Wednesday, January 9, 2013

Ustaz Pilihan

Tajuk bukan main..huhu~

UAI
Ustaz yang 'hot' skang ni aku rasa Ustaz Azhar Idrus (UAI), asyik teringat kat UIA je bila orang dok sebut2 UAI~ Terus terang cakap aku suka dengan penyampaian ustaz ni bila berceramah sebab dia suka buat lawak dan kaitkan dengan kehidupan seharian kita. Teringat aku mula2 aku tengok ceramah dia, pasal cara angkat takbir dalam solat. Ade ke angkat takbir dengan gaya 'fire' Ultraman..hehehe walaupun time tu aku memang x faham sangat ape yang dia cakap tapi memang terhibur dan ilmu tu lekat.

Ustaz Don
Ustaz Don pun okay apa~ ye best tengok rancangan dia 30 minit bersama Ustaz Don. Cara penyampaian yang sempoi dan loghat Utara tu yang buat rancangan dia dia x bosan dan informative. Yang paling aku ingat ialah kedudukan jari bila tahiyyat.

Aku ingat lagi kat matrik dulu, aku suka belajar FIM (aku x ingat la singkatan untuk ape) dengan Ustaz Muhadir. Dia pun lebih kurang UAI gak sebab suka buat lawak ketika mengajar tapi aku suka cara dia sebab dia mengajar dengan lembut dan suka bila orang bertanya soalan kat dia. Tak silap aku dia orang Sarawak tapi tak dapat detect ape2 loghat pun bila dia bercakap huhu~

Lagi satu ustaz yang aku ingat kat matrik dulu, Ustaz Rahim. Ustaz ni orang Burma x silap aku..ape yang buat aku ingat kat dia ialah cara dia gelak..hehehe memang kelakar..dia ni suka cerita pasal pengalaman dia dulu2..memang syok la mendengar..oh dia mengajar BTQ (Basic Theme of Quran x silap aku).

Bila dah masuk UIA Kuantan, ustaz yang paling best bagi aku Ustaz Razak la..hehehe suka dengan info dan cara dia mengajar. Paling best, asal terjumpa kat tengah jalan mesti bertegur punyalah huhu best woo ustaz ingat anak murid~ Oh aku ade incident yang buat aku malu sendiri dengan ustaz tu.ade skali tu aku nak cepat sangat naik lif dan dalam tu plak ade ustaz dengan anak dia, maka aku masuk la cepat2..ntah macam mana pintu lif tu tetibe nak tertutup dan aku terlanggar la pintu lif tu huhu nasib baik la x stuck kat pintu lif tu kalau x lagi malu..ustaz bantai gelak kuat la gak hu~~~wa manyak malu~

Ustaz Ibrahim pun ok gak tapi terus terang cakap aku cepat mengantuk bila masuk kelas dia hehehe sorry la ustaz..tapi best belajar dengan dia sebab banyak pasal philosophy (^-^)

Apa2 pun aku seronok belajar dengan ustaz2 dan ustazah2 yang pernah mengajar aku sepanjang hidup aku..terima kasih kalian (^-^)

No comments:

There was an error in this gadget