Sunday, February 24, 2013

Ulasan Novel Jauh Dari Cinta - Adah Hamidah

Jauh Dari Cinta 
Novel yang aku pinjam dari sahabatku, Jed petang tadi. Hmm macam biasa dah habiskan sebab banyak masa kan..

Watak dalam novel ni, Nysa Sakinah dan Farish Aqil. Aqil? Nama anak aku tu..banyak menceritakan dari sudut Nysa dan aku mendapati Nysa seorang wanita yang sangat selfless. Sanggup berkorban unutk suami yang x mencintai dia. Farish Aqil ni sebenarnya suka kat lagi 1 watak, Lily yang telah meninggalkan dia disebabkan tentangan keluarga. Nysa dan Aqil dikahwinkan atas permintaan keluarga Aqil yang kebetulan kenalan rapat ayah Nysa. Nysa dan Aqil sebenarnya dah kenal dari zaman universiti lagi da Nysa pernah meluahkan perasaannya kepada Aqil namun ditolak. Nysa yang merasakan dirinya x dicintai oleh Aqil berusaha untuk perkahwinan antara dia dan Aqil dibatalkan tapi..x berjaya. Tiba2 Lily yang pulang dari luar negara lagi menambahkan konflik dalam hubungan mereka. Nysa kemudiannya bertekad untuk menyatukan Aqil dan Lily kerana merasakan hanya Lily yang dapat membahagiakan Aqil.

Terus terang novel ni agak memenatkan aku. Bagi aku watak Nysa ni betul2 tabah sangat sampai aku x tau nak kata apa. Aqil pula banyak menyakitkan Nysa sampai aku rasa kalau ade laki macam ni boleh buat orang sihat pun jadi sakit jiwa. Tapi apa yang buat aku suka novel ni ialah bila Aqil dah sedar yang dia juga mencintai Nysa dan berusaha untuk menawan semula hati Nysa walaupun Nysa dah macam xde hati kat dia. Bagi aku novel ni seronok dibaca tapi aku x rasa aku akan mengulang baca novel ni. Sekian.

2 comments:

perindu_خلافة said...

woah rajin buat book review skrg ni.. woot~ woot~

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة haha orang yang ada banyak masa macam ni la
apa woot woot? ufufufu

There was an error in this gadget