Monday, March 18, 2013

Ulasan Novel Kahwin Ganti dan Meh Sandar Pada Aku!

Kedua -dua novel ini dari penulis yang sama, Aifa Batrisya. Okay aku akan mengulas mengikut apa yang aku baca dan aku rasa okay? Kalau rasa melebih ke apa sila tegur (^-^)

1. Kahwin Ganti


Nuqman Hakim dan Luqman Hakim merupakan kembar seiras tetapi sejak dari kecil mereka tak sebulu dek kerana Luqman sering merampas barang-barang kepunyaan Nuqman. Apabila dewasa, Nuqman ingin menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini Mya Zara dengan cepat kerana takut Mya Zara turut dirampas oleh Luqman. Namun pada hari pernikahannya, Nuqman melarikan diri dan Luqman terpaksa menggantikan Nuqman untuk menutup malu keluarga mereka. Mya Zara yang tidak tahu akan kewujudan kembar Nuqman terkejut apabila Luqman memaklumkan yang dia hanya menggantikan Nuqman selepas mereka bernikah.Pada awal perkahwinan mereka, hubungan mereka sememangnya tidak baik. Tambahan pula Mya Zara yang berusia dua tahun lebih tua dari Luqman merupakan tutor ditempat Luqman belajar. Mereka turut merahsiakan perkahwinan mereka dari pengetahuan semua orang kecuali beberapa rakan Luqman dan Dr Iskandar yang asyik cuba mengurat Mya Zara. Semakin lama Luqman semakin menyenangi Mya Zara dan Mya Zara juga meluahkan sayang kepada Luqman. Tetapi Luqman sentiasa menerapkan dalam hatinya yang dia akan terpaksa memulangkan Mya Zara kepada Nuqman apabila Nuqman kembali menuntut Mya. Jadi...nak tahu lebih sila beli novel muahaahaha~spoiler..Luqman tetap dengan Mya huhu~
Novel ni pada mulanya aku rasa geram dan penat sebab asyik bertekak dan Luqman degil + poyo semacam..tapi lama2 rasa seronok dengan jalan cerita. Novel ni kategori okaylah untuk dibaca.

2. Meh Sandar Pada Aku!


Kisah cinta lelaki yang agak anti dengan kaum perempuan kerana ditinggalkan oleh ibunya yang lari mengikut lelaki lain ketika dia baru berumur setahun. Dahsyat gila ibu dia! Ini semua disebabkan perkahwinan antara ibubapanya merupakan paksaan dari neneknya yang mahu mengekalkan keturunan Syed-Sharifah mereka. Doktor Syed Nadzhan selalu mengelak dari bercinta dan semua staffnya merupakan lelaki. Namun seorang pelajar praktikal, Afnan Tasneem terlepas dari piawaan staff hanya lelakinya dan hanya dia seorang sahaja perempuan yang bekerja dengan Doktor Syed. Tanpa dijangka, mama Tasneem berkahwin dengan papa Syed Nadzhan. Lantas menjadikan mereka adik beradik tiri dan tinggal serumah. Syed Emir sepupu kepada Syed Nadzhan meluahkan perasaan kepada Tasneem dan mahu Tasneem menjadi miliknya. Adam Naufal pelajar sarjana Doktor Syed juga menyukai Tasneem. Dalam diam Doktor Syed menaruh hati pada Tasneem. Fuiyoh disukai 3 lelaki dalam suatu masa wahlawei~ nak tahu lebiih-lebih sila beli novel ye.
Novel ini merupakan novel kedua penulis dan bagi aku novel ini lebih menarik berbanding novel yang pertama. Walaupun perangai Syed Nadzhan ni ala-ala Luqman Hakim yang poyo tak reti nak berlembut dengan perempuan tapi cara teguran Syed Nadzhan ni masuk terus dalam jiwa woo..apa-apa pun aku rate buku ni novel yang patut dibaca oleh peminat novel..huhu siap ada masukkan Doktor Luqman Hakim dan Doktor Mya Zara dalam novel ni..kata penulis, novel Kahwin Ganti merupakan kisah kawannya dan novel ini merupakan kisah hidupnya..wow! okay sila beli dan baca ye (^-^)

p/s: silalah lawat blog novel akak Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

No comments:

There was an error in this gadget