Thursday, February 28, 2013

Ulasan Novel Isteri Separuh Masa- Suri Ryana


Yup hari ni aku beli dan dah abis baca novel yang bertajuk "Isteri Separuh Masa" yang dicadangkan oleh sahabat baikku, Zaidatul Nadia binti Zainal aka Jed

Siang tadi selepas dikecewakan, aku merayau la kat Bandar Rawang yang dah lama gila aku x ronda..ye aku dok terperuk kat rumah je..so mula2 aku g kedai foto dulu untuk amik gambar passport..dah siap tu aku terus g pejabat pos untuk beli setem hasil. Bila dah boring aku g Parkson Rawang dan terus naik tingkat atas bangunan tu..sampai je aku terus terkejut sebab Popular yang aku suka dah ..HILANG!! Warghhh bila masa plak Popular lari..lari g mana? Haiya! Kecewa lagi punya pasal aku call Jed..apa lagi cerita la kisah aku 1 hari ni huhu saje je kaco kawan tu keje..kawan tu pun cadangkan aku g Pustaka Rawang huhu kat situ pun ada buku ma..sampai je Pustaka Rawang mula la rambang mata sebab dia ada sale less 10%  untuk novel2 muahahahaha syiok oo...maka aku call lagi Jed minta pendapat novel apa yang patut dibeli dan kawan tu cakap novel ni best maka aku pun beli kikiki..dah abis membeli aku lepak KFC sementara tunggu Nadirah datang lunch...tengah2 tunggu tu pun aku baca novel tu huhu..

Okay novel ni aku bagi rate 'Novel yang Patut Dibaca!' Yeehaa~
Novel ni memang best walaupun agak klise gak sebab pasal kahwin paksa gak...huhu tapi ni lain skit dari biasa. Novel ni mengisahkan Medina Izwani yang diambil sebagai anak angkat oleh keluar Dato' Abdullah dan Datin Alliyah terpaksa berkahwin dengan abang angkatnya, Nazrin Shah (uik Nazrin bukan Nasrin hihihi) diatas permintaan nenek angkatnya. Pada masa yang sama, Medina menyukai Megat Shazril dan Nazrin bercinta dengan Zita. Nazrin sangat membenci Medina yang mengakibatkan pertunangannya dengan Zita dibatalkan kerana memberitahu neneknya yang Zita curang. Mereka ditunangkan sebelum Nazrin berangkat ke UK dan berkahwin setahun kemudian. Pada malam perkahwinan mereka, Nazrin bertekad untuk menceraikan Medina apabila kesihatan neneknya stabil. Setelah 4 tahun, Nazrin mengajar di universiti yang sama dimana Medina melanjutkan pelajarannya dan lebih seronok lagi diA turut mengajar di kelas tutorial Medina. Nenek Nazrin yang tiba-tiba mahu tinggal di rumah mereka menyebabkan mereka terpaksa berlakon menjadi pasangan bahagia didepan nenek. Zafril yang tiba-tiba hadir dalam hidup Medina dan memaksa Medina untuk menerimanya turut menambahkan sakit kepala Medina.

Novel ni ada novel kedua penulis selepas novel popular beliau M.A.I.D. yang aku berjaya habiskan dalam masa 3 jam lebih masa praktikal kat Putrajaya dulu hihihi~ terus terang cakap penceritaan penulis ni sangat menarik dan buat aku melekat membaca novel ni lepas Zohor dan habis sebelum Asar. Silalah beli novel ni kalau nak tahu lebih lanjut..dijamin x menyesal beli~

No comments:

There was an error in this gadget