Sunday, March 17, 2013

Seharian di Kedai Buku

taken from here  
Semalam aku merupakan hari pertama dan terakhir aku bekerja disebuah kedai buku di Rawang. Mesti ada yang cakap "Hek eleh nak kecoh plak~" "Suka hati gua la!" okay balik semula ke mode bercerita. Aku terima panggilan hari Jumaat (15/03/13) yang menyuruh aku terus datang kerja semalam (16/03/13). Jadi aku pun dengan happy pergi la..yelah dapat kerja kat kedai buku, memang la aku suka sebab penuh dengan benda yang aku paling suka, BUKU.

Maka awal2 pagi lagi aku dah siap minta adik aku hantarkan aku. Orang yang menelefon tu kata mula kerja pukul 8.30am so aku dah tercongok kat depan kedai yang masih tertutup itu pada pukul 8.15am. Guess what? Pukul 8.50am macam tu baru la ada orang datang dan buka kedai. Aku tak tahulah nak kata aku ni cerewet atau tegas dalam bab masa. Bagi aku masa paling lama aku akan menunggu ialah 15 minit dan aku dah beritahu adik aku yang kalau pukul 9 diorang tak buka2 memang aku akan terus balik. Masa itu sangat berharga. Lupakah pada surah Al-Asr?

Walaupun hati aku panas sebab tunggu lama, aku maniskan muka beritahu yang aku disuruh datang bekerja hari ini. Orang yang berada dalam kedai itu macam terkejut tapi mereka suruh isi detail dalam punch card so aku pun buat jela. Aku yang datang dengan xtahu berapa gaji, working hour, staff benefits, holidays and etc disuruh mula bekerja. Bila aku bertanya..mereka beritahu yang bukan mereka yang uruskan itu semua, itu big boss punya kerja..aku pun tunggu la sampai big boss datang...tapi...sampai waktu balik baru muncul tapi x sempat nak tanya..

Aku dimaklumkan dari seorang pekerja disitu yang aku perlu bekerja sehingga 9.30pm dan 2 kali rehat (setiap kali 30 minit) aku hanya akur. Kerja yang x boleh duduk selama 12 jam anda rasa? Kerja ini mungkin nampak simple sebab hanya entertain customer, susun buku, letak tanda harga dan etc yang dorang suruh aku buat. Bila aku call mama aku beritahu pasal kerja ni, mama terus marah dan ayah aku yang kebetulan disebelah mama aku masa tu (dapat dengar suara da..) menyampuk cakap guard pun x keja lama macam aku..hahaha lawaklah ayah oii..mama aku x suka dengan working hour kedai ni..anak dara balik malam memang dia x suka..jadi nak x nak aku terpaksa berhenti..balik rumah aku check, kaki aku membengkak sedikit sebab berdiri lama..hmm dah nama pun kerja berdiri..

TAPI...terus terang cakap, selain keburukan diatas, aku sebenarnya sangat suka dengan kedai buku tu. Aku suka layan customer dan beri suggestion buku apa yang seronok dibaca dan patut dibeli. Dimulakan x sampai 30 minit aku bekerja, ada 2 orang makcik, sorang nak beli terjemahan Al-Quran dan seorang lagi nak beli novel. Aku assist la makcik tu sebab aku bertugas di bahagian Al-Quran dan buku-buku ilmiah Islam kebetulan pula bersebelahan dengan rak novel. dah dapat terjemahan Al-Quran, aku beri cadangan pada seorang lagi makcik yang membahasakan dirinya Ummi untuk beli novel yang aku rasa best iaitu 'Suami Yang Kubenci' dengan 'Hikayat Cinta Si Pematah Hati' kedua-duanya karya E-man Sufi. Aku terangkan apa yang best pasal novel tu kat makcik tu dan tahu makcik tu kata apa "Okay2 Ummi kalah, Ummi beli 5 novel" hihi sebenarnya lagi untung makcik tu beli 5 novel sebab ada diskaun 20% kalau beli 5. Waktu petang pula ada seorang lelaki yang masuk terus ke tempat aku jaga tu. Mukanya nampak blur dan aku terus approach dia. Rupanya dia nak beli buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' dari Ustaz Ismail Kamus jadi aku yang dari pagi tadi dah usha tempat2 buku terus beritahu dia kat mana buku tu..bila dah jumpa buku tu aku beri cadangan supaya dia beli juga lagi satu buku 'Indahnya Amalan Doa' juga dari Ustaz Ismail Kamus kesinambungan daripada buku 'Indahnya Hidup Bersyariat'.



Gelagat anak-anak kecil yang hadir bersama ibubapa mereka pun boleh buatkan aku senyum sorang2..ada seorang budak perempuan unur dalam 3-4 tahun macam tu..dia nampak buku yang ada gambar perempuan bertelekung berdoa..spontan dia sebut "Hantu!" aku yang kebetulan kat situ tiru buat suara macam dia "Bukanlah!" tak perasan pula yang ayah dia ada kat belakang huhuuhu malu seketika...ada pula 3 beradik, semua lelaki main kejar2 dalam kedai buku nama mereka Amar, Amir dan Irfan huhu comel je..bila ayah mereka tanya dengan lembut siapa yang nakal masing2 saling menyebut nama adik beradik yang lain hehe..bila ibu mereka beli rotan mereka panggil 'Penghukum apa ntah..' (x ingat) tapi memang comel..ibubapa mereka pun tegur elok2 je..bagus betul..ada juga ibu dan anak yang datang untuk membeli barang untuk projek seni..anaknya itu banyak sangat permintaan tapi ibunya boleh mengajak anaknya bertoleransi dan cara dia pujuk memang tiptop..

Ada suatu kisah yang aku rasa patut aku kongsi. Ada ibubapa dan seorang anak perempuan yang datang mencari kertas lukisan A3 200gsm tapi xde..dah 2 minggu mereka mencari dan mereka duduk di Kuala Selangor..memang jauh dari Rawang. Sanggup turun Rawang dan ke tempat lain berkali-kali untuk memenuhi tuntutan guru anaknya yang bersekolah di MRSM tambahan pula mereka takde kenderaan sendiri dan hanya meminjam dari saudara mara..ketika itu aku fikir tingginya pengorbanan ibubapa dan aku harap sangat yang sang anak akan ingat apa yang ibubapanya lalui hanya kerana sehelai kertas A3. Disebabkan yang ada pun 180gsm..ibunya mencadangkan beli yang itu sahaja sebab dah tak larat nak mencari lagi..

Banyak pengalaman yang aku dapat walaupun hanya sehari dikedai buku itu..walaupun sehari pengajaran yang aku dapat berguna untuk seumur hidup insyaAllah.

No comments:

There was an error in this gadget