Tuesday, December 18, 2012

Pengembaraan ke Selatan Tanah Air~

Semalam (16/12/12), buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Johor Bharu.

waa manyak excited~~

Macam biasa pagi tu bangun siap2..beg semua semalam lagi dah pack sebab excited kikiki~ Sekali mama suruh gerak lepas makan tengah hari~ sebagai anak yang mendengar kata ibubapa, aku turutkan je hahaha poyo je padahal memang dah lapo~

Abis2 lepas Zohor gak la baru aku gerak dari rumah hehee~ adik aku Nadirah dan Wani yang anta aku g stesen komuter Rawang. Yelah naik train senang skit, straight g Bandar Tasik Selatan. Train komuter macam biasa kekal dengan kelajuan siput dia.


Sampai je kat Bandar Tasik Selatan, aku menggagau cari manalah Terminal Bersepadu Selatan aka TBS sebab manalah aku pernah datang ini tempat..maka aku ikut jela orang2 sambil bertanya2 jugalah. Sampai je TBS, aku ternganga sekejap..fuiyoh macam airport do~ just xde kapal terbang je kalau x dah perfect hehehe~ maka aku pun g beli tiket..aku naik pelik apasal la tetibe ramai plak la ramai yang nak g bahagian selatan ari Ahad ni? Maka fikiran jahatku berkata "Diorang gelabah nak sambut Krismas kot~hahaha"..balasannya, tiket paling awal g JB ada pukul 6pm pada aku pukul 2.48pm dah tercongok kat situ huhuhuhu balasan.....maka aku pun g membawa diri berjalan2 dalam TBS yang besar nala ni~


Tempat pertama! Kiosk ape ntah nama, beli air favourite aku Lipton No 9 yang paling sedap didunia huhu propa~pastu naik level 2 beli tart telur & roti sosej kat King's dan berhenti rehat kat Dunkin Donut..untuk menyedapkan mata waiter kat situ, aku belilah Ice Choc yang mahal tapi sedap hoho~ lama kot nak dok situ..terasa menyesal plak x bawa apa2 bahan bacaan sebab beg penuh..maka sambil menunggu aku main sms dengan Azrain~ bila dah start boring, aku g jalan2..stop la gak kat lagi 1 kiosk dan aku beli 3 buku komik hahaha nak hilangkan bosan..abis2 aku g lepak surau sampai la pukul 5.30pm.

Naik bas pukul 6pm..kelakar tengok ramai penumpang gelabah dok cari tempat duduk sebab sistem numbering yang agak xleh blah. aku? hehe disebabkan aku bijak skit (konon) aku dah tengok seat aku time beli tiket tadi so tanpa teragak2 aku duduk jela tempat yang dah ditunjuk kat monitor time beli tiket tadi..dah duduk tu tetibe dapat hidayah tengok siling bas..huhu nampak no seat aku dan memang sah aku x salah duduk~dalam bas apa lagi, tidur la~ 5 jam lebih macam tu baru la aku sampai kat stesen bas Larkin, JB hehehe boleh plak aku tanya seorang budak ni, " Dah sampai ke? Kalau nak g JB turun sini ke?" hehehe nampak sangat xtau hehee~

Aku tumpang rumah kawan seUIA aku, Khamisah aka Misz. Maka adik dia, Murni yang datang jemput aku kat stesen bas tadi. Oh Azrain tu pun tumpang sekaki kat rumah Misz hehe kami bertiga kan dapat interview sesama~Sampai je rumah Misz dah pukul 11.50pm..huhu betul2 ramai penat dan sengal2 badan...


Esoknya (17/12/12), pagi pukul 5am lagi aku dah bangun dan mandi. Interview pukul 8am tapi disebabkan area Pasir Gudang tu memang sesak awal2 pagi maka wajib bersiap dan bertolak awal. Breakfast dulu kat rumah Misz pastu barulah kitorang bertolak g PUSPATRI. Memang betul un jalan sesak mau pukul 7.40am gak la baru sampai kat situ..nampak ramai gak la orang yang datang interview huhu...kitorang g la blok B, tempat dimana interview akan dijalankan..sekali rupanya kena amik borang dulu kat main office huhu..jadi Misz pun g amik..dah isi borang kena plak register untuk interview..dari pakcik yang jaga tempat register, tahun ni paling ramai yang datang interview untuk Safety and Health Officer training ni..dia kata ada la dalam 400+ orang dan mereka cuma nak amik 25 orang je huhu..maka aku fikir ada rezeki ada la kalau xde xpe~


Sementara tunggu untuk ditemuduga, aku borak2 la dengan Misz dan Azrain yang sengal~ sampai turn aku, aku g dengan relax sebab bagi aku dapat atau x tu semua x penting, yang penting aku ikhlas jawab huhu..lepas interview tu, aku tunggu la Misz dengan Azra kat luar, sementara tu aku cerita la kat budak2 yang bertanya pasal interview tu kat aku huhu ade plak seorang budak ni terus panggil aku "Kak" boleh plak aku jawab "Siapa kakak ko?" hahahah saje melawak~ tapi memang majority yang datang adalah kaum Adam...ade aku dengar suara2 sumbing heehe "Buat apa budak perempuan datang sini?" eh2 dah termaktub dalam perlembagaan ke perempuan xleh jadi Safety Officer? Abis je interview, g beli tiket kat stesen bas Larkin dan balik rumah Misz untuk berehat sebab tikiet pukul 3pm..sampai2 rumah Misz terus aku terbongkang..ye penat dan mengantuk kot..lepas makan tengah hari, aku dengan Azrain minta Misz anta kitorang g terminal.

Dalam bas keja aku tido jela..huhu sampai TBS aku beli air Lipton no 9 lagi hehe..pastu terus g stesen komuter..boleh plak aku silap turun platform huhu..

Okayla aku rasa dah cukup dah aku update ni..huhu ade masa aku update lagi~apa2 pun thanks kepada Misz sekeluarga sebab bagi tumpang dan layan aku huhu~

7 comments:

SimpleAsMe said...

sis.. nk tnye..soklan pe yg dia tnye sal interview tu?? mock interview ke??

Norlyana Nasrin said...

@SimpleAsMe
Dia tanya kenapa nak ambil course tu dan apa yang awak faham dengan pekerjaan yang ada kaitan dengan course. Berikan contoh kejadian yang mana khidmat safety officer itu diperlukan..yang lain cuma soalan basic sahaja.

SimpleAsMe said...

thanks sis..lame x interview..risau ni.. 1st time interview..

SimpleAsMe said...

sori.. mksud sy lama x interview tu nant..

Norlyana Nasrin said...

@SimpleAsMe
you're welcome.
tak lama pun..menunggu nak diinterview tu yang lama sebab ramai..
yang penting jangan gelabah..oh kalau boleh baca skit2 pasal safety.

SimpleAsMe said...

sy jenis gelabah sket..hahaa.. ok..thanks 4 ur info..

Norlyana Nasrin said...

@SimpleAsMe
you're welcome..
takpe it's my pleasure to help you (^-^)

There was an error in this gadget