Thursday, February 28, 2013

Si Bunga


Ada sekumtum bunga di sebuah taman yang indah. Ia dikelilingi dengan pokok2 renek tetapi ia tetap sunyi kerana hanya dia sahaja bunga disitu. Suatu hari seekor kumbang datang menghulurkan salam perkenalan. Dek terlalu lama kesunyian, Si Bunga menyambut baik kehadiran Sang Kumbang.

Persahabatan Bunga dan Kumbang semakin hari semakin melahirkan rasa sayang didalam hati Si Bunga. Apabila Sang Kumbang menyuarakan cinta, Si Bunga terus bersetuju fikirnya Sang Kumbang akan sentiasa menemaninya didalam taman yang kini lengkap dengan kehadiran Sang Kumbang.


Namun, setelah beberapa purnama, Sang Kumbang mula bosan dengan Si Bunga. Sang Kumbang terus meninggalkan Si Bunga dan berpindah ke taman yang lain. Si Bunga yang kecewa kini tidak mahu lagi berharap. Cukuplah sekali dia dikecewakan. Lalu Si Bunga membalut tubuhnya dengan duri2 yang tajam dan memudarkan warnanya. Taman yang indah kini makin hambar, semak dan belukar mula memenuhi sekeliling taman menenggelamkan Si Bunga. Akan tetapi Si Bunga puas kerana tiada lagi yang menganggu.

Pada suatu hari, seekor lebah hinggap di kelopak Si Bunga. Sang Lebah kemudiannya mengelilingi Si Bunga tanpa berkata apa2 sehinggakan menimbulkan rasa ingin tahu di hati Si Bunga. Selepas beberapa ketika Sang Lebah tinggalkan Si Bunga tanpa sebarang kata. Keesokan harinya, Sang Lebah melakukan hal yang sama dan kemudiannya meninggalkan Si Bunga. Hari2 yang berikutnya juga perkara yang sama dilakukan oleh Sang Lebah. Tepat hari ke-10, Si Bunga yang sudah x tertahan lagi rasa ingin tahunya bertanya kepada Sang Lebah akan perbuatan Sang Lebah itu. Sang Lebah hanya berdiam diri lalu terus pergi meninggalkan Si Bunga dan tidak lagi mengunjungi Si Bunga buat selama-lamanya.

Si Bunga pun mula berasa kehilangan da menekadkan dirinya supaya berhenti berharap dan meneruskan kehidupannya sehinggalah ia layu menyembah bumi. Sekian.



No comments:

There was an error in this gadget