Sunday, April 14, 2013

Jumaat dan Sabtu

KKB 
Semalam lepas balik kerja, aku rancang dengan adik aku untuk balik ke rumah Wan aku kat KKB. Sape yang tak tau kejadahnya KKB ni sila google huhu..kalau malas tak apa meh aku beritahu. KKB ni singkatan untuk Kuala Kubu Bharu. KKB ni juga digelar sebagai pekan cowboy sebab tak banyak pun perubahan kat pekan ni sejak dari zaman Jepun huhu suka ati aku je cakap gitu..

Tapi disebabkan itulah pekan ni selalu je dijadikan sebagai set drama dan filem tempatan..kalau ada yang datang dari luar negara mesti dah kena serbu dengan penduduk pekan ni hehe achik aku la suka serbu menyerbu orang popular..gua tak amik kisah gua cakap sama lu..(otak mereng sebab tak cukup tido)

Okay jadi malam tu lepas Isyak aku dengan adik aku, Nadirah bertolak la ke KKB..yup kami berdua je sebab adik-adik lain tak nak ikut..sepanjang perjalanan banyak gaklah perkara-perkara yang kami bincangkan..huhu bila lagi nak borak panjang2 skang ni? Akak kan makin busy? hihi perasan..oh jangan lempang aku..

Tengah jalan teringat plak pesan Wan aku yang suruh kami singgah rumah Mak Ngah yang terletak di Ampang Pecah sebab Wan tertinggal barang dia kat sana..maka aku dengan adik aku pun g la singgah walaupun jam masa tu dalam pukul 10.40pm..huhu segan juga nak mengetuk pintu rumah orang malam2 buta ni..nasib baiklah diorang tak tido lagi..

Nur Auni Insyirah. Taken from here 

Oh maka aku berjumpalah dengan sepupu aku yang baru melahirkan anak perempuan, Nur Auni Insyirah yang comel berumur baru sebulan huhu geram aku weh..terus aku minta nak dukung kat sepupu aku..nasib baik dia sporting..bagi je budak tu kat aku..tak nangis weh! huhu bahagia gila dapat pegang baby tu..adik aku pun amik port gak pegang baby..kami memang suka baby okay..

Tengah main2 dengan baby tu tiba-tiba atuk anjang aku kuar..selamba je adik aku tanya

"Nak g mana atuk? Aktiviti malam ke?" aku yang terdengar, terkejut giler dengan statement xleh blah Nornadirah yang sengal itu.

"Bukanlah atuk nak balik rumahlah" terang mak sepupu aku..aku dah x dapat menahan ketawa terus memalingkan muka dan ketawa senyap2 kat tepi langsir huhuhuhu...sepupu lelaki aku ketawa sambil memekupkan muka dia dengan bantal takut kejutkan pak ngah aku yang dah tido depan tv huhu..

Sampai rumah wan pun dah agak lewat tapi aku tetap layan tv sebab ade cite The Spiderwick Chronicles yang best huhuu..abis cerita terus tido. Bangun pagi esoknya makanan dah tersedia..huhu memang syok duduk rumah wan..kitorang balik lepas makan malam sebab kesian wan dah masak banyak sangat huhu~

Dalam perjalanan pulang adik aku wat statement sengal lagi

"Patutlah malam tadi aku tak leh tido lena sebab aku tak tido atas kerusi royal aku"

Ceit! Sengal punya budak!

Okaylah ni jela update untuk kali ni..oh macam biasa sila lawat blog novel aku yang aku baru update tadi Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

No comments:

There was an error in this gadget