Saturday, April 6, 2013

Assalamualaikum w.b.t

comel. Taken from here  

Pening juga kepala nak buat update novel yang dah dok fikir dari awal minggu ni. Huhu alhamdulillah dah update dah tadi. Pagi tadi aku keluar jogging dengan adik aku, Nadirah sebelum dia pergi kerja. Oh hari ni dia buat overtime nak susun kertas order ke apa ntah kat tempat kerja dia. Penat gak jogging walaupun 30 minit. Hehehe berat badan dah nak macam dinosaur baru rasa nak jogging..huhu sedih tapi kenyataan.

Aku dapat surat dari pihak Lembaga Pertubuhan Peladang yang nak suruh aku buat ujian perlantikan hari Khamis yang lalu. Yang buat aku terkilan ialah surat yang bertarikh 22/3/2013 itu sampai pada tangan aku petang 4/4/2013 dan ianya merupakan hari yang sepatutnya aku pergi ujian itu. Ujian aku tu pukul 9-10am 4/4/2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11. Tarikh setem diluar surat tu pula ialah 29/03/2013. Macam mana ni?

Jadi pagi semalam aku call LPP menceritakan apa yang terjadi. Terus terang weh, aku sangat terkilan. Orang tu cakap LPP memang mengambil berat pasal ujian perlantikan dan mungkin mereka akan panggil semula calon yang gagal menghadirkan diri tapi tak tahu bila lagi mereka akan melakukan ujian perlantikan tu lagi. Hati aku dah mula rasa sedih. Hilang mood aku untuk bekerja. Aku cuba fikir positif yang mungkin kali ini bukan rezeki aku. InsyaAllah ada rezeki lain untuk aku. Doakanlah ye kawan2?

Aku memang nak menyertai LPP sebab bagi aku bekerja dengan organisasi yang berhubung kait dengan bidang yang aku belajar memang menyeronokkan. Tapi..tak apalah. InsyaAllah aku ada rezeki lain.

Okaylah aku rasa ni je kot update buat kali ni. Sila lawat blog novel Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

p/s: penulis rasa nak termuntah dengar ada makcik yang tengah menyanyi-nyanyi di dewan kawasan rumahnya. Terus terang makcik ni x boleh menyanyi. Tolonglah berhenti makcik?!!!!!

2 comments:

Shazatul Hikmatizah Binti Abdul Hasan said...

Salam.... x da panggilan untuk kedua kali ka ?
sory bertnya pcl saya pun lambat dapat surat ...

Norlyana Nasrin said...

@Shazatul Hikmatizah Binti Abdul Hasan waalaikumussalam.
Bila saya call, mereka kata mereka akan hantar surat lagi jika ada ujian kali lain..tapi saya x pasti..orang tu cakap, pihak LPP memang mengambil berat pasal ujian ni dan akan panggil semula calon yang tak dapat hadir untuk datang ujian..apa2 pun kita doakan yang terbaik jela

There was an error in this gadget