Monday, February 11, 2013

Cerita semalam..

Semalam..seperti tahun2 sebelum ni, Tahun Baru Cina kami raikan bersama keluarga belah mama aku..yela xkan tukar g Kedah plak kan?


Popo dan Koh Saerah aku
Kali ni Popo aku x sesihat dulu..biasalah umur dah meningkat..mood aku tahun ni pun x seceria dulu..banyak benda yang menganggu fikiran aku sekarang. Dah2 meh aku cerita pasal CNY aku dari dok melayan blues aku ni..

Pagi2 lagi aku dah bangun dan bersiap..pada mulanya aku nak pakai baju baru dengan skirt labuh yang aku baru beli tu huhu feminine akak~pink 1 badan..selepas beberapa ketika dan adik aku cakap buruk benor maka aku tukar la pakai jean lama aku sebab aku pun rasa kang mau terselak skirt aku x ke naya? Dah siap tu, aku makan breakfast yang ayah aku beli lepas dia g cuci kereta tadi..huhu Mr Zul semangat cuci kereta bagai semalam~ sampai kereta Kakak aku pun dia bawa g cuci~

Bila semua dah siap, kami memulakan perjalanan ke rumah Uncle Ah Fatt di Klang~ kali ni pakai GPS kakak aku maka kami ikut dari belakang..oh lupa beritahu, kami g 2 kereta kali ni...seperti tahun2 sebelum ni, adegan sesat walaupun dah ade GPS tetap berlaku..haih..tapi nasib baik kali ni kami berjaya sampai tanpa perlu Uncle aku tu datang menjemput di stesen minyak hehehe~ selalunya macam tu la, asyik sesat je..
Mama dan ayah aku..tetap x senyum..
Sampai je rumah Uncle Ah Fatt, kami disambut meriah oleh ahli keluarga beliau..chewah..macam biasa depa dok hidang air kotak, air tin dan untuk veteran2 dorang bagi minum milo panas xpun kopi O~ aku? Bantai air kotak teh Chrysanthemum jela xpun air tin Revive..rindu kat air mineral..hehe~lepas tu kami dijamukan dengan kuih muih..err tapi aku x berani makan sebab..biasalah kalau dah rasa was-was maka baik x yah makan..dah tu dorang jamu pula KFC kat kami..huhu dorang x leh makan sebab hari ni dorang Veggie..maka aku makan jela ayam KFC tu..

Macam biasa acara borak dimulakan beramai2..huhu tapi seperti yang aku katakan diatas aku x ceria tahun ni dan aku lebih banyak berdiam diri sambil menonton televisyen dari berborak..maaf mood aku betul2 x baik..

Petang macam tu barulah kami pulang ke rumah..ye kena tunggu ahli keluarga lain sampai dulu barulah afdal nak balik pun..tahun ni aku x dapat jumpa lagi Aunty Lee Mei sebab beliau masih di Singapura..hmm tapi dengar kata nanti dia nak balik terus ke Malaysia dan menjaga popo aku yang sakit..ade juga Mama aku tanya kat aku, sanggup x nak jaga popo sementara aku x keja ni..aku dengan senang hati cakap aku sanggup..tapi..xpela mereka mungkin ada rancangan lain untuk popo aku..

the girls
Gambar family masih ada didalam kamera mama aku..hmm nantila aku masukkan..oh kalau boleh aku nak korang semua tolong aku doakan supaya keluarga aku dapat petunjuk dan hidayah dari Allah. Aku dah xtahu macam mana lagi nak nasihat..

No comments:

There was an error in this gadget