Tuesday, January 22, 2013

Popo 2


Siang tadi kami 1 family pergi la melawat popo aku yang sakit.

Mama, Kakak dan Nadirah kerja separuh hari, Lisa plak ponteng merentas desa..Wani plak nasib baik xde apa2..tapi apa2 pun Popo mesti diutamakan.

Popo aku bernama Low Siew Moi..yup berketurunan Cina dan berumur 74 tahun. Dia dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang siang tadi (21/1/2013) sebab batuk bermuntahkan darah.

Dari diagnosis awal doktor, popo aku ni ada internal bleeding tu yang buat sampai muntah darah tu..first time jadi macam ni tu yang buat uncle2 aku cuak..nak2 lagi popo aku ni memang ade darah tinggi dan diabetes. Memang cukup risau la..

Aku tengok popo aku nampak kurus sangat..kesian dia..sepanjang aku kat hospital tadi, ramai yang memandang dengan penuh tanda tanya..hmm biasa la diorang pelik kenapa budak Melayu ni kat katil nenek Cina ni..ada yang berani menanya mama aku, " U ni Baba Nyonya ka?" Ada ka rupa Baba Nyonya? Maka aku dengan senyum jawab "Taklah" dan biarkan mama aku yang explain semua..pastu ade juga doktor yang tanya " U ni convert ke?" adik aku yang gelabah terus tunjuk kat mama aku..maka lagi sekali mama aku yang explain hehehe~ yang paling x boleh blah ada yang tanya "Kenapa pakai macam orang Melayu?" ternganga aku sekejap...hahaha lawak manusia ni

Dalam lawak2 tu pun sebenarnya aku rasa kesian kat popo aku.dia x selesa dengan IV drip dan segala wayar yang berselirat kat badan dia. Tapi nak buat macam mana..paling x tahan dia menangis sakit bila tu betulkan tube kat tangan dia..hemoglobin dalam badan nenek aku sangat rendah maka terpaksa la masuk darah gak pakai tube kat badan dia tu yang buat dia lagi sakit..haih kesian dia..xpela doakan dia cepat sembuh..

InsyaAllah esok kalau Hemoglobin level dah normal, doktor akan masukkan camera untuk tengok punca internal bleeding tu..doakan segalanya berjalan lancar..amin..


No comments:

There was an error in this gadget