Sunday, March 24, 2013

Kerana Dia



Terus terang aku mula berubah sedikit demi sedikit sebab Dia. Dari seorang yang kosong jiwanya kepada seorang yang baik sedikit..

Aku berubah pada awalnya kerana paksaan. Ah dulu aku benci sungguh dengan peraturan sekolah yang menyuruh murid perempuan bertudung.

Aku mula bertudung separuh masa apabila aku berumur 11 tahun kerana diejek oleh seorang budak lelaki yang sangat menjengkelkan pada waktu dulu. Aku benci dia! Sejak diejek, aku mula bertudung tapi hanya disekolah sahaja..

Masuk sekolah menengah, pelajar perempuan Islam diwajibkan bertudung..hmm memang aku x suka tapi terpaksa pakai juga. Ada juga beberapa rakan bukan Islam bertanya "Kenapa pakai tudung?" aku yang jahil agama ketika itu menjawab "Dah Tuhan suruh" walaupun diluar aku masih tak bertudung!

Pada awalnya dulu memang aku seorang yang sangat teruk, solat pun selalu tinggal sehinggakan seorang pelajar lelaki bukan Muslim bertanyakan kepada cikguku "Kenapa dia tak keluar sembahyang?" cikguku menjawab perempuan ada masa-masa yang tak boleh sembahyang. Aku memandang benci kepada budak lelaki itu kerana suka hati aku la nak g sembahyang ke tidak!

Hidupku terasa kosong dan bagaikan ada satu perasaan meresap kedalam jiwa aku setiap kali aku mendengar laungan azan walaupun aku tak solat ketika itu. Lama kelamaan aku mula mencari sesuatu kerana dapat aku rasakan jiwa aku tak tenang dan aku perlukan sesuatu. Maka aku mula solat. Bukan aku tak tahu cara solat sebab sejak dari sekolah rendah lagi aku diajar tentang solat cuma aku sahaja yang malas untuk menunaikannya.

Walaupun sudah mula solat, aku masih tidak memakai tudung dan sering berpakaian tidak menutup aurat. Pernah aku ditegur seorang junior aku yang mengatakan aku seksi diluar. Merah padam muka aku ketika itu sebab ego yang tinggi dan aku tak suka budak yang bagi aku dirinya tak betul tapi nak menegur orang lain! Benci sungguh aku dengan junior aku ketika itu.

Tamat sekolah menengah, aku berazam yang aku akan bertudung sebaik sahaja aku mendapat tawaran untuk menyambungkan pelajaran ke mana-mana. Entah bagiku aku sudah bersedia untuk bertudung ketika itu. Aku menerima tiga tawaran; Matrikulasi Kerajaan di Melaka, Matrikulasi UIA PJ dan Maktab Perguruan. Aku bingung dan pada ketika itu aku memang tak mahu ke Matrikulasi UIA kerana bagiku aku tak layak!

Namun setelah berbincang dengan sahabat baikku, Zaidatul Nadia yang turut menerima tiga tawaran yang sama sepertiku, dan aku melihat mamaku beria mahukan aku ke UIA maka aku membuat keputusan untuk menerima tawaran Matrikulasi UIA dan hidup aku mula berubah sejak dari itu.

Aku mula berubah sedikit demi sedikit. Dari seorang yang agak baran dan suka ikut kepala sendiri kepada seseorang yang okay sikit la..baran aku mula hilang sedikit demi sedikit apabila menjejakkan kaki ke UIA Kuantan. Entah makin hilang pula taring aku. Lama kelamaan pemikiran aku menjadi sedikit matang (eh nak kata matang sangat tak lah..) Aku semakin menyukai Islamic Worldview dan aku suka membandingkan hidup seorang Muslim dan orang kafir...alhamdulillah aku semakin menyayangi agamaku, Islam sekarang berbanding suatu ketika dulu.

Sekarang..aku masih belajar, masih belajar apa itu Islam dalam erti kata yang sebenar dan bagaimana untuk menjadi seorang Muslimah yang baik..aku masih ada banyak kekurangan..nafsu dunia masih ada dalam diriku tapi aku cuba mengimbangi dunia dan akhirat. Doakan yang terbaik untuk aku kerana aku masih ingin mengenal Islam dengan lebih mendalam dan ingin menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri aku sendiri..

Oh ada yang mengatakan jika kita suka pada seorang yang baik, kita akan berubah menjadi baik untuk bergandingan dengannya...hmm x tahu..tapi bagi aku, kalau kita berubah menjadi baik untuk seseorang maka orang itu memang layak untuk disukai..huhu apa-apa jela (^-^)

Sila lawat blog novel Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais. Tegur jika ada kesalahan ye ? Terima kasih.

No comments:

There was an error in this gadget