Thursday, November 15, 2012

Return


Hehe bukan Batman Return of Dark Knight or whatever~

Macam ni, tadi tengah aku dok lepak2 kat dapur rumah aku, tetiba datang jiran aku yang berbangsa India bagi kuih-muih Deepavali..waa terharu gak huhu~ Aku agak terkejut maka cakap pun tergagap skit (nasib baik la aku x buat tarian sengal ke apa kat dapur tadi hahahaha)..


Disebabkan jiran aku nak balik dulang yang diisi kuih tu maka aku amik la kuih-muih tu dan letak dalam bekas lain..dulang dia pula aku pulang kosong sebab terus terang kitorang baru lepas makan malam dan xde ape yang boleh diberi huuhuhu sedih~ sempat gak aku minta maaf beritahu yang xde apa yang boleh aku beri  (agar-agar coklat aku pun tinggal 4 ketul maka....)..dia cakap xpe dan terus berlalu pergi selepas aku ucap terima kasih.

Time jiran aku dah beredar, mama aku datang dapur..terus mama aku tegur aku sebab pulangkan kosong je dulang jiran aku..huhu aku cakap la xde benda nak bagi.."Sepatutnya Yana letak gula dalam dulang dia tadi", kata mama aku. Aku ternganga gak la sebab aku xtau ada adat macam tu. Mama aku cakap ikut tradisi orang India, bila dah beri makanan pada orang, orang tu kena balas dengan manisan xkira la ladhu ke gula biasa janji manis. Lagi sekali aku ternganga dan rasa bersalah sebab aku xtau pun ada adat gitu... "Tula lain kali belajar skit pasal adat kaum lain", sindir mama aku tanpa rasa kesian kat aku yang dah nak biru muka sebab rasa bersalah hohoho...

Nampaknya aku kena lebih sensitif dengan adat dan budaya kaum lain. Xpe masih ada masa untuk belajar kan? Len kali tau la apa yang aku kena buat bila berdepan dengan situasi yang sama di masa hadapan huhu.
(^-^)v

No comments:

There was an error in this gadget