Friday, March 8, 2013

Update yang terbantut- Kisah Coklat

Aku ada ceritakan yang adik aku pergi trip ke Langkawi hari tu kan?

Aku ada pesan kat dia supaya belikan aku coklat favourite aku. Apa lagi, Hershey's special dark chocolate dengan Toblerone (juga dark chocolate).

Yang Toblerone tu betul la dia beli tapi....tang Hershey's tu yang bikin aku panas sikit..huhu

Toblerone & Hershey's
Sesungguhnya dark chocolate yang aku maksudkan bukan dalam bentuk bar gabak besar ini wahai adikku. Tapi...haih xpelah..aku nak yang saiz kecik2 seperti ini
saiz kecik dan comel~
Yang besar gabak tu aku rasa memang aku seorang je yang bantai sebab dalam family aku, hanya aku seorang sahaja yang suka dark chocolate yang lain...hmm dorang lebih suka yang manis..

La ni aku tengah update sambil mengunyah lagi satu coklat yang aku suka Pepero

Pepero almond yang sedap...
Makin gemuklah akak~ hahaha tak apa janji happy (ayatan yang x boleh blah).

No comments:

There was an error in this gadget