Saturday, April 20, 2013

Jujurlah


Disaat kau lafazkan kegusaran, aku setia mendengar dan cuba mengembirakan kau. Aku menjadi lilin yang membakar diri demi melihat kau ceria. 

Apabila kau marah, kau hamburkan kemarahanmu terhadapku. Namun aku terima kerana aku tahu kau runsing dan kau tak berniat pun melukakan hatiku bukan?

Ketika kau bergembira, aku ada disisi. Turut tersenyum dan gembira berharapkan perasaan itu kekal kerana aku bahagia bila kau bahagia.

Namun apabila kepercayaan yang kuberikan kau khianati....patutkah aku bertepuk tangan? patutkah aku terus melupakan dan memaafkan?

Boleh pula kau menipu disaat aku masih mengharapkan supaya kau berterus terang kerana kebenarannya memang dihadapanku namun aku mahu penjelasan dari kau kerana aku percayakan kau!

Hubungan ini memang bukan cinta tapi lebih kepada ukhuwah sesama insan namun kini kau cemari dengan perbuatan kau sendiri..aku doakan kau bahagia dengan jalan yang kau pilih.

No comments:

There was an error in this gadget