Saturday, February 23, 2013

Trend-trend Novel Melayu

books 
Disebabkan selalu membaca novel, aku sedar ade banyak persamaan dalam setiap novel yang aku baca dan sesetengah perkara yang bagaikan trend untuk novel2 ni..

1. Kahwin paksa.
Banyak juga la novel kat pasaran yang bermula dengan kahwin paksa x kira la mak ayah dok desak or nak dapatkan warisan harta. Mula benci lama2 suka dan jadi lovey dovey~

2. Terlanjur
Hehe asal dengar terlanjur je ingat cerita drama2 popular ye? Ntah la aku rasa novel yang macam ni kekadang buat aku naik angin..macam xde sebab lain nak kahwin dan boleh bagi impak yang x baik kepada pembaca2 muda..ye ade novel yang sediakan ruangan nasihat kat penghujung novel tapi..boleh dikira berapa ramai yang membaca sebab bila dah last2 happy ending terus tutup buku sengih sorang2...

3. Tangkap basah/khalwat
Yang ni kira common jugalah dalam novel2 ni. Bermula sebagai kawan ke rakan sepejabat ke apa pastu tetiba ada je benda yang menyebabkan Si Perempuan g rumah Si Lelaki dan ditangkap basah yang pasti salah satu watak akan menyalahkan yang lagi seorang konon-kononnya memerangkap beliau..ufufufu macam2..

4. Couple dengan orang lain kahwin dengan orang lain
Tu la orang dok nasihat jangan couple sebab haram. Punyalah lovey dovey dengan kekasih dia last2 kahwin dengan orang lain tapi jadi lovey dovey gak..hmm aku x tau la takat mana lovey dovey couple2 sekarang ni asalkan sang suami x dapat bekas orang lain sudah..tu la couple tu kan umpama mendekatkan diri dengan zina....

5. Bangsawan
Hahaha yang ni memang lawak gak la kat aku. Watak2 mesti dari keluarga kaya sama kaya xpun kaya dengan miskin. Miskin dengan miskin xnak buat cerita ke? Kalau ada pun berakhir dengan tragedi pastu xkira la yang laki atau perempuan mesti kahwin dengan orang yang kaya juga la..huhu..

Mungkin ada lagi trend yang aku x sempat kupaskan dalam entry kali ni. Tujuan aku bukan la nak menjatuhkan novel2 tempatan tapi cuma nak ulaskan apa yang aku perasan tentang novel hari ni. Aku suka baca dan kumpul novel tempatan okay? Sekarang ni aku perasan ramai penulis novel yang mengetengahkan nilai2 Islamik didalam penulisan yang mana aku rasa sangat bagus. Yelah dari baca kosong gitu, lebih baik dapat info2 Islamik yang mungkin x diketahui oleh sesetengah kita.

Baiklah aku rasa sampai sini sajelah buat kali ni dan dah nak Zohor dah ni. To all novel lover, read something that not only satisfy you but also your soul.

No comments:

There was an error in this gadget