Tuesday, February 19, 2013

Ulasan Novel lagi~

Yeah akhirnya semalam aku dapat habiskan novel2 yang aku pinjam dari sahabatku, Jed woohoo~ okay time to make a review then~ aku akan ulas berdasarkan apa yang aku baca dan rasa okay?

1. Rindu Milikku - Rohani Abd Aziz

Novel ni di muka depannya ade tertulis 'Novel Terlaris' dan aku rasa itu sebab Jed tertipu kot. Terus terang cakap aku rasa novel ni dah menang award 'Novel Yang Paling X Perlu Dibaca'. Dari mula aku baca sampailah ke penghujung novel aku berasa penat dan marah dengan watak2 dalam novel ni. Watak utamanya, Miznaina/Nina digambarkan perempuan yang ada masalah dengan muka sendiri sebab mulutnya dulu sumbing dan mukanya walaupun pernah menjalani  pembedahan tapi masih nampak x sempurna jadi dia takut nak berkenalan dengan lelaki. Watak kedua, Hairul, lelaki yang pernah kecewa dengan bekas teman wanitanya yang berkahwin dengan pilihan  ibubapa. Mereka berkenalan melalui laman sosial Myjodoh. Apa yang buat aku x suka dengan novel ni adalah perangai kedua2 watak yang mula2 time bercinta macam nak rak berjanji macam2 dan dari sudut Islamik, novel ni terlalu banyak kekurangan. Nak2 lagi time Nina tumpang solat di ofis Hairul..boleh pula selamba perempuan tu buka tudung depan lelaki yang bukan mahramnya (Hairul) dan siap berpegang berpeluk bagai. Haduila...lagi xleh blah masalah dalam novel ni macam xde penghujung dan tergantung. Jadi aku bagi rate must not read novel. Patutlah si Jed x abiskan baca..

2. The Wedding Breaker - Evelyn Rose

Aku rasa sepatutnya novel ni yang patut dicop novel terlaris..novel ni terus terang cakap menarik dan buat aku x penat bila membacanya. Novel ni pasal Ariana yang menolong rakannya Juwita dengan membongkarkan perbuatan x senonoh bakal suami Juwita, Adam Kamil pada hari perkahwinan Juwita dan Adam diatas permintaan Juwita sendiri. Dia berbohong yang dia mengandungkan anak Adam dan turut membawa koleksi foto adegan x senonoh Adam. Adam berdendam dan menculik Ariana menuntut penjelasan namun Ariana x mahu memberitahu sebab sebenar kepada Adam kerana takut memberi kesan kepada Juwita. Adam yang geram lantas memperkosa Ariana kerana Ariana berbohong yang dia mengandungkan anak Adam. Selepas dari kejadian itu, Adam bagaikan gila bayang terhadap Ariana nak2 lagi banyak pula pertemuan yang terjadi secara x sengaja antara dia dan Ariana..huhu kalau nak tahu kebih2 sila baca novel ni okay? Bagi aku novel ni cukup segalanya. Adam yang kuat bersosial kerana duduk di luar negara sejak berumur 13 tahun berubah menjadi Adam taat pada agama setelah pelbagai ujian dan dugaan. Adam bernasib baik kerana keluarganya mengajaknya berubah bersama2 dengan mengundang Ustaz Hakimi untuk membimbing mereka tentang Islam. Okay novel ni memang novel yang patut dibaca~

3. Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah

Novel yang buat aku rasa nak tergelak bila teringat babak2 dalam novel ni. Novel ni mengisahkan Nawaal Husna yang disuruh kahwin oleh kedua ibubapanya dengan lelaki yang dia x kenal, Zahrain. Zahrain juga tersepit diantara kehendaknya dan ibubapanya x mampu menolak permintaan ibubapanya untuk memperisterikan Nawwal Husna. Nawwal Husna yang redha dengan takdirnya berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik buat Zahrain dengan mengikuti tips2 yang diturunkan oleh kakak2nya aka Master-ji dan Side-kick , Najla dan Nawrah. Zahrain yang berhati kering berjaya dilembutkan oleh Husna tetapi terlalu banyak pula dugaan yang menimpa sepanjang perkahwinan mereka yang kebanyakannya disebabkan oleh teman wanita Zahrain, Adira yang inginkan Zahrain kerana hartanya. Apa2 pun kecekalan Husna dalam menawan hati suaminya dan tips2 master-ji menjadikan novel ini menarik dan patut dibaca huhu~

4. Siapa Orang Gajiku - Azimah Lily

Aku kagum dengan watak utama novel ni, Dr. Sharifah Aina Aishah yang sanggup bekerja sebagai orang gaji dirumah Tengku Fauziah semata-mata untuk mendapatkan wang dana untuk Rumah Anak-anak Yatim Sri Harapan. Aina sanggup berbuat demikian diatas permintaan Tengku Fauziah yang x tahan melihat cucunya, Tengku Haikal Iskandar yang kecewa perkahwinannya dengan Sofea terbatal dek Sofea meninggalkannya pada hari perkahwinan mereka. Haikal yang x terurus hanya berkurung didalam bilik dan hidup didalam dunia yang diciptanya sendiri. Macam biasa, Aina berjaya mengubah Haikal setelah menggunakan beberapa trick tetapi kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Haikal, Tengku Fazira yang menyangka Aina ada agenda tersembunyi. Novel ni boleh dikatakan menarik kerana ade gak cerita pasal abang Aina, Aril yang penat melayan mamanya yang menyuruh dia dan Aina cepat2 mendirikan rumahtangga dan akhirnya bertemu jodoh dengan rakan baik Aina, Rina Luna. Novel ni boleh dikategorikan novel yang boleh menarik minat juga la..huhu watak Datin Sri Mawar, mama Aril dan Aina memang kasi aku seram..huhu kalau nak tahu silalah baca (^-^)

No comments:

There was an error in this gadget