Thursday, March 21, 2013

Belajarlah kamu..



Benda yang tak semua orang rasa seronok nak buat. Tapi siang tadi aku ada menonton satu dokumentari channel 392 pasal pelajar kat Korea Selatan, China, India dan Israel belajar. Memang menarik sungguh dokumentari tu dan dihoskan oleh empat pelajar dari Universiti Harvard.

Pelajar-pelajar ni merantau di seluruh negara Asia untuk mengetahui apa tujuan utama seorang pelajar untuk belajar. 'Why are you studying?' soalan itu ditanya kepada murid yang sempat mereka temu bual sepanjang jelajah mereka dan bermacam-macam jawapan yang diberikan.

Jawapan dari seorang budak perempuan dari Korea Selatan yang berumur 13 tahun tak silap aku membuatkan aku tergamam sekejap. Dia baru balik dari private institute di Daechi-dong, tempat yang penuh dengan private institute. Private institute merupakan pusat tuisyen untuk pelajar-pelajar sekolah. Setiap malam, Daechi-dong akan penuh dengan bas-bas yang akan menghantar budak-budak ni balik ke rumah. Okay berbalik ke[ada budak perempuan tu. Budak ni cakap dia belajar sebab mahu bergaul dengan kawan-kawan sekolahnya. Kawan-kawan sekolahnya akan meminggirkannya jika dia bodoh, mereka tak mahu berkawan dengan orang bodoh kerana akan menjadikan mereka juga bodoh. Wow terkejut akak! Rasanya kalau aku belajar kat sana mesti stress sebab nak berkawan pun susah. Tapi kena faham yang Korea Selatan ni negara yang maju jadi mereka semua kena jadi kompetitif dalam segala hal dan mereka kena berpelajaran untuk menjamin masa depan mereka.

Di China pula, pelajar-pelajar duduk di dorm yang sangat daif. Mereka belajar 12jam sehari dan berehat bila makan tengah hari..oh mereka juga mengamalkan tidur 30 minit selepas waktu makan untuk menjana tenaga untuk terus sambung belajar selepas itu. Mereka belajar dalam suasana yang bising kerana mereka membaca buku kuat-kuat tanpa menghiraukan rakan disebelah. Tapi keadaan itu bagaikan 'biasa' bagi mereka kerana bagi mereka, mereka lebih senang menghafal dalam keadaan sebegitu. Pelik..sebab kalau aku memang aku tak boleh belajar dalam keadaan bising. Bila ditanya soalan yang sama, mereka menyatakan mereka belajar untuk masa depan. Ada juga yang belajar untuk mencapai cita-cita. Didalam kelas yang bising itu terdapat kata-kata semangat yang dilekatkan di papan hitam dibelakang kelas. Oh apa yang menarik, pada waktu makan tengahari, ibubapa pelajar yang duduk berdekatan dengan sekolah akan datang membawa bekalan makanan untuk anak mereka. Terharu woo..

Di India, mereka menemu ramah seorang pelajar perempuan yang berkasta Dalit, kasta yang paling rendah dalam sistem kasta disana. Kasta atasan takkan menyentuh Dalit dan ambil apa-apa dari bekas Dalit. Gila la..okay budak perempuan ni cakap dia belajar untuk membantu keluarganya kelak, dia mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya. Dia belajar didalam kelas yang dipenuhi dengan rakan-rakan sekasta dengannya dan mereka sangat tekun belajar walaupun dalam keadaan kelas yang daif, kecil sehinggakan guru mereka sendiri berpeluh-peluh ketika mengajar. Kasihan bila melihat tapi kesungguhan mereka membuatkan aku terfikir..ah anak-anak Malaysia sangat beruntung kerana mendapat peluang belajar dengan selesa.

Di Israel pula, perpustakaan mereka tak seperti perpustakaan biasa yang sunyi. Mereka berbahas tentang buku yang mereka baca dan bertukar-tukar pendapat didalam perpustakaan. Menjadikan perpustakaan tempat berbahas bukan belajar senyap-senyap. Mereka percaya yang dengan cara ini mereka akan dapat lebih banyak pengetahuan dan otak lebih cergas dan cerdas.

Minggu depan mereka akan buat kajian pada pelajar di Jepun pula..tak sabar pula nak menonton.

menyelit sekejap. Lawat blog novel Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais.

No comments:

There was an error in this gadget