Tuesday, March 19, 2013

Teliti diri



Kadang-kadang kita terfikir, kenapa ada yang tak suka dengan kita? Kenapa kita dah pakai cukup menutup aurat tapi ada yang masih mengata tentang pakaian kita? Kenapa bila kita dah rasa kita cukup sempurna tapi masih tidak dicintai? Kenapa orang tak hormat ke kita walaupun kita pangkat tinggi?

Macam-macam persoalan bermain di fikiran  tapi pernah ke kita fikir, apa yang kita dah buat pada diri kita dan teliti diri kita sendiri.

Pernah tak kita tak suka orang lain? Jadi jangan merungut jika ada yang membenci kamu.

Benarkah kita menutup aurat dengan sempurna? Bolehkah pakaian kita ini menggantikan telekung jika tiada telekung untuk solat (untuk perempuan ya)?

Kita pakai T-Shirt labuh muslimah tapi pakai legging? Boleh ganti telekung ka? Isu legging ni hangat diperkata di Facebook. Saya malu bila tengok isi-isi tersembul dan kaki yang berbalut tapi nampak telanjang.

Sempurna? Tiada yang sempurna selain Allah dan Islam. Berapa dalam cinta kita pada Allah adakah sedalam cinta kita pada kekasih kita didunia ini?

Nak berkasih-kasihan? Silalah berkahwin..cinta selepas nikah lebih indah dan diberkati.

Nak dihormati? Hormat mereka disekeliling kamu dulu. Ingatlah pangkat dan harta itu cuma mainan dunia. Di padang Mahsyar kita semua sama yang membezakan kita cuma level iman.

Saya buat entry ni bukan nak mengutuk ke apa tapi sebagai untuk diri saya sendiri yang masih terkontang-kanting dibumi Allah ini. Masih mencari diri sendiri. Masih ingin mengenali Sang Pencipta dengan lebih rapat. InsyaAllah kita doakan semoga diberi peluang untuk bertaubat dan menebus segala dosa-dosa lalu. Kata orang peluang itu sentiasa ada selagi nyawa masih dikandung badan dan matahari tidak terbit di ufuk Barat.



Teringat kat seorang sahabat yang membuat video tentang lagu nasyid ni ketika zaman matrikulasi. (^-^)

No comments:

There was an error in this gadget