Sunday, February 17, 2013

Koleksi novel dan sedikit ulasan


 Koleksi novel aku yang buat mama aku curiga semacam dengan aku hahaha lawak la mama aku ni..bukan apa, semua tajuk awalnya bermula dengan perkataan 'Suami' xpun 'Suamiku' macam mana la mama aku x fikir bukan2..hahaha tapi serious lawak..

Nak cerita, dulu aku x minat baca novel2 ni semua sebab bagi aku banyak cerita dalam novel ni bersifat klise dan pengakhiran dia lebih kurang sama..tapi..tu la orang cakap x kenal maka x cinta..aku 'bercinta' dengan novel ni pun diatas pertemuan yang diatur (chewah) oleh sahabatku, Zaidatul Nadia binti Zainal aka Jeddah aka Jed dan sewaktu dengannya hehehe~ akhirnya aku lekatla dengan novel ni walaupun dalam masa yang sama aku masih hantu komik..elaun aku plak memang cukup2 untuk beli komik je maka novel2 semua aku pinjam si Jed punya la hehe tu la untung ada kawan kaki novel u know?

Okay berbalik kepada novel2 diatas. Kesemua 4 novel tu ada tajuk 'Suami' xpun 'Suamiku" merupakan novel yang aku boleh cakap baru jugalah aku beli..ada je lagi novel lain tapi yang ni je yang  buat mama aku ingat aku dah nak sangat kahwin..mama..mama..


 Suami Yang Kubenci aka SYK.
Novel ni asalnya dulu aku baca online atas desakan roommates aku, Safarina dan Ain yang memang suka novel..time ni aku dah lama gak x menjenguk kekasih lama aka novel maka bila dah suruh baca tu, aku memang baca sungguh la. Satu habit aku sampai sekarang, aku akan habiskan apa yang aku mulakan. Keseluruhan novel ni sangat menarik dan sejak dari hari tu, aku dah jadi kipas-susah-mati E-man Sufi hohoo~ watak Uwais Ukasyah plak memang jadi lelaki idaman la hehe~

Novel ni berkisarkan tentang HannahMaryam yang kaya raya kena kahwin dengan Uwais Ukasyah aka penjual burger diatas desakan atuk dia yang terhutang budi kat Uwais. Mula2 memang gaduh sakan sebab Hannah rasa Uwais x layak untuk dia tapi lama2 dia jatuh sayang kat lelaki tu sebab sifat Uwais yang baik..huhu seronok membaca sebab ada banyak input Islamic selain kisahnya yang sangat seronok..

Suamiku Encik Perfect 10
Aku xtau kenapa aku beli novel ni..aku beli 9hb hari tu time tengah shopping baju CNY kat Jusco Rawang..dah tengah2 shopping tu, aku yang dah dapat apa yang aku nak dan malas nak ikut family members aku yang lain terus melarikan diri ke 'oasis' aka Popular Bookstore..oasis la sangat..x oasis pun sebab penuh hari tu huhu..so aku pun g la belek2 buku..nampak encyclopedia pasal Human Anatomy saiz gabak..fuiyo memang menarik. Tapi bila belek harga..errkkk bukan rezeki aku la nampaknya..bila nak g tengok buku lain, nampak la ibu, anak, adik, kakak dan etc beramai2 kat bahagian novel, buku ilmuan..err aku x suka crowd maka aku larikan diri ke tempat CD..huhu yang ni baru oasis sebab ade 2-3 orang je kat situ huhu..tetiba aku nampak timbunan novel kat tepi tempat CD tu maka...aku baca punya baca tersangkut la kat sinopsis cerita ni so aku pun beli la sekali dengan novel 'Amir Minah Macho'
okay berbalik kepada novel, novel ni bagi aku agak plain dan klise..kita boleh mengagak penghabisan buku ni macam mana. Novel ni pasal seorang perempuan yang mengandung akibat diperkosa (Aleeya Azmeen) lantas mengakibat dirinya tak dapat menghabiskan pengajiannya dalam bidang perubatan di luar negara kerana tak dapat menghadiri kelas dek alahan teruk. Seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengannya didalam penerbangan pulang ke Malaysia (Zarief Danial) dengan sukarelanya menawarkan diri untuk membantu Aleeya dengan berlakon sebagai suami Aleeya dihadapan keluarga Aleeya. Ayah kepada bayi yang dikandung oleh Alia (Syed Muzaffar) cuba untuk mendapatkan Aleeya dan bayi itu sekali kerana hanya dengan itu dia dapat mewarisi harta yang ditinggalkan oleh datuknya.


Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik
Hah! Novel ni la yang buat aku tanya 1 soalan kat adik aku "Ko buat apa kalau ko kahwin dengan lelaki yang x berapa nak betul?" Mula2 dia cakap x sanggup tapi bila aku cakap "tapi dia hensem, kaya dan ikut kata?" terus budak tu sanggup..aik materialistik ke apa? Kalau aku..ntah bergantung kepada keadaan tapi kalau dah tu Allah tentukan untuk aku terima jela insyaAllah ada hikmah disebalik kejadian.
Berbalik ke novel, aku kenal novel ni dari Aina yang membeli novel ni time g bookfair ari tu..so aku baca la sikit2 tapi x sempat nak habis sebab budak tu nak bawak balik Terengganu yelah dah nama pun novel dia..huhu maka aku sambung baca balik kat Penulisan2u.com tapi..macam biasa la kat situ mana tulis habis maka aku g beli online la kat Karyaseni..huhu puas hati bila dapat baca..
Novel ni bagi aku sangat menarik sebab menceritakan tentang perempuan yang berdendam (Nura Alia) dengan seorang lelaki bernama Syed Azmi dan cuba masuk dalam family lelaki tu untuk balas dendam. Tapi dia x jadi nak balas dendam sebab layanan baik ahli kelurga lelaki tu terhadap dia (time tu Syed Azmi xtau pun sebab dia dah kena hantar g luar negara). Dia ditugaskan untuk jaga abang Syed Azmi, Syed Azwan aka Boboy yang ada penyakit Autisme. Boboy dan Nura Alia dikahwinkan apabila mereka ditangkap khalwat akibat perbuatan jahat orang lain. Boboy ni sebenarnya x autistik pun saje buat gitu seba ada peristiwa hitam terjadi kat dia dulu so cara nak lari dari masalah dia pura2 la jadi budak autistik huhu..apa2 aku cakap cerita ni lain sikit dari novel biasa so tulah sebab aku suka~ hoho

Suami Aku Ustaz
Novel ni tentang Nur Alisa yang disuruh kahwin oleh ibubapanya disebabkan takut dia menjadi lebih liar kerana dia sering keluar malam dan lepak bersama2 rakan sekolahnya sehingga larut malam. Alisa baru berumur 17 tahun dan bakal menghadapi SPM tetapi disebabkan ibubapanya ingin ke Mekah untuk menunaikan haji dan takut Alisa makin galak keluar, mereka menyuruh Alisa berkahwin dengan Ustaz Hafiz aka sepupu Alisa yang kebetulan turut mengajar Pendidikan Islam disekolahnya. Perkahwinannya dengan Ustaz Hafiz dirahsiakan dari pihak sekolah kecuali kepada Pengetua dan guru kelasnya.
Terus terang cakap..cerita ni memang best dan Ustaz Hafiz merupakan pesaing hebat Uwais Ukasyah dalam merebut title jejaka idaman hati woohohhoho~silalah baca ye~dengar kata bakal didramakan ke difilemkan aku x sure..tapi..apa2 pun baca novel dia lebih nikmat dari tengok drama or movie..believe me la~


No comments:

There was an error in this gadget