Sunday, March 31, 2013

Hi guys!

comel je~

Okay esok dah kerja. Dari semalam sebenarnya aku nak update blog novel aku tapi terbantut sebab adik aku on9 lama sangat. Aku yang mengantuk terus tertido kot!

Jadi hari ni aku update 2 bab untuk setiap novel. Take a good read guys!

Sila baca Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais

Kalau ada rasa macam ntah apa-apa ke apa sila beritahu aku..hehe sebenarnya aku rasa malu teramat sangat bila buat novel pasal orang yang dah kahwin sebab aku xtau lah weh macam mana perasaan tu..tapi..aku rujuk pengalaman membaca novel aku dulu-dulu huhuhuu malu~~~oklah minggu depan aku akan update lagi blog novel aku tu..semoga kalian suka dengan tulisan aku okay? doakan yang terbaik untuk aku...

Thursday, March 28, 2013

Bersangka baik~



Sifat yang aku asyik pupuk dalam hati aku tiap2 ari sebab ade je tingkah manusia yang buat aku fikir tak elok...naik tren dari Rawang sampai KL Sentral tiap2 ari jadi tabiat lama aka memerhati orang dah datang balik..haish mata ni la! Nasib baik duduk kat koc wanita..oh tadi petang sebab ramai sangat aku g koc yang bercampur..itu pun sebab ada kawan kalau tak memang tak sio teman ke sana..bila kawan tu turun kat destinasi dia aku dah mati kutu..tunduk terus pandangan dan peluk beg besar aku macam apa ntah...haih apa punya perangai..

Oh tadi ada pegawai yang datang check tiket..haih ade gak ke orang yang naik tren xde tiket skang? disebabkan aku pakai Touch N Go Doraemon kakak aku maka aku tunjuk je kad tu takdelah dia nak check huhu polis tu sengih je tengok Touch N Go Doraemon tu..huhu mesti dia ingat dah besar gabak pun suka Doraemon..huhu bukan aku ye tapi akak aku punya..kalau aku punya mesti gambar Son Goku yang tengah angkat Bola Jiwa \(>o<)/  konon~

Kerja aku buat masa ni okay..kena la tegur sikit2 sebab aku suka buat ikut suka hati aku bila buat phone interview dengan candidate hehehe sorry saya budak baru~ tapikan terus terang cakap..ada gak orang yang dah menganggur dari April 2012 sampai skang tapi bila tawarkan kerja boleh plak tak nak..err ni memilih atau dia memang tekad dan nekad nak kerja yang betul2 dia nak saje? Entah oh sila bersangka baik Norlyana Nasrin binti Zulkifli!

p/s: rakan sekerja nak panggil aku dengan panggillan 'Lyana' dan aku terus menolak..huhu nak maintain jadi Nasrin lagi buat seberapa ketika (apa punya ayat da...)

okay macam biasa sila lawat blog novel aku Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais
layan ni jap~ dulu aku layan album Meteora ni berulang-ulang kali..ni salah satu lagu yang aku suka




oh dan ni juga~
 

Monday, March 25, 2013

I'm employed

taken from here 

Tajuk dah menceritakan segala-galanya..alhamdulillah dah dapat kerja kat 1 company kat KL Sentral so hari2 naik komuter jela huhu..

Okay just wish me luck (^-^)

Nampaknya aku akan update novel pada hujung minggu insyaAllah. Jadi kalau ada apa2 cadangan ke apa silalah komen kat sini or kat blog novel okay (^-^) because really appreciate that..

Blog novel : Kisah Kita  dan  Isteriku Ratu Ais

Sunday, March 24, 2013

Kerana Dia



Terus terang aku mula berubah sedikit demi sedikit sebab Dia. Dari seorang yang kosong jiwanya kepada seorang yang baik sedikit..

Aku berubah pada awalnya kerana paksaan. Ah dulu aku benci sungguh dengan peraturan sekolah yang menyuruh murid perempuan bertudung.

Aku mula bertudung separuh masa apabila aku berumur 11 tahun kerana diejek oleh seorang budak lelaki yang sangat menjengkelkan pada waktu dulu. Aku benci dia! Sejak diejek, aku mula bertudung tapi hanya disekolah sahaja..

Masuk sekolah menengah, pelajar perempuan Islam diwajibkan bertudung..hmm memang aku x suka tapi terpaksa pakai juga. Ada juga beberapa rakan bukan Islam bertanya "Kenapa pakai tudung?" aku yang jahil agama ketika itu menjawab "Dah Tuhan suruh" walaupun diluar aku masih tak bertudung!

Pada awalnya dulu memang aku seorang yang sangat teruk, solat pun selalu tinggal sehinggakan seorang pelajar lelaki bukan Muslim bertanyakan kepada cikguku "Kenapa dia tak keluar sembahyang?" cikguku menjawab perempuan ada masa-masa yang tak boleh sembahyang. Aku memandang benci kepada budak lelaki itu kerana suka hati aku la nak g sembahyang ke tidak!

Hidupku terasa kosong dan bagaikan ada satu perasaan meresap kedalam jiwa aku setiap kali aku mendengar laungan azan walaupun aku tak solat ketika itu. Lama kelamaan aku mula mencari sesuatu kerana dapat aku rasakan jiwa aku tak tenang dan aku perlukan sesuatu. Maka aku mula solat. Bukan aku tak tahu cara solat sebab sejak dari sekolah rendah lagi aku diajar tentang solat cuma aku sahaja yang malas untuk menunaikannya.

Walaupun sudah mula solat, aku masih tidak memakai tudung dan sering berpakaian tidak menutup aurat. Pernah aku ditegur seorang junior aku yang mengatakan aku seksi diluar. Merah padam muka aku ketika itu sebab ego yang tinggi dan aku tak suka budak yang bagi aku dirinya tak betul tapi nak menegur orang lain! Benci sungguh aku dengan junior aku ketika itu.

Tamat sekolah menengah, aku berazam yang aku akan bertudung sebaik sahaja aku mendapat tawaran untuk menyambungkan pelajaran ke mana-mana. Entah bagiku aku sudah bersedia untuk bertudung ketika itu. Aku menerima tiga tawaran; Matrikulasi Kerajaan di Melaka, Matrikulasi UIA PJ dan Maktab Perguruan. Aku bingung dan pada ketika itu aku memang tak mahu ke Matrikulasi UIA kerana bagiku aku tak layak!

Namun setelah berbincang dengan sahabat baikku, Zaidatul Nadia yang turut menerima tiga tawaran yang sama sepertiku, dan aku melihat mamaku beria mahukan aku ke UIA maka aku membuat keputusan untuk menerima tawaran Matrikulasi UIA dan hidup aku mula berubah sejak dari itu.

Aku mula berubah sedikit demi sedikit. Dari seorang yang agak baran dan suka ikut kepala sendiri kepada seseorang yang okay sikit la..baran aku mula hilang sedikit demi sedikit apabila menjejakkan kaki ke UIA Kuantan. Entah makin hilang pula taring aku. Lama kelamaan pemikiran aku menjadi sedikit matang (eh nak kata matang sangat tak lah..) Aku semakin menyukai Islamic Worldview dan aku suka membandingkan hidup seorang Muslim dan orang kafir...alhamdulillah aku semakin menyayangi agamaku, Islam sekarang berbanding suatu ketika dulu.

Sekarang..aku masih belajar, masih belajar apa itu Islam dalam erti kata yang sebenar dan bagaimana untuk menjadi seorang Muslimah yang baik..aku masih ada banyak kekurangan..nafsu dunia masih ada dalam diriku tapi aku cuba mengimbangi dunia dan akhirat. Doakan yang terbaik untuk aku kerana aku masih ingin mengenal Islam dengan lebih mendalam dan ingin menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri aku sendiri..

Oh ada yang mengatakan jika kita suka pada seorang yang baik, kita akan berubah menjadi baik untuk bergandingan dengannya...hmm x tahu..tapi bagi aku, kalau kita berubah menjadi baik untuk seseorang maka orang itu memang layak untuk disukai..huhu apa-apa jela (^-^)

Sila lawat blog novel Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais. Tegur jika ada kesalahan ye ? Terima kasih.

Saturday, March 23, 2013

Infinite - Man in Love


HANGUL

관심 없던 사랑 노랠 흥얼거리고 세상 멜로 드라마는 모두 내 얘기 같고 
전에 없던 멋을 내며 외모에 신경 쓰고 커피의 쓴 맛을 알아가
시간은 참 빠르게 가 마음만 조급해져 가고
내 곁에 너를 상상해 혼자만의 영활 찍어
남자가 사랑할 때엔 꼭 항상 곁에 머물면서 늘 해주고 싶은게 참 많아 
사랑에 빠질 땐 내 삶의 모든걸 다 주고서 단 하나 그 맘만 바래 
사랑에 빠질 땐
남자가 사랑할 때엔 남자가 사랑할 때엔
rap) 점점 붉어지는 볼에 천천히 떨어지는 내 고개 너만을 바라본 채 I`m On My Way
미친 듯 달려온 내 고백 
남자가 사랑할 땐 하나를 위해 열을 잃어도 후회로 끝나지 않게
오늘이 끝 인 것처럼 줘 All I Have
철없는 어린애처럼 괜시리 웃음이 나고
남들과 다른 나라고 스스로 컨트롤을 하지
남자가 사랑할 때엔 꼭 항상 곁에 머물면서 늘 해주고 싶은게 참 많아 
사랑에 빠질 땐 내 삶의 모든걸 다 주고서 단 하나 그 맘만 바래 
사랑에 빠질 땐
rap) 헤어나지 못하게 깊이 빠진 채 책 속 글자가 춤춰 니 이름으로
영화 속 배우와 하늘 속 달마저 니 모습으로 보여
매일 널 그려 니가 내 품으로 와야 맘이 놓여 널 위한 안식처 절대 안 식어
잘 봐봐 이런 기분을 느낀다면 네게 빠진거야 
누군가 네게 신호를 주면 알아달란 말이야 지금 나처럼
남자가 사랑할 때엔 꼭 항상 곁에 머물면서 늘 해주고 싶은게 참 많아 
사랑에 빠질 땐 내 삶의 모든걸 다 주고서 단 하나 그 맘만 바래 
사랑에 빠질 땐
남자가 사랑할 때엔 남자가 사랑할 때엔
내가 사랑을 할 때엔 내가 너에게 빠질 땐

ROMANIZED

kwahnshim eopt-deon sarang norael heungeol-keorigo sesang mello deuramaneun modu nae yaegi kat-ko 
jeone eopt-deon meoseul nae-myeo wehmoe shinkyeong sseu-go keopiye sseun maseurara-ga
shi-ganeun cham ppareuge ka ma-eumman jo-geubhaejyeo ka-go
nae gyeote neoreul sangsang-hae honjamanye yeong-hwahl chikeo
namja-ga sarang-hal ttae-yen kkok hangsang gyeote meomulmyeonseo neul haeju-go shipeunke cham manha 
sarange ppajil ttaen nae salme modeunkeol da ju-goseo dan hana keu mamman barae 
sarange ppajil ttaen
namja-ga sarang-hal ttae-yen namja-ga sarang-hal ttae-yen
rap) cheomcheom bulgeojineun bo-re cheon-cheonhi tteo-reojineun nae ko-gae neomaneul parabon chae I`m On My Way
michin -deut tallyeo-on nae kobaek 
namja-ga sarang-hal ttaen hanareul wiihae yeo-reurirheodo huhwehro kkeunnaji anhke
oneu-ri kkeut in geotcheoreom jwo All I Have
cheo-reom-neun eorinaecheoreom kwaehnshiri useumi na-go
namdeul-kwah dareun nara-go seuseuro keonteuro-reul haji
namja-ga sarang-hal ttae-yen kkok hangsang gyeote meomulmyeonseo neul haeju-go shipeunke cham manha 
sarange ppajil ttaen nae salme modeunkeol da ju-goseo dan hana keu mamman barae 
sarange ppajil ttaen
rap) heyeonaji motha-ge gipi ppajin chae chaek sok keul-ja-ga chumchwo ni ireumeuro
yeong-hwah sok ba-euwah haneul sok talmajeo ni moseubeuro boyeo
mae-il neol keuryeo ni-ga nae pumeuro wahya mami nohyeo neol wiihan anshikcheo jeoldae an shikeo
jal bwahbwah ireon gibuneul neukgindamyeon ne-ge ppajinkeoya 
nu-gunka ne-ge shinhoreul jumyeon aratallan mariya chigeum nacheoreom
namja-ga sarang-hal ttae-yen kkok hangsang gyeote meomulmyeonseo neul haeju-go shipeunke cham manha 
sarange ppajil ttaen nae salme modeunkeol da ju-goseo dan hana keu mamman barae 
sarange ppajil ttaen
namja-ga sarang-hal ttae-yen namja-ga sarang-hal ttae-yen
nae-ga sarangeul hal ttae-yen nae-ga neo-ye-ge ppajil ttaen


ENGLISH TRANSLATE

 

I start humming along to love songs that I didn’t like before

All of the melodramas in the world seem like my story

I try to look good when I didn’t before by paying attention to my appearance

I’m acquiring the bitter taste of coffee

 

Time goes so fast and my heart grows impatient

I imagine you next to me and film a movie of my own

 

When a man’s in love, he wants to stay by your side

There’s always so much he wants to do for you

When I’m in love, I want to give everything in my life to you

With just one expectation, your heart

When I’m in love

 

 

When a man’s in love, when a man’s in love

 

My cheeks get redder and my head slowly drops

I’m only looking at you as I’m on my way

My confession gushes out as if I’ve been crazily running

When a man’s in love, even if he loses ten to gain one

He gives all he has as if today is the last day so he won’t regret – all I have

 

Like a young child, I keep laughing for no reason

I control myself by saying that I’m different from others

 

When a man’s in love, he wants to stay by your side

There’s always so much he wants to do for you

When I’m in love, I want to give everything in my life to you

With just one expectation, your heart

When I’m in love

 

I can’t escape because I’m in too deep

The letters in my book are dancing as they form your name

As if you’re the main character of the movie, as if you’re the moon in the sky, I keep seeing you

I draw you out every day – my heart will rest only when you come into my arms

I’ll be your resting place that will never cool down

 

Look carefully – if you feel this, that means he’s fallen for you

If someone gives you a sign like I am right now, then please notice it

 

When a man’s in love, he wants to stay by your side

There’s always so much he wants to do for you

When I’m in love, I want to give everything in my life to you

With just one expectation, your heart

When I’m in love

 

When a man’s in love, when a man’s in love

When I’m in love, when I have fallen for you


taken from : beautifullrainyshow





visit my novel blog : Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

Thursday, March 21, 2013

Belajarlah kamu..



Benda yang tak semua orang rasa seronok nak buat. Tapi siang tadi aku ada menonton satu dokumentari channel 392 pasal pelajar kat Korea Selatan, China, India dan Israel belajar. Memang menarik sungguh dokumentari tu dan dihoskan oleh empat pelajar dari Universiti Harvard.

Pelajar-pelajar ni merantau di seluruh negara Asia untuk mengetahui apa tujuan utama seorang pelajar untuk belajar. 'Why are you studying?' soalan itu ditanya kepada murid yang sempat mereka temu bual sepanjang jelajah mereka dan bermacam-macam jawapan yang diberikan.

Jawapan dari seorang budak perempuan dari Korea Selatan yang berumur 13 tahun tak silap aku membuatkan aku tergamam sekejap. Dia baru balik dari private institute di Daechi-dong, tempat yang penuh dengan private institute. Private institute merupakan pusat tuisyen untuk pelajar-pelajar sekolah. Setiap malam, Daechi-dong akan penuh dengan bas-bas yang akan menghantar budak-budak ni balik ke rumah. Okay berbalik ke[ada budak perempuan tu. Budak ni cakap dia belajar sebab mahu bergaul dengan kawan-kawan sekolahnya. Kawan-kawan sekolahnya akan meminggirkannya jika dia bodoh, mereka tak mahu berkawan dengan orang bodoh kerana akan menjadikan mereka juga bodoh. Wow terkejut akak! Rasanya kalau aku belajar kat sana mesti stress sebab nak berkawan pun susah. Tapi kena faham yang Korea Selatan ni negara yang maju jadi mereka semua kena jadi kompetitif dalam segala hal dan mereka kena berpelajaran untuk menjamin masa depan mereka.

Di China pula, pelajar-pelajar duduk di dorm yang sangat daif. Mereka belajar 12jam sehari dan berehat bila makan tengah hari..oh mereka juga mengamalkan tidur 30 minit selepas waktu makan untuk menjana tenaga untuk terus sambung belajar selepas itu. Mereka belajar dalam suasana yang bising kerana mereka membaca buku kuat-kuat tanpa menghiraukan rakan disebelah. Tapi keadaan itu bagaikan 'biasa' bagi mereka kerana bagi mereka, mereka lebih senang menghafal dalam keadaan sebegitu. Pelik..sebab kalau aku memang aku tak boleh belajar dalam keadaan bising. Bila ditanya soalan yang sama, mereka menyatakan mereka belajar untuk masa depan. Ada juga yang belajar untuk mencapai cita-cita. Didalam kelas yang bising itu terdapat kata-kata semangat yang dilekatkan di papan hitam dibelakang kelas. Oh apa yang menarik, pada waktu makan tengahari, ibubapa pelajar yang duduk berdekatan dengan sekolah akan datang membawa bekalan makanan untuk anak mereka. Terharu woo..

Di India, mereka menemu ramah seorang pelajar perempuan yang berkasta Dalit, kasta yang paling rendah dalam sistem kasta disana. Kasta atasan takkan menyentuh Dalit dan ambil apa-apa dari bekas Dalit. Gila la..okay budak perempuan ni cakap dia belajar untuk membantu keluarganya kelak, dia mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya. Dia belajar didalam kelas yang dipenuhi dengan rakan-rakan sekasta dengannya dan mereka sangat tekun belajar walaupun dalam keadaan kelas yang daif, kecil sehinggakan guru mereka sendiri berpeluh-peluh ketika mengajar. Kasihan bila melihat tapi kesungguhan mereka membuatkan aku terfikir..ah anak-anak Malaysia sangat beruntung kerana mendapat peluang belajar dengan selesa.

Di Israel pula, perpustakaan mereka tak seperti perpustakaan biasa yang sunyi. Mereka berbahas tentang buku yang mereka baca dan bertukar-tukar pendapat didalam perpustakaan. Menjadikan perpustakaan tempat berbahas bukan belajar senyap-senyap. Mereka percaya yang dengan cara ini mereka akan dapat lebih banyak pengetahuan dan otak lebih cergas dan cerdas.

Minggu depan mereka akan buat kajian pada pelajar di Jepun pula..tak sabar pula nak menonton.

menyelit sekejap. Lawat blog novel Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais.

Wednesday, March 20, 2013

Saya tak perfect!

far from it... 

Saya tak perfect dan saya pun tak mahu jadi perfect sebab orang lain tapi kalau kerana Allah, insyaAllah saya cuba.

Saya tak perfect dan saya tak perlu jadi perfect sebab orang kata tiada benda yang perfect didunia ini tapi saya rasa ciptaan Allah sememangnya perfect. Hmm macam mana ni?

Saya tak perfect tapi orang ingat saya nak jadi perfect sebab saya cuba menjadi muslimah dari segi pakaian dan perbuatan walaupun sering tergelincir dari landasan yang betul tapi itu bukan untuk menjadi perfect tapi untuk mendapat redha Allah!

Saya tak perfect tapi orang suka ingat saya berlagak perfect sebab saya suka beri nasihat ikut suka hati saya sampai mereka tak suka dengan saya. Tak apalah kalau tak suka jika saya buat anda terasa hati saya minta maaf tapi jika ada benar dalam percakapan saya sila pertimbangankan sebab mungkin cara saya sampaikan salah tapi insyaALLAH saya ikhlas nak beri nasihat.

Saya tak perfect dan takkan pernah perfect sebab manusia yang perfect pun hanya Rasulullah S.A.W.

Saya tak perfect dan tak rasa nak jadi perfect untuk menunjuk-nunjuk diatas dunia yang entah bila-bila masa sahaja Allah boleh lenyapkan dari sistem solar.

Katalah apa-apa pun asalkan kamu sedar yang Allah itu Al-Malik, Al-'Aliy..

Tuesday, March 19, 2013

Teliti diri



Kadang-kadang kita terfikir, kenapa ada yang tak suka dengan kita? Kenapa kita dah pakai cukup menutup aurat tapi ada yang masih mengata tentang pakaian kita? Kenapa bila kita dah rasa kita cukup sempurna tapi masih tidak dicintai? Kenapa orang tak hormat ke kita walaupun kita pangkat tinggi?

Macam-macam persoalan bermain di fikiran  tapi pernah ke kita fikir, apa yang kita dah buat pada diri kita dan teliti diri kita sendiri.

Pernah tak kita tak suka orang lain? Jadi jangan merungut jika ada yang membenci kamu.

Benarkah kita menutup aurat dengan sempurna? Bolehkah pakaian kita ini menggantikan telekung jika tiada telekung untuk solat (untuk perempuan ya)?

Kita pakai T-Shirt labuh muslimah tapi pakai legging? Boleh ganti telekung ka? Isu legging ni hangat diperkata di Facebook. Saya malu bila tengok isi-isi tersembul dan kaki yang berbalut tapi nampak telanjang.

Sempurna? Tiada yang sempurna selain Allah dan Islam. Berapa dalam cinta kita pada Allah adakah sedalam cinta kita pada kekasih kita didunia ini?

Nak berkasih-kasihan? Silalah berkahwin..cinta selepas nikah lebih indah dan diberkati.

Nak dihormati? Hormat mereka disekeliling kamu dulu. Ingatlah pangkat dan harta itu cuma mainan dunia. Di padang Mahsyar kita semua sama yang membezakan kita cuma level iman.

Saya buat entry ni bukan nak mengutuk ke apa tapi sebagai untuk diri saya sendiri yang masih terkontang-kanting dibumi Allah ini. Masih mencari diri sendiri. Masih ingin mengenali Sang Pencipta dengan lebih rapat. InsyaAllah kita doakan semoga diberi peluang untuk bertaubat dan menebus segala dosa-dosa lalu. Kata orang peluang itu sentiasa ada selagi nyawa masih dikandung badan dan matahari tidak terbit di ufuk Barat.



Teringat kat seorang sahabat yang membuat video tentang lagu nasyid ni ketika zaman matrikulasi. (^-^)

Monday, March 18, 2013

Ulasan Novel Kahwin Ganti dan Meh Sandar Pada Aku!

Kedua -dua novel ini dari penulis yang sama, Aifa Batrisya. Okay aku akan mengulas mengikut apa yang aku baca dan aku rasa okay? Kalau rasa melebih ke apa sila tegur (^-^)

1. Kahwin Ganti


Nuqman Hakim dan Luqman Hakim merupakan kembar seiras tetapi sejak dari kecil mereka tak sebulu dek kerana Luqman sering merampas barang-barang kepunyaan Nuqman. Apabila dewasa, Nuqman ingin menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini Mya Zara dengan cepat kerana takut Mya Zara turut dirampas oleh Luqman. Namun pada hari pernikahannya, Nuqman melarikan diri dan Luqman terpaksa menggantikan Nuqman untuk menutup malu keluarga mereka. Mya Zara yang tidak tahu akan kewujudan kembar Nuqman terkejut apabila Luqman memaklumkan yang dia hanya menggantikan Nuqman selepas mereka bernikah.Pada awal perkahwinan mereka, hubungan mereka sememangnya tidak baik. Tambahan pula Mya Zara yang berusia dua tahun lebih tua dari Luqman merupakan tutor ditempat Luqman belajar. Mereka turut merahsiakan perkahwinan mereka dari pengetahuan semua orang kecuali beberapa rakan Luqman dan Dr Iskandar yang asyik cuba mengurat Mya Zara. Semakin lama Luqman semakin menyenangi Mya Zara dan Mya Zara juga meluahkan sayang kepada Luqman. Tetapi Luqman sentiasa menerapkan dalam hatinya yang dia akan terpaksa memulangkan Mya Zara kepada Nuqman apabila Nuqman kembali menuntut Mya. Jadi...nak tahu lebih sila beli novel muahaahaha~spoiler..Luqman tetap dengan Mya huhu~
Novel ni pada mulanya aku rasa geram dan penat sebab asyik bertekak dan Luqman degil + poyo semacam..tapi lama2 rasa seronok dengan jalan cerita. Novel ni kategori okaylah untuk dibaca.

2. Meh Sandar Pada Aku!


Kisah cinta lelaki yang agak anti dengan kaum perempuan kerana ditinggalkan oleh ibunya yang lari mengikut lelaki lain ketika dia baru berumur setahun. Dahsyat gila ibu dia! Ini semua disebabkan perkahwinan antara ibubapanya merupakan paksaan dari neneknya yang mahu mengekalkan keturunan Syed-Sharifah mereka. Doktor Syed Nadzhan selalu mengelak dari bercinta dan semua staffnya merupakan lelaki. Namun seorang pelajar praktikal, Afnan Tasneem terlepas dari piawaan staff hanya lelakinya dan hanya dia seorang sahaja perempuan yang bekerja dengan Doktor Syed. Tanpa dijangka, mama Tasneem berkahwin dengan papa Syed Nadzhan. Lantas menjadikan mereka adik beradik tiri dan tinggal serumah. Syed Emir sepupu kepada Syed Nadzhan meluahkan perasaan kepada Tasneem dan mahu Tasneem menjadi miliknya. Adam Naufal pelajar sarjana Doktor Syed juga menyukai Tasneem. Dalam diam Doktor Syed menaruh hati pada Tasneem. Fuiyoh disukai 3 lelaki dalam suatu masa wahlawei~ nak tahu lebiih-lebih sila beli novel ye.
Novel ini merupakan novel kedua penulis dan bagi aku novel ini lebih menarik berbanding novel yang pertama. Walaupun perangai Syed Nadzhan ni ala-ala Luqman Hakim yang poyo tak reti nak berlembut dengan perempuan tapi cara teguran Syed Nadzhan ni masuk terus dalam jiwa woo..apa-apa pun aku rate buku ni novel yang patut dibaca oleh peminat novel..huhu siap ada masukkan Doktor Luqman Hakim dan Doktor Mya Zara dalam novel ni..kata penulis, novel Kahwin Ganti merupakan kisah kawannya dan novel ini merupakan kisah hidupnya..wow! okay sila beli dan baca ye (^-^)

p/s: silalah lawat blog novel akak Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

Sunday, March 17, 2013

Seharian di Kedai Buku

taken from here  
Semalam aku merupakan hari pertama dan terakhir aku bekerja disebuah kedai buku di Rawang. Mesti ada yang cakap "Hek eleh nak kecoh plak~" "Suka hati gua la!" okay balik semula ke mode bercerita. Aku terima panggilan hari Jumaat (15/03/13) yang menyuruh aku terus datang kerja semalam (16/03/13). Jadi aku pun dengan happy pergi la..yelah dapat kerja kat kedai buku, memang la aku suka sebab penuh dengan benda yang aku paling suka, BUKU.

Maka awal2 pagi lagi aku dah siap minta adik aku hantarkan aku. Orang yang menelefon tu kata mula kerja pukul 8.30am so aku dah tercongok kat depan kedai yang masih tertutup itu pada pukul 8.15am. Guess what? Pukul 8.50am macam tu baru la ada orang datang dan buka kedai. Aku tak tahulah nak kata aku ni cerewet atau tegas dalam bab masa. Bagi aku masa paling lama aku akan menunggu ialah 15 minit dan aku dah beritahu adik aku yang kalau pukul 9 diorang tak buka2 memang aku akan terus balik. Masa itu sangat berharga. Lupakah pada surah Al-Asr?

Walaupun hati aku panas sebab tunggu lama, aku maniskan muka beritahu yang aku disuruh datang bekerja hari ini. Orang yang berada dalam kedai itu macam terkejut tapi mereka suruh isi detail dalam punch card so aku pun buat jela. Aku yang datang dengan xtahu berapa gaji, working hour, staff benefits, holidays and etc disuruh mula bekerja. Bila aku bertanya..mereka beritahu yang bukan mereka yang uruskan itu semua, itu big boss punya kerja..aku pun tunggu la sampai big boss datang...tapi...sampai waktu balik baru muncul tapi x sempat nak tanya..

Aku dimaklumkan dari seorang pekerja disitu yang aku perlu bekerja sehingga 9.30pm dan 2 kali rehat (setiap kali 30 minit) aku hanya akur. Kerja yang x boleh duduk selama 12 jam anda rasa? Kerja ini mungkin nampak simple sebab hanya entertain customer, susun buku, letak tanda harga dan etc yang dorang suruh aku buat. Bila aku call mama aku beritahu pasal kerja ni, mama terus marah dan ayah aku yang kebetulan disebelah mama aku masa tu (dapat dengar suara da..) menyampuk cakap guard pun x keja lama macam aku..hahaha lawaklah ayah oii..mama aku x suka dengan working hour kedai ni..anak dara balik malam memang dia x suka..jadi nak x nak aku terpaksa berhenti..balik rumah aku check, kaki aku membengkak sedikit sebab berdiri lama..hmm dah nama pun kerja berdiri..

TAPI...terus terang cakap, selain keburukan diatas, aku sebenarnya sangat suka dengan kedai buku tu. Aku suka layan customer dan beri suggestion buku apa yang seronok dibaca dan patut dibeli. Dimulakan x sampai 30 minit aku bekerja, ada 2 orang makcik, sorang nak beli terjemahan Al-Quran dan seorang lagi nak beli novel. Aku assist la makcik tu sebab aku bertugas di bahagian Al-Quran dan buku-buku ilmiah Islam kebetulan pula bersebelahan dengan rak novel. dah dapat terjemahan Al-Quran, aku beri cadangan pada seorang lagi makcik yang membahasakan dirinya Ummi untuk beli novel yang aku rasa best iaitu 'Suami Yang Kubenci' dengan 'Hikayat Cinta Si Pematah Hati' kedua-duanya karya E-man Sufi. Aku terangkan apa yang best pasal novel tu kat makcik tu dan tahu makcik tu kata apa "Okay2 Ummi kalah, Ummi beli 5 novel" hihi sebenarnya lagi untung makcik tu beli 5 novel sebab ada diskaun 20% kalau beli 5. Waktu petang pula ada seorang lelaki yang masuk terus ke tempat aku jaga tu. Mukanya nampak blur dan aku terus approach dia. Rupanya dia nak beli buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' dari Ustaz Ismail Kamus jadi aku yang dari pagi tadi dah usha tempat2 buku terus beritahu dia kat mana buku tu..bila dah jumpa buku tu aku beri cadangan supaya dia beli juga lagi satu buku 'Indahnya Amalan Doa' juga dari Ustaz Ismail Kamus kesinambungan daripada buku 'Indahnya Hidup Bersyariat'.



Gelagat anak-anak kecil yang hadir bersama ibubapa mereka pun boleh buatkan aku senyum sorang2..ada seorang budak perempuan unur dalam 3-4 tahun macam tu..dia nampak buku yang ada gambar perempuan bertelekung berdoa..spontan dia sebut "Hantu!" aku yang kebetulan kat situ tiru buat suara macam dia "Bukanlah!" tak perasan pula yang ayah dia ada kat belakang huhuuhu malu seketika...ada pula 3 beradik, semua lelaki main kejar2 dalam kedai buku nama mereka Amar, Amir dan Irfan huhu comel je..bila ayah mereka tanya dengan lembut siapa yang nakal masing2 saling menyebut nama adik beradik yang lain hehe..bila ibu mereka beli rotan mereka panggil 'Penghukum apa ntah..' (x ingat) tapi memang comel..ibubapa mereka pun tegur elok2 je..bagus betul..ada juga ibu dan anak yang datang untuk membeli barang untuk projek seni..anaknya itu banyak sangat permintaan tapi ibunya boleh mengajak anaknya bertoleransi dan cara dia pujuk memang tiptop..

Ada suatu kisah yang aku rasa patut aku kongsi. Ada ibubapa dan seorang anak perempuan yang datang mencari kertas lukisan A3 200gsm tapi xde..dah 2 minggu mereka mencari dan mereka duduk di Kuala Selangor..memang jauh dari Rawang. Sanggup turun Rawang dan ke tempat lain berkali-kali untuk memenuhi tuntutan guru anaknya yang bersekolah di MRSM tambahan pula mereka takde kenderaan sendiri dan hanya meminjam dari saudara mara..ketika itu aku fikir tingginya pengorbanan ibubapa dan aku harap sangat yang sang anak akan ingat apa yang ibubapanya lalui hanya kerana sehelai kertas A3. Disebabkan yang ada pun 180gsm..ibunya mencadangkan beli yang itu sahaja sebab dah tak larat nak mencari lagi..

Banyak pengalaman yang aku dapat walaupun hanya sehari dikedai buku itu..walaupun sehari pengajaran yang aku dapat berguna untuk seumur hidup insyaAllah.

Spread the words please

Bismillah
Assalamualaikum brothers and sisters in islam.

As most of us have heard, our dear Proffesor. Ghassan Taha Yaseen- from the department of History and Civilisation IIUM,
had recently suffered 2 severe heart attacks. He underwent 3 major surgeries and has been in the ICU ever since Monday morning.. Please make dua for him and his whole family as they are physically, emotionally and mentally drained.. May Allah keep them strong and patient. Ameen..

We are currently in need of URGENT donations due to the high cost of the surgeries and Medical charges which has exceeded RM 90,000, while insurance only covers only RM 40,000. 
We were told that as each day passes this amount increases by RM 10,000. Below are the account details on which you can donate:

Account Holder Name: Abdul Aziz 
Bank: Maybank 
Acc Number: 164221439567
Swift code: MBBEMYKL
Branch: Jalan Gombak 

Please pray for him and help spread the word. 
Jazakallahu Khairan.


taken from Rizqan's blog

Friday, March 15, 2013

Ulasan Novel - Cik Blur dan Encik Ikhlas dan Perempuan Lindungan Kaabah


Hehehe walaupun akak agak busy buat tulis novel online sendiri tapi akak still ada masa baca novel lagi u all~

Semalam novel-novel yang aku tempah dari karyaseni sampai. Woohoo~Seronok oo~ Ada empat novel aku beli dan aku dah baca dua dari empat novel itu.

1. Cik Blur dan Encik Ikhlas dari Airisz


Novel yang santai yang mempunyai jalan cerita yang menarik. Bagi aku penulis merupakan seorang yang kreatif kerana dia dapat tarik perhatian aku untuk membaca sehingga habis dan gelak macam orang gila hehehe~ lawak jalan cerita dia dan kira kategori boleh dibaca untuk menghilangkan stress.
Novel ni mengisahkan Kasih Khalishah yang berhenti kerja kerana tak tahan dengan sikap bosnya, Encik Ikhlas yang suka memarahinya sesuka hati. Tak tahan punya pasal, Kasih berhenti dan kerja sebagai orang gaji mengantikan mak kawannya, Pijot yang pergi umrah. Nak jadikan cerita ala-ala Hindustan, rumah yang dia bekerja itu merupakan rumah Encik Ikhlas yang tak penat-penat memujujknya supaya kembali bekerja dengannya. Hubungan mereka semakin baik dari hari ke hari. Dari perasaan benci gila babas kepada cinta ala-ala filem tamil~

2. Perempuan Lindungan Kaabah oleh Hana Ilhami


Novel Islamik yang patut dibaca. Penulis novel awal-awal lagi menyatakan hasratnya yang mahu berdakwah melalui novel. Bagi aku novel ini memang bagus dibaca. Memang bukan novel yang boleh buat orang gelak kaw-kaw to tapi novel yang boleh beri banyak pengajaran dan banyak perkara juga yang dibincang didalam novel ini seperti ikhlas dan ikhtilas.
Hanan seorang anak yatim piatu yang terhutang budi dengan keluarga Datin Zaleha terpaksa berkahwin dengan Fareez anak kepada Datin Zaleha. Hanan merupakan seorang ustazah dan digelar Perempuan Lindungan Kaabah kerana ketaatannya kepada Allah. Fareez merupakan pemuda yang hanyut dengan keseronokan dunia dan mempunyai seorang kekasih, Sally yang juga setiausahanya. Pertemuan antara Hanan dan Alex kerana tertukar beg kertas telah membuatkan pemuda berbangsa Cina itu tertarik dengan Islam dan mula mendekati Islam. Bibit-bibit cinta mula tumbuh dalam hati Hanan dan Alex namun Hanan terpaksa melupakan Alex kerana dipaksa kahwin dengan Fareez. Dia menerima cadangan Abang Amir untuk menerima Fareez kerana tujuan dakwah, mengembalikan seorang Muslim ke jalan yang benar. Alex juga terpaksa akur kerana Fareez merupakan rakan baiknya.

p/s: silalah lawat blog novel akak Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

Konsentrasi

taken from here 
Pagi tadi saya dimarahi kerana saya terlalu concentrate pada suatu perkara sehinggakan saya mengabaikan perkara-perkara yang lain.

Saya membalas,

"Saya memang concentrate apabila membaca, menonton televisyen dan membuat sesuatu pekerjaan kalau tak buang masa sahajalah kalau saya tak concentrate."

"Kalau macam tu susahlah! Kalau ada yang memberitahu sesuatu ketika kamu sedang concentrate."

"Kalau hendak memberitahu saya perkara yang penting, dia kena berdepan dengan saya. Saya akan tatap dia dan dengar apa yang hendak diperkatakan. Saya taklah begitu kejam sehinggakan tak mahu mempedulikan orang lain."

"Macam mana kalau percakapan itu hanya sekali imbas dan dalam keadaan tergesa-gesa."

"Kalau perkara yang penting, cara penyampaian juga perlu menunjukkan ia penting baru saya berikan konsentrasi saya pada dia."

"Susahlah cakap dengan kamu."

"Lagi susah nak cakap dengan orang yang tak mahu memahami!"

p/s: novel baru 'Isteriku Ratu Ais' sila lawat ye (^-^)

Tuesday, March 12, 2013

Month of Birth



Nak percaya..percaya..xnak percaya akak tak kisah pun..hehehe perasan sorang2 petang-petang ni. Baru siap bab 13 dan 14  Kisah Kita. Sila la lawat blog novel tu kalau ada masa.

Monday, March 11, 2013

World's Deadliest Horror Villain

World's deadliest horror villain
souce: 9gag 

Huhu dulu waktu kecil family aku takutkan aku dengan penjenayah nama Kalimuthu. Huhu itu pun boleh buat aku dok diam dalam rumah. Tapi..lepas 30minit aku dah lupa dan terus keluar main balik hehehe~
Macam-macam da..tapi seriously yang Chucky tu pun boleh buat aku tutup mata bila tengok movie dia, Child's Play. Walaupun makin lama makin mengarut cerita tu.

Pernah tak korang tengok ceita Evil's Death? Cerita tu buat aku menyorok dalam almari baju parent aku tapi..bila dah masuk dalam almari tu lagi tambah takut heheheh~ perangai sengal kanak-kanak~

Okay la aku rasa ni je kot aku nak membebel heheh adios!

Sekadar update


Baru je siapkan Bab 12 untuk Novel- Kisah Kita tetibe hujan turun dengan mencurah-curah. Huhu rasa mata ni dah start kuyu sekali prayer reminder keluar..lagi 40 minit dah nak masuk Asar~ hehehe thanks..

Time-time hujan ni teringin pula nak makan kek pisang dengan susu. Hihi sedap oo..x caya sila try.

Hari ni aku try masak ayam masak halia tapi...tak jadi do...oh kegagalan itu menyebabkan aku alter resepi tu sampai aku rasa boleh ditelan oleh adik-adik ku yang kelaparan~

Hmm tadi aku beli novel secara on9 lagi hehehe~ saje je sebab novel2 lain dah abis baca dan aku nak cari idea untuk novel aku sendiri hehehe..

Kepada kawan-kawan sekalian. Kalau rasa nak baca novel yang aku karang silalah klik kat link kat atas tu. Sekian terima kasih. Teehee~

Friday, March 8, 2013

Update yang terbantut- Kisah Coklat

Aku ada ceritakan yang adik aku pergi trip ke Langkawi hari tu kan?

Aku ada pesan kat dia supaya belikan aku coklat favourite aku. Apa lagi, Hershey's special dark chocolate dengan Toblerone (juga dark chocolate).

Yang Toblerone tu betul la dia beli tapi....tang Hershey's tu yang bikin aku panas sikit..huhu

Toblerone & Hershey's
Sesungguhnya dark chocolate yang aku maksudkan bukan dalam bentuk bar gabak besar ini wahai adikku. Tapi...haih xpelah..aku nak yang saiz kecik2 seperti ini
saiz kecik dan comel~
Yang besar gabak tu aku rasa memang aku seorang je yang bantai sebab dalam family aku, hanya aku seorang sahaja yang suka dark chocolate yang lain...hmm dorang lebih suka yang manis..

La ni aku tengah update sambil mengunyah lagi satu coklat yang aku suka Pepero

Pepero almond yang sedap...
Makin gemuklah akak~ hahaha tak apa janji happy (ayatan yang x boleh blah).

Mari Saya Update Sikit~

taken from here 
Ayat tak boleh blah.

Sekarang ni idea tengah mencurah-curah untuk penulisan novel maka aku lebih menumpukan perhatian kepada blog novel aku. Novel yang aku cipta setelah aku mendapat sokongan dari beberapa orang rakanku. Thanks la kawan!

Nak baca? Hehehe malu nak tunjuk tetapi untuk menulis dengan lebih baik aku perlukan kritikan membina dan sokongan dari kalian.

Okay ni link ke blog novel aku. Sila klik sini.

Sila tegur aku jika ada sebarang kesilapan or apa-apa ye.

Meh aku bagi pantun budak sekolah rendah kikiki~

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

rasa sayang eh~rasa sayang, sayang eh~ hehehe dah mengarut.

InsyaAllah aku akan cuba sentiasa update main blog aku ni sekerap mungkin. Oh aku ada baca beberapa buah novel dan dalam banyak-banyak novel tu, aku paling tertarik dengan novel Cik Bunga dan Encik Sombong karya Airisz. Jalan ceritanya yang lain dari lain buatkan aku tertarik huhu~ tahniahlah kepada penulis!

InsyaAllah aku akan update dan menulis dengan rajin. Doakan aku ye kengkawan (^-^)
There was an error in this gadget