Tuesday, January 15, 2013

Memberontak


Jiwa dah makin tak tenteram kebelakangan ni..mungkin disebabkan perubahan hormon..aish perempuan..

Dok rumah ni pun ada dugaan gak anda tau?

Bangun pagi je dah boleh bad mood bila tengok pinggan mangkuk, cawan, periuk yang x dibasuh oleh mereka2 yang kurang bertanggungjawab.."Yela Yana kan ade?" tu jawapan yang buat aku nak bagi flying kick tapi aku sabar sebab family kan?

Huhu yang kecik tu boleh sabar lagi tapi kalau yang besar panjang pun nak mengharap kat orang lain memang melampau..tapi...bila difikir dua, tiga dan empat kali aku rasa tu semua berpunca dari aku sendiri.

Apehal?

Hmm aku rasa ni semua sebab aku x suka sangat tengok cara diorang buat kerja. Hmm bila tengok dorang macam struggle ke ape aku terus tolong buatkan sampai habis..last2 semua pun jadi malas bila suh buat apa2..haih kanak2 sungguh!

Macam kemas baju..adik aku ni macam blur2 skit bila suh kemas baju nak g mana2..maka aku akan kemaskan baju dia..budak tu x reti nak estimate brape banyak baju kena bawa la barang2 lain pun kekadang bukan dia ingat pun..paling x tahan dia ni jenis pelupa tahap max..boleh plak dia tertinggal heater kat tempat dia practical dulu..haish! So sampai sekarang kalau dia g mana2 tempat yang lebih dari sehari, dia akan suh aku kemaskan baju dia..bila aku xnak, dia bantai merajuk...last2 nak xnak aku kena gak buat sebab aku x suka kalau orang dok merajuk dengan aku...nak2 lagi adik beradik kan..

Jadi setelah beberapa lama memendam perasaan (?), aku bantai termeletup hari Sabtu yang lepas...yang xleh blahnya orang lain yang kena..haih kesian....tapi nasib baik tak berpanjangan dan settle hari tu gak..

Aku xtau macam mana nak suh diorang ni bertanggungjawab skit dan jadi lebih berdikari..hmm doakan jela..

No comments:

There was an error in this gadget