Sunday, November 11, 2012

Urut


Siang tadi ayah g mengurut kat Ijok.

Terima kasih kat Su dan keluarga dia sebab tunjukkan tempat dan beritahu kat Wak Kipok (tukang urut) yang hari ni ayah nak g sana mengurut.

Bermula dari malam tadi, mama aku minta aku tanya kat Su kalau2 dia kenal sesapa kat Ijok yang boleh mengurut orang yang patah tulang. Maka aku pun sms la Su bertanyakan kot2 dia kenal ke sesapa yang terer bab urut2. Alhamdulillah, Su kenal orang yang boleh mengurut (Su tinggal kat Ijok ye..). Aku beritahu la mungkin pagi esok aku nak bawa ayah aku g sana mengurut. Ikutkan adik beradik ayah aku nak bawa ayah aku balik kampung untuk urut kat sana. Err kampung ayah aku kat Kedah kot..jauh lagipun dengan ayah aku yang tak boleh sangat terhentak maka perjalanan jauh agak kurang sesuai...

Makanya siang tadi selepas Zohor kami sekeluarga bertolak ke Ijok..x la semua g, aku, Nadirah (Driver untuk hari ni), mama dan ayah je pun huhu..ikut Latar sebab nak cepat walaupun kena bayar RM 6 tapi kira okay la sebab boleh mengelak kesesakan. Disebabkan x tahu jalan, maka kami tunggu Su di Masjid Ijok. Su sampai je terus kitorang ikut dari belakang sampai la ke rumah tukang urut.

Sampai je mula2 aku terkejut sebab ada signboard "Hari ini cuti" kat depan rumah dia..tapi bila kitorang keluar dari kereta, atuk tukang urut tu angkat signboard tu hehehe..yang bestnya kat depan rumah dah siap ada signboard yang tulis waktu rehat dan waktu cuti atuk tukang urut ni. Dah macam klinik desa pun ada hehe~

Masa yang diambil untuk mengurut x begitu lama..x sampai 30 minit pun..yang best time tengah mengurut tu boleh lagi atuk ni buat lawak2 spontan hehe kira okayla..aku dengan Su yang sibuk berborak pasal kerja kekadang terhenti gelak bila atuk tu buat lawak hihihi~

Alhamdulillah selepas diurut, keadaan ayah semakin pulih dan tangan dia dah x sakit sangat (^-^). InsyaAllah esok aku dah start jadi jururawat peribadi ayah (perasan) sebab esok mama kerja ma~

No comments:

There was an error in this gadget