. Terus terang aku rasa berat hati nak g sebab aku ada plan time tu tapi disebabkan program itu wajib maka aku g jela walaupun dengan hati yang x berapa nak rela (x rela pun! huhu).

Peserta program tu dikehendaki berkumpul di Shah Alam..aku ni dok Rawang dan memang bukan jenis kaki rayap maka aku memang x tahu cara nak g tempat tu..nasib baik la facilitator program  tu banyak membantu dan memberikan tunjuk arah yang agak bagus huhu..

Sampai ditempat berkumpul, aku jadi macam kera sumbang sebab x kenal orang dan diorang nampak sombong dan mostly ada kumpulan masing-masing. Jadi aku hanya duduk seorang diri sambil mencari 'mangsa' untuk diajak berborak huhu..taaruf kan best? Ada la dapat 2-3 orang jadi kawan berborak huhu..

Kemudian kami dibawa ke tempat penginapan yang terletak berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa KLIA. Selepas meletakkan barangan, kami dibawa ke dewan dan program bermula. Pada mulanya aku memandang rendah dengan program ini dan kalau boleh aku xnak amik peduli pun tapi...ntah aku rasa kesian kat kak faci maka aku pun beri respon dan cuba berkomunikasi dengan peserta yang lain..hari pertama berjalan dengan agak lancar walaupun hujan ketika waktu petang..sepanjang hari, aku agak memberi perhatian kepada ketua faci..ntah aku rasa dia macam poyo..huhu


Hari kedua aka hari terakhir..aku mulakan hari dengan mood yang kurang baik..ya aku bad mood sebab aku aku x bawak stocking lebih dan stocking aku basah dan kotor akibat hujan semalam. Malam tadi aku ade cuba bersihkan tapi basah lenjun pula pagi ni..maka aku amik tindakan agak bodoh dengan x memakai stocking dan 1 hari tu aku asyik cuba sorokkan kaki..

Semua peserta dikehendaki berkumpul didalam dewan untuk upacara penutup dan paling xleh blah aku duduk di barisan hadapan skali...penat aku dok sorok kaki aku tapi dipertengahan program aku terlupa yang aku x pakai stocking dan duduk seperti biasa dan perkara itu terjadi

"Sorok kaki tu" sambil menunjukkan ke arah kaki aku "Stocking mana?", aku jawab basah dan dia cuma mengangguk dan menyuruh aku menyorokkan kaki aku. Perasaan itu....dari rasa dia poyo terus bertukar kepada............hehehe rasanya x payah nak jelaskan bukan? Ketika menunggu seorang faci untuk menghantar aku ke stesen komuter, kami sempat berborak dan ternyata dia bukan poyo..huhuhu tapi semuanya berakhir di situ. Berputik di sana dan berkubur jua disana~

Apa-apa pun terima kasih sebab beri motivasi kepada semua peserta dan apa yang aku dapat lihat, x kira Melayu, Cina atau India, semuanya dapat manfaat dan seronok sepanjang program. Terima kasih kepada semua faci.

p/s: Kebanyakan faci2 datang dari KUIS (^-^) dan sampai sekarang lagu Inteam - Kehidupan ialah lagu nasyid yang paling aku suka...



2 comments:

Kisah Aku... said...

bole tak nak komen, budak kuis memang ramai poyo~hahahaha. tapi actually diorang best dibuat member, hehe. kte selalu sgt program dgn bdk2 kuis, hehe. under ngo luar la biasanya..adakah faci tu ku kenal??jeng jeng jeng.

Norlyana Nasrin said...

@Kisah Aku... hahaha agak poyo~
hehe memang okay dan macam boleh relate dengan dorang mungkin disebabkan Islamic Environment yang sama di tempat pengajian~hehe

kenal ke? nama die start from E hahaha~

There was an error in this gadget