Wednesday, March 6, 2013

Keseronokan itu

from Google image 
Keseronokan itu apabila kau ada masa untuk diri kau sendiri, keluarga, rakan-rakan dan yang paling utama kepada Sang Pencipta.

Keseronokan itu apabila kau punyai segalanya yang kau inginkan tanpa keluar dari landasan agama dan kau tak kedekut berkongsi kesenangan dengan orang yang memerlukan

Keseronokan itu apabila sahabat kau mengajak kau kearah yang baik bukan menjahanamkan kau dengan menjerumuskan kau ke pintu neraka.

Keseronokan itu apabila orang yang kau kasihi turut mengasihi kau kerana Allah dan sanggup berubah menjadi lebih baik kerana cintanya kepada Allah melebihi cintanya kepada kau.

Keseronokan itu bila yang haram kau jauhi dan benci. Kau sebarkan perkara yang baik kepada saudara-saudara yang masih dalam kegelapan.

Keseronokan itu apabila kau berjaya mengajak keluargamu menuju Jannah bukan Jahannam.

Keseronokan itu apabila kau berjaya menahan diri dari melakukan perkara yang bakal menarik kau ke neraka.


No comments:

There was an error in this gadget