Friday, March 15, 2013

Ulasan Novel - Cik Blur dan Encik Ikhlas dan Perempuan Lindungan Kaabah


Hehehe walaupun akak agak busy buat tulis novel online sendiri tapi akak still ada masa baca novel lagi u all~

Semalam novel-novel yang aku tempah dari karyaseni sampai. Woohoo~Seronok oo~ Ada empat novel aku beli dan aku dah baca dua dari empat novel itu.

1. Cik Blur dan Encik Ikhlas dari Airisz


Novel yang santai yang mempunyai jalan cerita yang menarik. Bagi aku penulis merupakan seorang yang kreatif kerana dia dapat tarik perhatian aku untuk membaca sehingga habis dan gelak macam orang gila hehehe~ lawak jalan cerita dia dan kira kategori boleh dibaca untuk menghilangkan stress.
Novel ni mengisahkan Kasih Khalishah yang berhenti kerja kerana tak tahan dengan sikap bosnya, Encik Ikhlas yang suka memarahinya sesuka hati. Tak tahan punya pasal, Kasih berhenti dan kerja sebagai orang gaji mengantikan mak kawannya, Pijot yang pergi umrah. Nak jadikan cerita ala-ala Hindustan, rumah yang dia bekerja itu merupakan rumah Encik Ikhlas yang tak penat-penat memujujknya supaya kembali bekerja dengannya. Hubungan mereka semakin baik dari hari ke hari. Dari perasaan benci gila babas kepada cinta ala-ala filem tamil~

2. Perempuan Lindungan Kaabah oleh Hana Ilhami


Novel Islamik yang patut dibaca. Penulis novel awal-awal lagi menyatakan hasratnya yang mahu berdakwah melalui novel. Bagi aku novel ini memang bagus dibaca. Memang bukan novel yang boleh buat orang gelak kaw-kaw to tapi novel yang boleh beri banyak pengajaran dan banyak perkara juga yang dibincang didalam novel ini seperti ikhlas dan ikhtilas.
Hanan seorang anak yatim piatu yang terhutang budi dengan keluarga Datin Zaleha terpaksa berkahwin dengan Fareez anak kepada Datin Zaleha. Hanan merupakan seorang ustazah dan digelar Perempuan Lindungan Kaabah kerana ketaatannya kepada Allah. Fareez merupakan pemuda yang hanyut dengan keseronokan dunia dan mempunyai seorang kekasih, Sally yang juga setiausahanya. Pertemuan antara Hanan dan Alex kerana tertukar beg kertas telah membuatkan pemuda berbangsa Cina itu tertarik dengan Islam dan mula mendekati Islam. Bibit-bibit cinta mula tumbuh dalam hati Hanan dan Alex namun Hanan terpaksa melupakan Alex kerana dipaksa kahwin dengan Fareez. Dia menerima cadangan Abang Amir untuk menerima Fareez kerana tujuan dakwah, mengembalikan seorang Muslim ke jalan yang benar. Alex juga terpaksa akur kerana Fareez merupakan rakan baiknya.

p/s: silalah lawat blog novel akak Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais
There was an error in this gadget