Tuesday, April 30, 2013

Cantik



Sedang aku menunggu tren untuk pulang ke Rawang, aku terlihat seorang gadis yang aku agak berumur belasan tahun. Tangannya penuh dengan beg kertas berisi beberapa alatan tulis dan pembalut buku.

'Cantiknya..' bisikku dalam hati. Subhanallah..gadis itu memang cantik dan pertama kali aku berasa sangat tertarik dengan seorang gadis..err tolong jangan ingat aku lesbian okay? I'm not!

Kenapa aku cakap gadis tu cantik? Senyumannya?Tidak dia tak senyum langsung tapi kalau dia senyum aku dapat rasakan yang dia lebih cantik. Badannya?Biasa-biasa sahaja. Pakaian? Mungkin..okaylah meh aku beritahu..gadis tu nampak sangat cantik dengan hijabnya. Dia memakai jubah berwarna ungu gelap dengan bercorak minimal. Dikenakan pula dengan tuduh labuh berwarna ungu lembut..cantik..ye sangat cantik..

Kemudian aku bandingkan pula dengan pakaianku..alhamdulillah masih menutup aurat cuma tudungku tidak selabuh gadis itu tapi masih labuh mengikut syarak..terdetik hatiku..sudah bersediakah aku untuk ke peringkat seterusnya..i mean change my head scarf style..tudung labuh jenis sarung seperti itu..aku dah ada tapi masih belum pernah pakai..entah kenapa..

Aku masih dalam proses pembaikan diri dan menguatkan imanku yang masih nipis bagiku..doakan aku ye kawan2..aku akan berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ini insyaAllah..


Migrain datang lagi



Migrain...sakit kepala ala-ala macam kena ketuk dengan hammer bertalu-talu..sakit? Taklah sedap giler gua cakap sama lu...(sarkastik)

Dimulakan dengan kisah semalam...

Macam biasa, time balik aku orang pertama yang akan cabut dulu..yelah aku nak kena kejar train balik Rawang tau..tepat 6.30pm aku akan clock-out dan ucap ayatan selamat tinggal kepada office-mates..

Dengan bersemangat waja aku jalan laju2 untuk ke stesen KL Sentral..agak2 dalam 4 minit perjalanan dari office aku..tapi ikutkan lift..orang ramai..hmm ntahlah aku men redah je..sampai je kat platform 4..aku menunggu train macam biasa..

6.48pm, tren ke Rawang tiba dengan jayanya..aku pun macam biasa beratur dan naik bila orang orang dari dalam dah abis keluar..alhamdulillah aku dapat tempat duduk..time balik tu badan aku dah rasa lain macam dan asyik terbatuk-batuk je huhu lemah imun sungguh..

Entah apasal tren tak bergerak2 mau nak dekat sejam jugalah sangkut kat KL Sentral tu..orang pula makin ramai naik tren sampai sesak gila dalam tu..okay sesak +batuk =sakit kepala..migrain aku attack dan-dan tu gak..aku dapat rasakan kepala aku berdenyut kaw-kaw to dan aku cuba relax dengan pejamkan mata dan tarik nafas dalam-dalam..tak berkesan juga..aduh haru..nak makan ubat bekalan air aku tinggal kat ofis..last2 aku dok senyap2 kat tempat duduk aku..

Dekat perhentian Segambut aku perasan ada satu perempuan Cina pun sakit kepala macam aku sampai dia mencangkung kat atas lantai..ada satu aunty tawarkan tempat duduk tapi dia tak nak sebab dah nak sampai perhentian dia.aku cuma boleh memberi pandangan simpati..terlupa pasal ubat aku dalam beg..aih

Pagi tadi aku bangun dengan pening kepala dan muntah2..memang x larat la bhai..tapi aku ada misi hari ni maka aku kuatkan diri..melayan kesakitan demi masa depan..aku ada ujian perlantikan Lembaga Pertubuhan Peladang da...dapat surat minggu lepas maka hari ni aku g la Shah Alam untuk ambil ujian tu..alhamdulillah ujian 30 minit tu aku siapkan x sampai 2 minit..nak tau kenapa? Sebab aku dah biasa buat ujian personaliti tu time zaman U dulu..agak2 la aku ambil kaunseling, kalau x lepas ujian tu dia xkan jemput untuk interview..maka sekarang aku tawakal jela..

Balik dari ujian tu aku macam biasa la naik tren..hmm hidup orang tak ada transport sendiri memang la macam ni..yang best aku dapat taaruf dengan ramai orang..oh dimulakan dengan seorang pelajar Master UKM berbangsa India..kami berbincang pasal topik mencari pekerjaan dan bandingkan dengan membuat Master..huhu saja aku bagi galakan kat dia sebab dia baru je sambung Master xkan aku nak lemahkan semangat dia? Lepas tu dalam tren aku berborak pula dengan seorang aunty Cina tentang caj tren dan politik..fuh yang ni memang gempak..kalau tengok aunty ni, korang xkan percaya yang dia boleh lontarkan hujah2 dan fakta yang aku dah tahu kebenarannya..aku setuju dengan aunty tu..aku mulakan perbualan dengan "Hari Ahad ni hari mengundi..aunty pergi mengundi?"
Aunty: "Yes mesti pergi! Kenapa you x pergi ke?"
Aku: "Mesti pergi...(x sempat nak sambung)"
Aunty: "We must vote because that's our RIGHT! We must change!" .......
dan perbualan itu berlanjutan sehingga aunty tu turun kat perhentian Kepong. Banyak juga isu yang dia lontarkan pasal BRIM (yang ni best hujah dia), pasal LYNAS, pasal kewarganegaraan dan macam-macam lagi.
Aunty: "I don't know what you vote but I only say what truth is" (ayatan yang buat aku tersenyum sambil mengangguk)

Dekat LPP tu pun ramai je aku buat kawan berborak..ramai sangat..( dua orang je pun) seorang nama Wan dan seorang lagi nama Atiqah..Wan tu orang Terengganu (buat aku teringat kat Ain & Aina je..kikiki) dan Atikah ni pula tinggal kat Sungai Buloh..berborak biasa2 je..huhu sekurang-kurangnya tak adalah aku bosan menunggu...

Oh sampai Rawang, ayah aku ajak makan dulu..huhu macam faham2 je anak dia x telan dan minum apa2 dari pagi sebab sakit + nervous yang bukan2..lepas makan tu la aku baru g klinik..dapat la MC sehari..aku demam lagi rasanya disebabkan migrain dan batuk aku tu..hmm xpelah ujian Allah (^-^)

Okay aku rasa sampai sini jelah aku membebel..panjang x? Kikiki....kepala pening lagi tapi rasa semangat nak update..apa da..oh lawat blog novel aku Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais

Monday, April 29, 2013

Update Masa Rehat~


Hehe baru lepas makan kat cafe SSM dengan rakan sekerja yang lain..alhamdulillah kenyang (^-^)

Sepanjang waktu cuti (Sabtu dan Ahad) aku habiskan dengan melepak, membaca novel dan menulis novel sendiri..huhu typical me right?

Adik ajak teman wan g Perak pun aku menolak sebab ntah dengan badan x berapa nak sihat ni, memang malas sikit nak bergerak g mana2..

Skang ni pun still batuk2 dan selsema..huhu sengau suara akak you know? Hehehe~

Sila lawat blog novel yang telah diupdate Sabtu dan Ahad lepas k? Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais

Oh hari Ahad ni (5/5/2013) merupakan hari mengundi jadi yang boleh mengundi tu sila-silalah mengundi okay?

p/s: dah tekadkan hati..kini cuma perlu memangkah (^-^)

Tuesday, April 23, 2013

Kedemaman


Dek kena penangan demam selsema, batuk + sakit kepala..aku MC ari ni..sebenarnya dari semalam lagi aku rasa x sihat tapi dok gagahkan diri g kerja juga sebab tengok ayah dengan mama aku dah bersemangat bersiap bagai..

Semalam aku buat sad love story la kat office tu..hidung berair + warna pink kemerahan-merahan (chewah!) + makin besau pula (ni kawan aku cakap..huhu huduh bebenor)..mata berair dan makin kecil bila nak petang2 tu..kepala plak rasa weng je walaupun aku dah telan empat biji panadol Actifast dari pagi tu (err yang ni jangan ikut x elok woo)..

Semalam gak aku balik awal seminit dari waktu balik..ek eleh takat seminit pun nak kecoh..huhu kepala aku dah x leh pk sangat dah time tu..rasa nak balik dan baring atas katil je..naik tren alhamdulillah ada tempat duduk dan aku terus tertidur lepas duduk tu..huhu terjaga sekejap2 sebab nak alert dengan perhentian mana..poyo padahal Rawang tu kan perhentian terakhir kikiki~sampai2 Rawang, terus aku g cari ayah aku..huhu ayah nak balik!! lega gila bila nampak ayah dah siap tunggu..

Sampai2 je rumah, aku solat Maghrib..hmm macam biasa la terkejar2 gak..pastu baru mandi dan makan..makan pun macam apa ntah sebab deria bau aku dah kena block walaupun agak lapar ketika itu..lepas Isyak je aku dah baring2 atas katil relakskan diri, baca novel lama Gemersik Kalbu huhu...best cerita tu..

Pagi ni bangun Subuh still rasa berat giler kepala..maka aku amik keputusan untuk MC..kang aku nak g klinik dengan adik aku yang senasib dengan aku..huhu kami demam woo..budak tu demam2 pun semalam lepas gak g Genting..sengal alam..

Oh semalam ada yang buat aku sakit kepala..entah mana makhluqot yang hacked blog novel aku dan tukar kepada Holy Bible punya page! Giler sakit hati..nasib baik tadi bila aku tengok balik, dah xde..hmm risau gak kalau ada yang nak pedajal aku kan? Hmm apa-apa pun sila lawat blog novel aku Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais..kalau ada yang pelik2 tu bukan aku yang buat ye..

Saturday, April 20, 2013

Evanescence - My Immortal



I'm so tired of being here
Suppressed by all my childish fears
And if you have to leave
I wish that you would just leave
Your presence still lingers here
And it won't leave me alone

These wounds won't seem to heal
This pain is just too real
There's just too much that time cannot erase

[Chorus:]
When you cried I'd wipe away all of your tears
When you'd scream I'd fight away all of your fears
And I held your hand through all of these years
But you still have
All of me

You used to captivate me by your resonating light
Now I'm bound by the life you left behind
Your face – it haunts my once pleasant dreams
Your voice – it chased away all the sanity in me

These wounds won't seem to heal
This pain is just too real
There's just too much that time cannot erase

[Chorus]

I've tried so hard to tell myself that you're gone
But though you're still with me
I've been alone all along

[Chorus]


Jujurlah


Disaat kau lafazkan kegusaran, aku setia mendengar dan cuba mengembirakan kau. Aku menjadi lilin yang membakar diri demi melihat kau ceria. 

Apabila kau marah, kau hamburkan kemarahanmu terhadapku. Namun aku terima kerana aku tahu kau runsing dan kau tak berniat pun melukakan hatiku bukan?

Ketika kau bergembira, aku ada disisi. Turut tersenyum dan gembira berharapkan perasaan itu kekal kerana aku bahagia bila kau bahagia.

Namun apabila kepercayaan yang kuberikan kau khianati....patutkah aku bertepuk tangan? patutkah aku terus melupakan dan memaafkan?

Boleh pula kau menipu disaat aku masih mengharapkan supaya kau berterus terang kerana kebenarannya memang dihadapanku namun aku mahu penjelasan dari kau kerana aku percayakan kau!

Hubungan ini memang bukan cinta tapi lebih kepada ukhuwah sesama insan namun kini kau cemari dengan perbuatan kau sendiri..aku doakan kau bahagia dengan jalan yang kau pilih.

Jay Park - Joah



Oh baby 너무좋아서
You’re driving me crazy
니생각만해도 기분이좋아
기분이 좋아 기분이좋아
Na Na Na Na Na Na
이 느낌 너만느끼게
할수있는 느낌
난죽을때까지느끼고싶어
내곁에있어줘
아낄수있어 아낄수있어

언제나너만바라봐
나도모르게 괜히 웃음이나와
Oh baby baby baby baby
난크게소리외치고싶어

좋아니모든것이좋아
머리부터발끝까지도
조그만 행동까지하나하나
다 좋아 니 모든것이좋아
너와함께라면즐거워
시간이지날수록더좋아져
난 니가필요해
매일같이있게 해달라고난기도해
나오직너만이와행복하게
살수가있어

Break it down now
Come on no no

Ay girl 너와함께면
하루하루가 너무특별해
Stay with me forever
and ever baby please
And girl 우리가운명아니어도
난 무조건 너야
You know that I got you
You know that I love you
I’ll always be with you baby

언제나너만바라봐
나도모르게 괜히웃음이나와
Oh baby baby babybaby
난크게소리외치고싶어

좋아 니 모든 것이좋아
머리부터발끝까지도
조그만 행동까지하나하나
다 좋아 니 모든것이좋아
너와함께라면즐거워
시간이지날수록더좋아져
난 니가필요해
매일같이있게달라고난기도해
나오직너만이와행복하게
살수가있어

난절대로 떨어지기싫어
너를보고있어도
너무보고싶은걸
내곁에항상있어줘My girl
I want you and I need you
don’t ever ever leave my side

좋아 니 모든 것이좋아
머리부터발끝까지도
조그만 행동까지하나하나
다 좋아니모든것이좋아
너와함께라면즐거워
시간이지날수록더좋아져
난 니가필요해
매일같이있게달라고난기도해
나오직너만이와행복하게
살수가있어



Romanized


Oh baby neomu johaseo
You’re driving me crazy
ni saenggag manhaedo gibuni joha
gibuni joha gibuni joha
Na Na Na Na Na Na
i neukkim neoman neukkige
halsu itneun neukkim
nan jugeul ttaekkaji neukkigo sipeo
nae gyeote isseojwo
akkilsu isseo akkilsu isseo

eonjena neoman barabwa
nado moreuge gwaenhi useumi nawa
Oh baby baby babybaby
nankeuge sori oechigo sipeo

johanimo deun geosi joha
meori buteo balkkeut kkajido
jogeuman haengdong kkaji hana hana
da joha ni modeun geosi joha
neowa hamkkeramyeon jeulgeowo
sigani jinal surog deo johajyeo
nan niga piryohae
maeil gati itge haedallago nan gidohae
nao jig neomaniwa haengbog hage
salsuga isseo

Break it down now
Come on no no

Ay girl neowa hamkke myeon
haru haruga neomu teugbyeorhae
Stay with me forever
and ever baby please
And girl uriga unmyeong anieodo
nan mujogeon neoya
You know that I got you
You know that I love you
I’ll always be with you baby

eonjena neoman barabwa
na do moreuge gwaenhi useumi nawa
Oh baby baby babybaby
nankeuge sori oechigo sipeo

johanimo deun geosi joha
meori buteo balkkeut kkajido
jogeuman haengdong kkaji hana hana
da joha ni modeun geosi joha
neowa hamkkeramyeon jeulgeowo
sigani jinal surog deo johajyeo
nan niga piryohae
maeil gati itge haedallago nan gidohae
nao jig neomaniwa haengbog hage
salsuga isseo

nan jeoldaero tteoreo jigi sirheo
neoreul bogo isseodo
neomu bogo sipeun geol
nae gyeote hangsang isseojwoMy girl
I want you and I need you
don’t ever ever leave my side

johanimo deun geosi joha
meori buteo balkkeut kkajido
jogeuman haengdong kkaji hana hana
da joha ni modeun geosi joha
neowa hamkkeramyeon jeulgeowo
sigani jinal surog deo johajyeo
nan niga piryohae
maeil gati itge haedallago nan gidohae
nao jig neomaniwa haengbog hage
salsuga isseo



English translation

Oh baby, I like you so much
that you’re driving me crazy
Just thinking about you
makes me feel good
This feeling, only you can
make me have this feeling
I want to feel it till I die
Stay next to me,
I can take care of you,
I can take care of you

I will always look at only you
Without knowing, I just start laughing
Oh baby baby baby baby
I want to shout out loudly

I like you, I like everything about you
From your head to your toes
Even each of your small actions
I like it all, I like everything about you
If I’m with you, I’m happy
The more time passes,
the more I like you
I need you
I pray that I can be with you every day
I can live happily with only you

Break it down now
Come on no no

Ay girl, if I’m with you,
each day is so special
Stay with me forever
and ever baby please
And girl, even if we’re not meant to be
It’s you without question
You know that I got you
You know that I love you
I’ll always be with you baby

I will always look at only you
Without knowing, I just start laughing
Oh baby baby baby baby
I want to shout out loudly

I like you, I like everything about you
From your head to your toes
Even each of your small actions
I like it all, I like everything about you
If I’m with you, I’m happy
The more time passes,
the more I like you
I need you
I pray that I can be with you every day
I can live happily with only you

I don’t ever want to be apart
Even when I’m
looking at you, I miss you
Always be by my side, my girl
I want you and I need you
don’t ever ever leave my side

I like you, I like everything about you
From your head to your toes
Even each of your small actions
I like it all, I like everything about you
If I’m with you, I’m happy
The more time passes,
the more I like you
I need you
I pray that I can be with you every day
I can live happily with only you



- See more at: http://kromanized.com/2013/04/09/jay-park-joah-%EC%A2%8B%EC%95%84/#sthash.AiI6IXNV.dpuf


Ulasan Novel - Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Suami Tak Kuhadap

Alolo boleh2 hehe..
Yes aku update novel sendiri sepanjang (??) minggu ni sebab nak layan dua novel yang aku beli dari Karyaseni ni time hujung2 minggu..maka malam tadi aku berulit dengan Abang Jebat, siang pula dengan Syed Ahmad Budriz huhu memang sweet~ macam sengal je ayat..jangan salah sangka, itu semua poyo! eh bukan itu semua watak dalam novel okay? Hakikatnya aku masih sendiri...chewah layan mood sengal~

Okay aku akan ulas berdasarkan apa yang aku rasa sepanjang baca kedua-dua novel ni okay?

1. Bukan Kerana Aku tak Cinta - E-man Sufi
Tatu abang jebat~
Novel ketiga karya E-man yang membuatkan aku tertunggu-tunggu dari tahun lepas tak silap aku huhu....novel karya E-man ini memang ada penarik dan seronok dibaca. Kisah Abang Jebat yang mempunyai masa silam yang gelap namun bertaubat setelah diberi hidayah Allah memang sangat menginsafkan. Jebat seorang anak yatim piatu yang kematian kedua ibubapanya akibat dendam pergaduhan kumpulan kongsi gelap bapa saudaranya. Arwah ayahnya juga bekas ahli kongsi gelap dibunuh bersama ibunya disuatu malam disaksikan olehnya dan abangnya. Mereka sempat diselamatkan oleh Uncle Kwan dan Jebat dibesarkan oleh Uncle Kwan setelah dia diseksa oleh penjaganya, iaitu bapa saudaranya yang membenci arwah ayahnya. Hannah Mastura gadis yang dianggap perigi mencari timba kerana jatuh cinta pada Jebat dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cinta lelaki itu. Lelaki yang tiada apa-apa dimata masyarakat setempat itu mendapat tempat di hati Mastura. Mereka dikahwinkan setelah Mastura mengugut Jebat walaupun pada mulanya perkahwinan itu ditentang oleh kakaknya, Hannah Maryam dan datuknya, Tan Sri Idris. Mereka bahagia diawal perkahwinan namun  perkahwinan mereka mula bergolak apabila Jebat menceritakan kisah lalunya dan tatu naga dibadan Jebat menjelikkan Mastura. Pelbagai rintangan mereka lalui dan pengakuan Jebat tentang insiden Hannah keguguran menyebabkan perkahwinan mereka bergolak kuat. Nak tahu lebih-lebih sila beli novel ni okay?

Bagi aku novel ni memang best dibaca dan patut dibeli. Terharu gila aku dengan cara Jebat atau nama sebenarnya Ahmad Ziyad mencintai Hannah Mastura. Walaupun kasar namun masih terasa sayangnya. Okay Abang Jebat vs Uwais Ukasyah.....err Uwais tetap menang hehehe~

2. Suami Tak Kuhadap - Rehan Makhtar

Gaya penulisan Rehan Makhtar memang sangat berbeza dengan E-man Sufi tapi aku boleh katakan novel ni berjaya mencuri tumpuan dan mengusik perasaanku..chewah~

Nur Syaima membenci ayahnya kerana meninggalkan dia dan ibunya ketika ibunya sedang berperang dengan barah rahim. Ayahnya meninggalkan mereka untuk bersama Makcik Jalina, janda yang sudah mempunyai seorang anak, Syed Ahmad Budriz. Bertambah benci Syaima apabila apabila dia dewasa, Budriz mencarinya dan membawanya bertemu dengan ayah yang padanya telah mengkhianati dirinya dan ibunya. Sehinggakan ketika arwah ibunya meninggal, ayahnya tidak pulang menjenguk mereka kerana Budriz kemalangan menyebabkan Syaima yang berusia 17 tahun itu menguruskan pengebumian ibunya seorang diri. Takdir menyatukan dia dan Budriz secara kejam apabila Budriz memerangkap Syaima untuk berkahwin dengannya dengan menyatakan yang mereka terlanjur dan Syaima mengandungkan anaknya. Budriz juga memisahkan Syaima dari teman lelakinya, Faez dengan menyatakan yang mereka sudah terlanjur dan Syaima isterinya. Perkahwinan mereka bagaikan satu hukuman buat Syama dan dia berdendam dengan Budriz, ayahnya dan bonda Jalina. Aunty Sarimah, ibu saudara Budriz merangkap bosnya sering membantu dan menasihatinya. Nenda Budriz pula tidak merestui perkahwinan mereka kerana ingin menyatukan Muiz dengan Syarifah Nurina demi mempertahankan susur galur keturunan mereka. Apabila bahagia mula menjengah, muncul Faez si Pengecut yang menagih semula cinta Syaima dan menaburkan fitnah terhadapnya. Perkahwinan Syaima dan Budriz dilanda badai yang paling ganas. Syaima terpaksa melepaskan Budriz untuk menyenangkan hati pelbagai pihak walaupun dia sendiri tak sanggup. Macam biasa, nak tau lebih-lebih sila beli novel ni.

Okay dari sudut pandangan aku, novel ni memang menarik walaupun pada awalnya sifat pendendam Syaima aku anggapkan terlalu menakutkan dan degil bebenor Syaima ni! Sungguhla nasib baiklah si Budriz tu penyabar kalau dapat laki panas baran mahunya kena baling kuali. Novel ni boleh kata novel yang patut dibaca  sebab banyak info disamping buat aku rasa nak meleleh jugalah sepanjang baca novel ni sebab dugaan buat Syaima memang hebat bebenor..

Okaylah ni je ulasan aku..tapi sungguh aku cakap puas hati baca kedua-dua buah novel ni. Tahniah buat penulis. Okay sila lawat blog novel aku Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais

Kisah Disuatu Petang Semalam


Macam biasa disebabkan aku kerja aku bermula dari 9 hingga 6.30 petang, aku agak terkejar2 untuk balik ke rumah cepat..agak2 la naik komuter dari KL Sentral ke Rawang mengambil masa dalam 45-50 minit jadi aku agak terkejar-kejar dalam menunaikan solat Maghrib dirumah.

Petang semalam, aku menunggu train seperti biasa. Peluh masih merembes keluar dek marathon dan kepanasan di platform 4. Aku berdiri dibelakang garisan kuning seperti mana yang disarankan oleh pihak KTMB..yelah aku pun tak nak mati awal sebab kena langgar dengan komuter..suasana di platform agak lengang dan kufikir aku sudah terlepas train awal..dengan keluhan berat aku beratur di garisan yang disediakan..

Agak lama aku berdiri disitu..yelah dah nama pun beratur kan? Tiba-tiba aku terdengar pengumuman yang dinanti-nantikan, "Tren ke..Rawang..akan tiba dalam masa 5 minit lagi.." hatiku melonjak gembira namun perasaan itu tidak lama..entah dari mana datang manusia berkerumun ke depan tanpa mempedulikan orang lain yang dah lama beratur..aku yang geram menahan sabar dan menegur dengan baik.

"Excuse me. Can you please Q?"
dengan muka yang berlagak perempuan itu menjawab "Am I disturbing your Q?"
"Yes. Can't you see that I'm standing here for quite a while? Can you please Q?" ulang aku dengan nada yang berdiplomasi.
"Am I disturbing your Q? What is your problem?!" marah perempuan itu dengan muka tak puas hati.
.eh eh? aku ke dia yang patut marah sekarang? "The thing is, you should Q!" marah aku pula.
"What is your problem?! Am I disturbing your Q now? The door is going to be opened anywhere so what is your problem!" bentak perempuan itu lagi..aku beristighfar didalam hati..menenangkan hati yang makin panas menggelegak..
"The thing is, it won't be comfortable when people keep barging in to the door! That's why we must Q!" syarah aku lagi..
dan dia masih mengulang "Am I disturbing your Q?" berulang kali sampai nak je kau tanya itu je  ke point ko?
akhirnya aku dengan malas menjawab "Fine then" lalu terpandang kawanku yang sibuk memerhatiku dibelakang..aku hanya tersenyum dan menegurnya..
"Weird!" marah perempuan itu kepadaku..pulak! Aku yang geram membalas.
."Hmm what is that word huh..oh yeah barbarian!" Yeah aku menyatakan dia perempuan Barbarian yang tak ada sivik dan berlagak sombong..

Apabila pintu tren terbuka aku lihat seorang makcik Cina berebut nak masuk tren yang padahal isi didalamnya masih belum keluar sepenuhnya..dari hujung mata aku perhatikan perempuan Barbarian itu..dia masuk sebelum sempat habis orang keluar dari tren..memang sah tak ada sivik! Aku mengambil tempat bersebelahan dengan kawanku..kami sempat juga berborak pasal perempuan tak ada sivik itu tadi..aku sempat juga mengerling kearahnya..memang tak payah nak berebut sebenarnya sebab tren tu masih banyak tempat duduk. Penat kerja + penat memikirkan kerenah manusia yang sudah salah sendiri masih nak menegakkan benang yang dah basah lenjun..apa kes? hmm kecewa juga dengan perangai manusia yang dah makin x ada adab dan bila ditegur dengan cara baik diajak pula bergaduh..tak apalah aku doakan dia sedar salahnya sendiri..

Aku rasa panjang juga update aku kali ni..till we meet again k? Oh silalah lawat blog novel akak~ Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

Sunday, April 14, 2013

Jumaat dan Sabtu

KKB 
Semalam lepas balik kerja, aku rancang dengan adik aku untuk balik ke rumah Wan aku kat KKB. Sape yang tak tau kejadahnya KKB ni sila google huhu..kalau malas tak apa meh aku beritahu. KKB ni singkatan untuk Kuala Kubu Bharu. KKB ni juga digelar sebagai pekan cowboy sebab tak banyak pun perubahan kat pekan ni sejak dari zaman Jepun huhu suka ati aku je cakap gitu..

Tapi disebabkan itulah pekan ni selalu je dijadikan sebagai set drama dan filem tempatan..kalau ada yang datang dari luar negara mesti dah kena serbu dengan penduduk pekan ni hehe achik aku la suka serbu menyerbu orang popular..gua tak amik kisah gua cakap sama lu..(otak mereng sebab tak cukup tido)

Okay jadi malam tu lepas Isyak aku dengan adik aku, Nadirah bertolak la ke KKB..yup kami berdua je sebab adik-adik lain tak nak ikut..sepanjang perjalanan banyak gaklah perkara-perkara yang kami bincangkan..huhu bila lagi nak borak panjang2 skang ni? Akak kan makin busy? hihi perasan..oh jangan lempang aku..

Tengah jalan teringat plak pesan Wan aku yang suruh kami singgah rumah Mak Ngah yang terletak di Ampang Pecah sebab Wan tertinggal barang dia kat sana..maka aku dengan adik aku pun g la singgah walaupun jam masa tu dalam pukul 10.40pm..huhu segan juga nak mengetuk pintu rumah orang malam2 buta ni..nasib baiklah diorang tak tido lagi..

Nur Auni Insyirah. Taken from here 

Oh maka aku berjumpalah dengan sepupu aku yang baru melahirkan anak perempuan, Nur Auni Insyirah yang comel berumur baru sebulan huhu geram aku weh..terus aku minta nak dukung kat sepupu aku..nasib baik dia sporting..bagi je budak tu kat aku..tak nangis weh! huhu bahagia gila dapat pegang baby tu..adik aku pun amik port gak pegang baby..kami memang suka baby okay..

Tengah main2 dengan baby tu tiba-tiba atuk anjang aku kuar..selamba je adik aku tanya

"Nak g mana atuk? Aktiviti malam ke?" aku yang terdengar, terkejut giler dengan statement xleh blah Nornadirah yang sengal itu.

"Bukanlah atuk nak balik rumahlah" terang mak sepupu aku..aku dah x dapat menahan ketawa terus memalingkan muka dan ketawa senyap2 kat tepi langsir huhuhuhu...sepupu lelaki aku ketawa sambil memekupkan muka dia dengan bantal takut kejutkan pak ngah aku yang dah tido depan tv huhu..

Sampai rumah wan pun dah agak lewat tapi aku tetap layan tv sebab ade cite The Spiderwick Chronicles yang best huhuu..abis cerita terus tido. Bangun pagi esoknya makanan dah tersedia..huhu memang syok duduk rumah wan..kitorang balik lepas makan malam sebab kesian wan dah masak banyak sangat huhu~

Dalam perjalanan pulang adik aku wat statement sengal lagi

"Patutlah malam tadi aku tak leh tido lena sebab aku tak tido atas kerusi royal aku"

Ceit! Sengal punya budak!

Okaylah ni jela update untuk kali ni..oh macam biasa sila lawat blog novel aku yang aku baru update tadi Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

Friday, April 12, 2013

Can't take my eyes off you~


Love this song (^-^)
Frank Sinatra 

You're just too good to be true

Can't take my eyes off of you

You'd be like heaven to touch

I wanna hold you so much
At long last love has arrived
And i thank god i'm alive
You're just too good to be true
Can't take my eyes off of you



Pardon the way that i stare

There's nothing else to compare

The sight of you leaves me weak
There are no words left to speak
But if you feel like i feel
Please let me know that it's real
You're just too good to be true
Can't take my eyes off of you



Chorus:

I love you baby, if it's quite alright

I need you baby to warm the lonely nights
I love you baby, trust in me when i say okay
Oh pretty baby, don't let me down, i pray
Oh pretty baby, now that i've found you, stay
And let me love you, oh baby, let me love you, oh baby...



You're just too good to be true

Can't take my eyes off of you

You'd be like heaven to touch
I wanna hold you so much
At long last love has arrived
And i thank god i'm alive
You're just too good to be true
Can't take my eyes off of you





The thing is..I can't find the original singer version...
Muse version 

Thursday, April 11, 2013

PRU 13 dan sedikit update


Wow..makin menjadi-jadi kempen sejak diumumkan tarikh mengundi 5th May 2013. Hari Ahad...nape x buat hari Isnin? Boleh cuti..hehehehehe sengal otak pemalas..apa2 pun yang mana yang layak mengundi tu sila2 la mengundi sebab itu hak anda..



Sekarang ni musim hujan dah tiba semula..huhu jalan licin, komuter semalam lambat sebab kata ada landasan banjir?? xtau la tapi aku sampai lambat semalam..hadui la..tapi alhamdulillah hari ni komuter okay dan aku sampai agak cepat jugalah..hmm dek kerana musim PRU, tayangan Tom& Jerry dah xde dan asyik ulang lagu 1 Malaysia, 1M4U je disamping iklan2 komuter yang lain..err harap2 lepas ni tukar balik Tom & Jerry xpun pasanglah kartun lain supaya penumpang2 yang suka kartun macam aku x bosan sangat hehe~ tapi sekarang ni asal naik komuter dan dapat tempat duduk terus terlelap huhu letih marathon dari Quill 7 ke KL Sentral dan sebaliknya~kikiki~

Oh aku dapat email suh g exam PTD hari Sabtu ni (13/4/2013) tapi aku x dapat surat rasmi dan dari apa yang aku baca dari email tu, aku kena tunjuk surat tawaran tu untuk masuk exam..hmm macam mana ni? Kalau tak ada juga esok, nampaknya aku kena call pihak yang bertanggungjawab untuk bertanyakan status aku..

Okaylah aku rasa takat ni jela aku update buat masa sekarang..oh sila lawat blog novel Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais.

p/s: rasa pening2 sikit sebab kena hujan..

Wednesday, April 10, 2013

Morning (^-^)


Sekarang pagiku penuh dengan adventure..kenapa? hihihi..tiap2 pagi (bermula dari semalam) aku akan ikut trail hutan untuk keluar dari kesesakan kat kawasan perumahan rumah aku..huhu cakap macam aku yang drive padahal Mr Zul yang berusaha dok bawa kereta untuk ikut trail tu..nasib baik ayah aku pakai CRV kalau tak..hmm xtau la..

Pagi yang indah, pukul 7 macam tu aku dah kena keluar dari rumah, dalam kereta dengar la radia Sinar.fm yang memang jadi favourite parent aku..tapi aku suka la juga lagu merapu yang Salleh Yaakob nyanyi tiap2 ari huhu..

Alhamdulillah la dengan melalui trail ni, aku berjaya sampai ke stesen komuter dalam 7.20am. Aku nak naik train pukul 7.30am ma~

p/s: database run-out maka aku macam ntah apa2 je..aku xtau nak buat apa jadi aku mengupdate blog..tolonglah bagi new database..

Tuesday, April 9, 2013

New obsession

My current favourite drinks..hehehe

Pokka Premium Milk Tea!!!



It's really tasty and I'm hooked from the first sip of this delicious milk tea. Give it a try and you might like it too (^-^).

Hontoni oisshi no inryo. 本当に美味しいドリンク!!

Bought it for RM 3.20 from MyNews..but it quench my thirst and yeah quite refreshing..huhu next time I want to try Pokka Premium Milk Green Tea huhu~got meh in Malaysia?

Monday, April 8, 2013

Everyday Blues



Blues selamanya~

Dah lain dah tu...hehe terus terang aku tak tahu nak buat apa tu yang aku update blog aku time2 waktu kerja ni..ha..kantoi!!

ok2 bukan apa..database nak call manusia2 yang hendak direkrut run out already..nak call kengkawan kang kena pelangkung dengan boss huhu x pasal2..

orang lain cuti g jalan2..aku plak dok berulit dengan novel2 yang kawan aku pinjamkan kat aku disamping buat novel sendiri..

aku tak tahu la nak kata apa pasal novel aku..huhu aku just tulis novel ikut suka hati aku jadi kalau silap ke macam sengal ke x sesuai ke silalah tegur huhu~

lawat Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais.

Kerja aku okay la buat masa skang just bila dah xde orang nak call ni yang buat aku terkulat-kulat memandang skrin PC sambil merewang ke tempat lain...ufufufuufu..

Aku rasa sampai sini je kot aku update..nanti aku update bila rasa bosan lagi huhu..adios amigos!

Saturday, April 6, 2013

Assalamualaikum w.b.t

comel. Taken from here  

Pening juga kepala nak buat update novel yang dah dok fikir dari awal minggu ni. Huhu alhamdulillah dah update dah tadi. Pagi tadi aku keluar jogging dengan adik aku, Nadirah sebelum dia pergi kerja. Oh hari ni dia buat overtime nak susun kertas order ke apa ntah kat tempat kerja dia. Penat gak jogging walaupun 30 minit. Hehehe berat badan dah nak macam dinosaur baru rasa nak jogging..huhu sedih tapi kenyataan.

Aku dapat surat dari pihak Lembaga Pertubuhan Peladang yang nak suruh aku buat ujian perlantikan hari Khamis yang lalu. Yang buat aku terkilan ialah surat yang bertarikh 22/3/2013 itu sampai pada tangan aku petang 4/4/2013 dan ianya merupakan hari yang sepatutnya aku pergi ujian itu. Ujian aku tu pukul 9-10am 4/4/2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11. Tarikh setem diluar surat tu pula ialah 29/03/2013. Macam mana ni?

Jadi pagi semalam aku call LPP menceritakan apa yang terjadi. Terus terang weh, aku sangat terkilan. Orang tu cakap LPP memang mengambil berat pasal ujian perlantikan dan mungkin mereka akan panggil semula calon yang gagal menghadirkan diri tapi tak tahu bila lagi mereka akan melakukan ujian perlantikan tu lagi. Hati aku dah mula rasa sedih. Hilang mood aku untuk bekerja. Aku cuba fikir positif yang mungkin kali ini bukan rezeki aku. InsyaAllah ada rezeki lain untuk aku. Doakanlah ye kawan2?

Aku memang nak menyertai LPP sebab bagi aku bekerja dengan organisasi yang berhubung kait dengan bidang yang aku belajar memang menyeronokkan. Tapi..tak apalah. InsyaAllah aku ada rezeki lain.

Okaylah aku rasa ni je kot update buat kali ni. Sila lawat blog novel Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

p/s: penulis rasa nak termuntah dengar ada makcik yang tengah menyanyi-nyanyi di dewan kawasan rumahnya. Terus terang makcik ni x boleh menyanyi. Tolonglah berhenti makcik?!!!!!
There was an error in this gadget