Tuesday, December 11, 2012

Briefing~


Hari Jumaat yang lepas~ (lambat update sebab internet connection kat rumah ade prob)

Aku ade briefing kat One Utama. Retail company (clothing) yang agak terkenal dan aku memang suka style pakaian dia huhu. Asal company ni dari Jepun dan memang tengah mengembangkan sayap ke serata dunia~woohoo~

Briefing untuk jadi Store Manager (trainee je). Apa yang buat aku tertarik untuk g briefing ialah company itu sendiri dan aku memang minat bab2 pakaian ni. Nak2 lagi fashion dari Jepun yang bagi aku creative dan cantik. (^-^)

Okay nak cerita pasal perjalanan yang agak menarik bagi aku tapi xtau la samada menarik atau x bagi korang huhu..lantak ni blog aku maka biar aku cerita~

Pagi tu aku minta ayah aku anta g stesen komuter..naik komuter sampai Stesen Kepong Sentral. Ni kali kedua aku g Kepong Sentral sebenarnya. Sebelum ni aku turun Kepong Sentral sebab nak jumpa kawan aku yang lepas tu g event Ryan Higa yang aku pernah cerita dulu..Turun2 je aku terus cari tempat tunggu bas dan teksi. Aku tanya2 gak orang kat sekeliling aku sebab sumpah aku xtau weh cari nak g One Utama dari situ..maka ade yang mencadangkan aku amik teksi sebab dia kata x jauh..tapi aku nak try gak cari bas..lepas fikir punya fikir, aku cadang amik teksi jela..nak2 lagi time tu aku nampak bas nak g One Utama tu pun kat lorong paling kanan dan jalan jam teruk pagi tu..maka xde harapan la nak naik bas..aku mula tahan teksi..huiyo susah tau nak dapat teksi! Teksi yang pertama berhenti tapi bila aku beritahu yang aku nak g One Utama teruk dia menggeleng..xnak g la tu..xpe2..teksi kedua aku tahan terus berhenti dan setuju nak anta aku ke destinasi~

Dalam teksi tu aku borak2 la dengan pakcik teksi tu..macam2 cerita kuar hehehe nasib baik pakcik teksi ni suka berborak..macam2 aku borak dengan pakcik ni..hehe malu sekejap bila kena puji melambung dengan pakcik ni tapi xpe anggap sebagai pembakar semangat untuk hari Jumaat~

Sampai ke destinasi..aku start cari retail store tu..dah la awal2 pagi ni banyak kedai x buka dan terus terang aku cakap, aku x terer dengan arah2 dalam One Utama ni..aku g sekali je sebelum ni, itupun dengan adik beradik aku dan aku memang x suka susun atur One Utama yang bagi aku sangat memeningkan. Bila jumpa aterus tunggu depan retail store tu..yela pintu pun x buka time tu maka aku xleh nak tanya sesiapa..bila dah lama tu aku rasa pelik sebab macam xde orang lain dan aku cuba tanya pekerja kat kedai tu..mula2 dia agak blur dan panggil pekerja lain..huhu rupa2nya aku salah tempat da~ sepatutnya aku g kat bahagian office dia dan kena daftar kat tempat guard dulu hhuhuhu malu2~

Briefing tu ada 3 session dan bila aku sampai kat tempat yang betul...session pertama dah pun bermula maka aku kena tunggu lagi sejam untuk session ke-2. Sementara tunggu tu, macam biasa aku bertaaruf la dengan seorang lagi hamba Allah yang tengah tunggu untuk briefing gak..mula2 aku malu nak tegur tapi bila dah lama2 dan aku start bosan maka taaruf itu lebih afdal~huhu..dunia ni kecil je sebenarnya, brother yang dok sebelah aku tu rupanya Senior satu U dengan aku huhu..cuma dia amik AED kat Gombak dan aku Biomed kat Kuantan..x sangka jumpa senior heheheh~ maka sesi bercerita erjalan dengan lancar sampai x sedar masa berlalu hoho..brother ni nak tukar kerja dia sebab dia kata x tahan dengan bos dia n dia sorang je designer dalam company dia..aku pun syok la dengar cerita dia sambil cerita gak pengalaman2 ku dulu..huhu~Oh nama brother tu Shafiq

Bila tiba masa untuk briefing, ada 4 orang je dalam sesi kedua ni..aku, Shafiq, seorang lelaki cina dan seorang perempuan foreigner. Aku agak tertarik dengan briefing company ni maka aku tumpukan perhatian lebih skit huhu~ abis briefing, kami disuruh untuk isi borang dan akan dihubungi dalam minggu ni kalau kami dapat interview dari company ni la...dari sesi briefing ni aku boleh cakap yang company ni agak bagus untuk long-term career.

Time nak balik pulak...tau2 jela dah time pergi naik teksi, maka time balik ni nak try pula naik bas huhu~ nak belajar ma~ punya la dok bertanya kat 5 orang (specific ni) mana nak tunggu bas? bas no berapa? betul ke g Kepong? huhu akhirnya aku disuruh tunggu bas U86, bas yang boleh sampai Kepong Sentral dengan bayaran RM 1.90 tapi aku bayar RM 2 tau~ bila dah naik bas tu start la dok melilau tengok kiri kanan sebab xtau sangat tempat ni..huhu padan muka sebab x selalu keluar kan dah xtau jalan! Gara2 aku yang xtau jalan ni, pakcik bas telah membuat brek mengejut bila aku tekan loceng huhuu~ sorry la uncle wa tarak tau ma~

Naik kometer kat Kepong Sentral sampai Rawang~ huhu sampai2 je ayah dah tunggu~ dia keluar dengan adik2 aku g shopping groceries huhu nasib baik kalau x mesti kena suruh naik bas~ xnak! letih! heheh mengada2...

Balik2 rumah je dah start nak pengsan tapi gagahkan diri g mandi..ingatkan lepas mandi nak tido sat tapi...adik ajak main game Harvest Moon hahaha~maka main jela~


No comments:

There was an error in this gadget