Friday, March 15, 2013

Konsentrasi

taken from here 
Pagi tadi saya dimarahi kerana saya terlalu concentrate pada suatu perkara sehinggakan saya mengabaikan perkara-perkara yang lain.

Saya membalas,

"Saya memang concentrate apabila membaca, menonton televisyen dan membuat sesuatu pekerjaan kalau tak buang masa sahajalah kalau saya tak concentrate."

"Kalau macam tu susahlah! Kalau ada yang memberitahu sesuatu ketika kamu sedang concentrate."

"Kalau hendak memberitahu saya perkara yang penting, dia kena berdepan dengan saya. Saya akan tatap dia dan dengar apa yang hendak diperkatakan. Saya taklah begitu kejam sehinggakan tak mahu mempedulikan orang lain."

"Macam mana kalau percakapan itu hanya sekali imbas dan dalam keadaan tergesa-gesa."

"Kalau perkara yang penting, cara penyampaian juga perlu menunjukkan ia penting baru saya berikan konsentrasi saya pada dia."

"Susahlah cakap dengan kamu."

"Lagi susah nak cakap dengan orang yang tak mahu memahami!"

p/s: novel baru 'Isteriku Ratu Ais' sila lawat ye (^-^)

No comments:

There was an error in this gadget