Friday, February 15, 2013

Pos..lambat?

Entry geram dengan perkhidmatan Pos Laju Malaysia..

Macam ni, hari Khamis yang lepas, aku beli novel secara online dan syarikat tu dah pos hari Jumaat tu juga. Aku faham la 10 dan 11 hb tu cuti umum dan kiranya 12 tu pun kira cuti juga la kan so aku ingat 13 hb/ hari Rabu tu aku dah dapatlah barang aku. Tapi.....sampai ke hari ni pun aku x dapat2 barang aku! Mau x angin?!

Maka tengahari tadi aku call la customer service Pos Malaysia ni..untuk panggilan pertama, aku tunggu punya tunggu tapi dia bantai putuskan panggilan aku kononnya semua officer dia tengah sibuk..geram punya pasal aku shoot la email kat care@pos.com.my (Customer Care) tapi..auto reply dia beritahu yang aku cuma akan dapat feedback dalam 3 hari macam tu..what?! nak aku tunggu lagi ke?! Maka aku call balik customer service, yang ni aku tunggu nak dekat 4 minit barulah ada officer yang jawab..nasib baik la dia layan baik kalau x maunye kena serang...so dia cakap disebabkan aku guna alamat company (tempat kerja mama aku), maka barang aku cuma akan sampai pada 18hb iaitu hari Isnin akan datang..apakah?! terang2 company tu dah buka hari Rabu hari tu just dorang yang buat assumption sengal..apa ni?! Disebabkan dia layan baik maka aku pun cakap la kalau macam tu aku nak g amik jela barang aku tu kat pejabat pos dorang..yela aku dah malas sangat nak tunggu2 lagi..dia cakap boleh je aku g amik sebab barang tu memang dah ada kat pejabat pos..so aku pun bercadang nak ajak ayah aku g pejabat pos..

Pukul 3pm, aku gerak g pejabat pos dengan ayah dan adik aku, Wani..sampai2 je aku terus bagi nombor tracking dan orang kat situ suruh aku tunggu sebab nak check...selepas 10 minit macam tu, dia keluar dan tanya aku "Alamat company kan? Company ni dah buka ke?", aku jawab la dah buka dari hari Rabu lagi..dia cakap barang tu ada kat posmen dan kiranya kalau company tu buka nanti posmen tu terus hantar ke company petang ni juga......APA?!! Dah tu aku datang sini buat apa? Aku beritahu la yang Customer Service Officer dia yang beritahu yang aku boleh datang dan amik barang kat Pejabat Pos sebab barang ada kat situ..dia boleh balas "Oh diorang tu bukan tau pun", errkk? apakah?! Maka aku balik dengan perasaan marah sebab apa pun x dapat dan x sure whether boleh dapat barang aku dalam hari ni juga..giler ah!

Kepada Pos Malaysia..korang punya slogan 'Dijamin sampai esok' tapi ni apa hal? Dah la buat assumption bukan2..oh ingat asal company Cina je buka lambat la ye? Apa kata lain kali rajinkan diri call dulu company berkenaan tengok buka ke x sebelum nak buat tanggapan yang company tu tutup..mama aku cakap surat2 biasa ada je sampai..so? Kalau macam ni la kualiti Pos Malaysia, aku akan email kat syarikat yang aku beli novel tu supaya tukar syarikat penghantaran..banyak lagi syarikat lain kat Malaysia ni yang boleh buat penghantaran express okay?

p/s: ni tadi baru Mama aku call beritahu barang aku dah sampai..hmm dah kurang sikit marah tapi apa2 pun aku harap benda2 macam ni x berlaku lagi..

2 comments:

perindu_خلافة said...

SaLaM SeJaHtErA - lyana..

mungkin kesilapan sistem je tu, biasa la kerja dengan ramai orang kan,yang penting barang tu dah selamat sampai walaupun lewat sikit ^_^

# nampaknya cik 'iblis laknatuLlah' dah termenang kali ni, lepas ni pastikan dia kalah yep

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة astaghfirrullahalazim..
ye nampaknya cik iblis dah menang..hmm ikutkan perasaan lagi..terima kasih sebab sudi nasihat (^-^)

There was an error in this gadget