Wednesday, February 20, 2013

My Precious Friend



Pernah x korang ada kawan yang korang rasa korang perlu jaga dia sebaik-baik mungkin sebab nampak potensi dia akan berubah ke arah yang x betul di masa hadapan?

Aku ada..dan aku gagal menjaga dia dengan baik..

Aku xtahu nak cakap macam mana tapi dari sejak mula aku nampak dia aku dapat rasakan yang dia perlukan aku tapi aku x tahu kalau2 dia x pernah fikir macam tu..or I just think highly of myself? I don't know..the thing is..still even after years I still feel the urge to protect that friend of mine.


Sekarang ni tiap kali aku buka Facebook dan aku melawat wall dia aku rasa nak menangis sebab aku rasa aku gagal sebab mungkin kurang komunikasi antara kami sekarang..ye kami dah terpisah jauh dan kurang berhubung dek kesibukan..aku sedih dengan apa yang terjadi dan aku x tahu macam mana lagi nak tolong dia...

Pernah aku menghantar mesej tentang perasaan aku tentang perubahan dirinya tapi..tiada perubahan ke arah yang baik yang dilakukan. Aku rasa sedih dan rasakan aku pernah ada 24/7 dengan dia kot baru dia boleh ubah balik or what but that's totally impossible. Dia ada hidup dia yang sendiri dan aku juga begitu..sekarang ni aku xtahu sama ada aku yang berjauh hati dengan dia atau apa sebab setiap kali aku cuba telefon atau mesej dia, aku berhenti sekerat jalan..ntah mungkin aku takut dengan penerimaan dia..ye sekarang aku dah jadi makin penakut pula..haish..

Apa yang aku boleh lakukan ialah berdoa supaya Allah kembalikan sahabatku ke jalan yang benar dan dia kembali menjadi seorang yang pernah aku kenal. Amin.

No comments:

There was an error in this gadget