Wednesday, February 13, 2013

Kisah 2 February 2013 (lagi entry panjang lebar)

Ain dan Aina turun Rawang pada 1hb February yang lepas...yang benornye kawan tu naik bas malam dari Terengganu Khamis tu maka sampai la pagi Jumaat~ dah sampai tu dorang tumpang la rumah kawan dorang kat Bayu Permai...

Aku yang dah berjanji dengan Ain untuk stay dengan diorang g la rumah kawan tersebut huhu..itupun aku suruh dorang jemput kat rumah aku kalau x mau naya aku nak naik bas bagai dari rumah aku..susah kot sebab xde sape nak anta g bus stop..sebagai upah, aku bawa la tempoyak ikan patin yang dorang dok mengidam tu..huhu special made untuk dorang kot...

Sampai je kat rumah kawan tu, dorang berebut la makan tempoyak ikan patin yang aku bawa tu huhu bangga Cik Puan Zalinah kalau tengok cara dorang makan hahaha~ petang tu cadangnya nak g Jalan TAR saja jalan2..disebabkan jalan sesak teruk, malam jugalah sampai je Jalan TAR...dah2 plak xde ape sangat time tu hmm dah malam2 Jumaat xde la benda sangat..maka kami pun berjalan2 jela..pastu g makan KFC..dah lepas tu kitorang g Uptown Damansara..kat uptown macam biasa la ramai orang, tengah syok2 beli air Milo Dinosaur, tiba2..'brang!!' hujan lebat turun..dalam hati jahat aku terdetik 'ni mesti sebab suara orang yang dok karaoke tu x sedap' hehehe..kebetulan time sebelum tu ade orang nyanyi karaoke dan aku cadang dengan budak 2 orang tu nak g minum air sambil gelakkan orang yang menyanyi tu lepas kitorang beli air..hehe niat jahat x terlaksana gara2 hujan..dah puas berjalan, kitorang pun balik da..

Keesokan harinya, Jed datang amik kitorang kat Bayu Permai hehe susah kot nak gerak dari situ ke stesen komuter maka kami minta la Jed tolong hehe..sampai Rawang, kitorang g la stesen komuter dan beli tiket ke Putra..kenapa? Kitorang nak g Book Fair kat PWTC lo~ hehe sampai2 kat stesen Putra tu, kitorang g Terminal Putra dulu sebab si kembar ni nak beli tiket balik Terengganu..pastu kitorang singgah The Mall untuk brunch..kitorang makan kat Rafflesia Chicken Rice..boleh tahan gak la makanan dan harganya berpatutan la juga..habis segala hal..kammi menuju ke PWTC..hoho book hunting is begin!

Ketika di PWTC, oh lautan manusia...sungguh ramai manusia yang datang berkunjung ke Pesta Buku ni..tetibe plak kat bahagian Karyaseni penuh..jenguk2 rupanya ada Adi Putra datang..huhu ramai la makcik2, akak2 dan anak2 dara yang dok beratur nak autograph kawan tu..hehe ikutkan jahat aku nak je jerit " Udah2 le, LAKI ORANG woi!"..kang x pasal2aku plak masuk paper kena belasah dengan kipas-susah-mati Adi Putra hahahah~ aku yang mula lemas g la ke booth Gempakstarz dengan harapan xde la sesak macam kat booth Karyaseni dan aku pun memang nak beli komik..tapi...silap percaturan aku, Gempakstarz penuh dengan kanak2 yang datang dari setiap pelosok Malaysia + mak2 orang yang sibuk nak beli komik untuk anak2 + remaja2 + akak yang berjiwa remaja ni..haish...dah tetibe plak dorang tutup sebahagian daripada booth untuk mengelakkan kecurian tapi..woiii aku stuck kat dalam ni dengan orang yang macam2 bau tau x!! punya panas hati aku time tu..cepat2 aku beratur untuk bayar..itupun amik masa giler2 lama dan aku hampir nak gigit orang depan aku sebab aku tension...

Abis cerita kat Gempakstarz..aku jadi la anak yang kehilangan huhu..aku terpisah dari kengkawan ku dan bila call dorang x jawab..setelah 5 minit sesat, aku dapat gak la contact dorang ufufu fobia oo..orang bukan main ramai dan aku ni dahla memang benci crowd..fobia fobia..abis mereka2 ini membeli, (aku beli komik je..wa pokai ma) kami keluar dan tunggu Su..huhu mereka2 ini bercadang nak g Jalan TAR pula..maka kami solat Zohor di PWTC dulu..nak ke Jalan TAR, kami naik komuter..huhu 1 stesen je kot..sempat gak jalan2 kat Sogo sekejap..

Jalan TAR..oh ini nightmare..orang ramai giler2 + hari tu (Sabtu, 2/2/2013) kebetulan pasar malam kat Jalan TAR..dengan komik2 dan novel2 ditangan, memang bertabah sungguh la mereka2 ini membeli belah kat situ..gua dah macam hilang 99% daripada soul je time tu..btol weh..terus terang gua x faham macam mana mereka2 ini sangat bertabah dan boleh bersabar dalam keadaan macam ni..serius weh! Dah abis aktiviti mereka..kami pun bertolak pulang..singgah solat Asar dulu kat stesen Bank Negara..nasib baik la komuter petang tu ade gak la tempat kosong untuk kami kalau x akak mesti dah pengsan dik non oii...tangan dah kebas, kaki dah xde tenaga dan pinggang macam nak tercabut..huhu effect x selalu keluar dari rumah la ni...

Sampai je Rawang, kitorang minta tolong Jed anta kitorang lagi hehehehe..oh ketika menunggu kedatangan adik dia, kami terlihat seekor anjing yang tengah membuang hajat..Ain & Aina apa lagi dok geli la apa..ketika itu Jed boleh plak dengan selamba cakap : "Biarlah dah habitat dia", hahah padahal dia nak cakap habit..bila kitorang gelak dia cakap " Eh silap dah habevior dia". hehehe behavior la Jed....apa lagi makin galak la kitorang gelakkan dia hehe..ko memang epic..tengah2 jalan plak, dia nampak bukit kena tarah "Haih habis bukit kena tebang", adoila..satu hari ni dok gelak ke dia jela..hehe ko memang terbaik la Jed!

Keesokan harinya, pagi2 lagi aku dah bangun..budak2 tu nak g rumah abang dorang dan aku palk nak balik rumah la..apa2 pun dorang cakap insyaAllah lagi 3-4 bulan dorang akan datang lagi..huhu time tu kitorang boleh jalan2 lagi tapi..kalau boleh aku xmo la g Jalan TAR lagi..huhu aku dah cakap kalau dorang nak g situ lagi sila exclude kan aku huhu gua x rela!!

p/s: disebabkan terlalu excites, kami tak amik gambar pun huhu sedih2..

No comments:

There was an error in this gadget