Friday, November 9, 2012

Keputusan


Setelah berbincang dengan ahli keluarga dan bermusahabah diri. Aku mengambil keputusan  untuk berhenti kerja.

Ya aku berhenti kerja sekali lagi. Kali ni disebabkan oleh majikan yang tak sensitif tentang larangan2 yang orang Islam x boleh buat dan x bersikap bertimbang rasa dengan situasi pekerja.

Semalam aku dikejutkan oleh rakan sekerjaku (seorang Muslimah) yang disuruh oleh majikanku memeriksa sama ada daging khinzir yang dimasak oleh tukang masaknya cukup masak atau tidak. Ini gara2 dia mendapati daging khinzir tersebut tak cukup masak dan khuatir kanak2 yang memakannya akan jatuh sakit. Ye bagus nak mengelakkan dari kanak2 jatuh sakit tapi adakah relevan menyuruh cikgu Melayu yang beragama Islam untuk memeriksa daging yang sememangnya Haram untuk orang Islam? Padahal ramai lagi cikgu2 bukan Islam yang boleh melakukan tugas tersebut.


Hari ini aku memberi surat berhenti kerjaku kepada rakan sekerjaku untuk diserahkan kepada majikanku apabila dia pulang dari bercuti. Kini aku penganggur tapi takpe asal hatiku tenang dan tak perlu melakukan perkara yang aku x suka. InsyaAllah aku akan duduk dirumah dan menjaga ayahku yang kurang sihat akibat kemalangan pada Rabu yang lepas.

6 comments:

Shazwani Sulan said...

aik..bukan ke nasrin keje kat tadika yg mcm aimi tu?tadika islam kan?

Norlyana Nasrin said...

@Shazwani Sulan x jadi kerja kat sana sebab mama bantah..dia cakap jauh dari rumah..

so 1 Nov ari tu start keja kat tadika dekat dengan rumah jugak la tapi tadika cina tu yg problem tu

perindu_خلافة said...

berhenti terus !?
respect kat lyana, insyaALlah pasti ada sesuatu yang lebih baik sebagai ganti.. ^_^

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة yup.
Kte kena tegas kalau berdepan dengan situasi dan orang macam ni.

Sekarang ni kte tengah cari cara nak buat aduan pada pihak berkenaan sebab ada dua orang lagi Muslimah yang kerja kat sana dan minta tolong suarakan masalah ni.

perindu_خلافة said...

^_^ sebelum buat aduan, rasanya adalah lebih baik terangkan dulu pada majikan tu.. kemungkinan besar sifat ignorance dia yang buat dia bertindak macam tu, sekurang2nya syiar Islam boleh tersebar, kefahaman dia mana tahu boleh membuka jalan hidayah pulak,

sekadar memberi pandangan ^_^

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة sebelum ni dah pernah ada yang beritahu dia tapi dia buat x tahu..

pernah juga suami kepada bekas pekerja dia call marahkan bekas majikan kte sebab hal yang sama tapi dia masih buat x tahu..

xpela nanti bila kte g jumpa dia lagi kte try beritahu dia okay? thanks sebab beri pendapat. (^-^)

There was an error in this gadget