Tuesday, April 23, 2013

Kedemaman


Dek kena penangan demam selsema, batuk + sakit kepala..aku MC ari ni..sebenarnya dari semalam lagi aku rasa x sihat tapi dok gagahkan diri g kerja juga sebab tengok ayah dengan mama aku dah bersemangat bersiap bagai..

Semalam aku buat sad love story la kat office tu..hidung berair + warna pink kemerahan-merahan (chewah!) + makin besau pula (ni kawan aku cakap..huhu huduh bebenor)..mata berair dan makin kecil bila nak petang2 tu..kepala plak rasa weng je walaupun aku dah telan empat biji panadol Actifast dari pagi tu (err yang ni jangan ikut x elok woo)..

Semalam gak aku balik awal seminit dari waktu balik..ek eleh takat seminit pun nak kecoh..huhu kepala aku dah x leh pk sangat dah time tu..rasa nak balik dan baring atas katil je..naik tren alhamdulillah ada tempat duduk dan aku terus tertidur lepas duduk tu..huhu terjaga sekejap2 sebab nak alert dengan perhentian mana..poyo padahal Rawang tu kan perhentian terakhir kikiki~sampai2 Rawang, terus aku g cari ayah aku..huhu ayah nak balik!! lega gila bila nampak ayah dah siap tunggu..

Sampai2 je rumah, aku solat Maghrib..hmm macam biasa la terkejar2 gak..pastu baru mandi dan makan..makan pun macam apa ntah sebab deria bau aku dah kena block walaupun agak lapar ketika itu..lepas Isyak je aku dah baring2 atas katil relakskan diri, baca novel lama Gemersik Kalbu huhu...best cerita tu..

Pagi ni bangun Subuh still rasa berat giler kepala..maka aku amik keputusan untuk MC..kang aku nak g klinik dengan adik aku yang senasib dengan aku..huhu kami demam woo..budak tu demam2 pun semalam lepas gak g Genting..sengal alam..

Oh semalam ada yang buat aku sakit kepala..entah mana makhluqot yang hacked blog novel aku dan tukar kepada Holy Bible punya page! Giler sakit hati..nasib baik tadi bila aku tengok balik, dah xde..hmm risau gak kalau ada yang nak pedajal aku kan? Hmm apa-apa pun sila lawat blog novel aku Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais..kalau ada yang pelik2 tu bukan aku yang buat ye..

No comments:

There was an error in this gadget