Thursday, November 8, 2012

Inilah update


Internet connection buat hal selama 7 hari menyebabkan tiada update sepanjang waktu tersebut~

Aku dah bekerja kat 1 tadika kat area Rawang.

Ikutkan aku minta jadi cikgu tadika je tapi dia suruh gak aku ajar budak sekolah rendah (dia ada pusat tuisyen sekali) BM. Terasa diri dipergunakan sesuka hati...

Semalam ayah aku accident lepas hantar aku g kerja. Patah bahu dan 3 tulang rusuk. Aku rasa bersalah gila2 sebab kalau aku ada lesen aku boleh g kerja sendiri so ayah aku x payah hantar aku. Tapi apa2 pun ini adalah qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah maka aku redha jela walupun hati aku masih tak tenang. Adik beradik ayah aku sanggup datang dari Kedah semata-mata nak melawat ayah aku. Terharu. Ada yang balik hari sebab tak dapat cuti pada keesokan hari dan ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Ada juga yang tinggal semalaman kat rumah aku malam tadi. Terkejut gak aku billa diorang datang ramai2. Tapi terus terang cakap aku terharu diorang sanggup datang dari jauh dan tidur kat rumah aku yang mungkin agak kurang selesa untuk diorang..yelah aku dok apartment je..tapi apa2 pun alhamdulillah muat semua tido malam tadi huhu...ni pun baru sikit kalau semua datang tak tau la nak letak mana hehe (^-^)



Hari ni aku amik cuti sebab nak g melawat ayah aku kat hospital. Bos tempat kerja aku marah sebab hari Selasa hari tu aku x datang sebab migrain dan hari ni cuti lagi. Tapi agak2 la bukan aku minta sakit dan ayah aku accident okay?! Ikutkan hati nak je aku quit! Yelah boleh plak dia cakap kalau aku amik cuti lagi dia nak consider balik nak amik aku kerja or x..terus terang aku terus tawar hati sebab dia sungguh x considerate dengan situasi aku sekarang. Tapi apa2 pun kita tunggu dan lihat..

Okaylah apa2 pun doakan ayah aku cepat sembuh dan aku dapat kerja yang boleh buat aku gembira. Amin

No comments:

There was an error in this gadget