Tuesday, April 30, 2013

Migrain datang lagi



Migrain...sakit kepala ala-ala macam kena ketuk dengan hammer bertalu-talu..sakit? Taklah sedap giler gua cakap sama lu...(sarkastik)

Dimulakan dengan kisah semalam...

Macam biasa, time balik aku orang pertama yang akan cabut dulu..yelah aku nak kena kejar train balik Rawang tau..tepat 6.30pm aku akan clock-out dan ucap ayatan selamat tinggal kepada office-mates..

Dengan bersemangat waja aku jalan laju2 untuk ke stesen KL Sentral..agak2 dalam 4 minit perjalanan dari office aku..tapi ikutkan lift..orang ramai..hmm ntahlah aku men redah je..sampai je kat platform 4..aku menunggu train macam biasa..

6.48pm, tren ke Rawang tiba dengan jayanya..aku pun macam biasa beratur dan naik bila orang orang dari dalam dah abis keluar..alhamdulillah aku dapat tempat duduk..time balik tu badan aku dah rasa lain macam dan asyik terbatuk-batuk je huhu lemah imun sungguh..

Entah apasal tren tak bergerak2 mau nak dekat sejam jugalah sangkut kat KL Sentral tu..orang pula makin ramai naik tren sampai sesak gila dalam tu..okay sesak +batuk =sakit kepala..migrain aku attack dan-dan tu gak..aku dapat rasakan kepala aku berdenyut kaw-kaw to dan aku cuba relax dengan pejamkan mata dan tarik nafas dalam-dalam..tak berkesan juga..aduh haru..nak makan ubat bekalan air aku tinggal kat ofis..last2 aku dok senyap2 kat tempat duduk aku..

Dekat perhentian Segambut aku perasan ada satu perempuan Cina pun sakit kepala macam aku sampai dia mencangkung kat atas lantai..ada satu aunty tawarkan tempat duduk tapi dia tak nak sebab dah nak sampai perhentian dia.aku cuma boleh memberi pandangan simpati..terlupa pasal ubat aku dalam beg..aih

Pagi tadi aku bangun dengan pening kepala dan muntah2..memang x larat la bhai..tapi aku ada misi hari ni maka aku kuatkan diri..melayan kesakitan demi masa depan..aku ada ujian perlantikan Lembaga Pertubuhan Peladang da...dapat surat minggu lepas maka hari ni aku g la Shah Alam untuk ambil ujian tu..alhamdulillah ujian 30 minit tu aku siapkan x sampai 2 minit..nak tau kenapa? Sebab aku dah biasa buat ujian personaliti tu time zaman U dulu..agak2 la aku ambil kaunseling, kalau x lepas ujian tu dia xkan jemput untuk interview..maka sekarang aku tawakal jela..

Balik dari ujian tu aku macam biasa la naik tren..hmm hidup orang tak ada transport sendiri memang la macam ni..yang best aku dapat taaruf dengan ramai orang..oh dimulakan dengan seorang pelajar Master UKM berbangsa India..kami berbincang pasal topik mencari pekerjaan dan bandingkan dengan membuat Master..huhu saja aku bagi galakan kat dia sebab dia baru je sambung Master xkan aku nak lemahkan semangat dia? Lepas tu dalam tren aku berborak pula dengan seorang aunty Cina tentang caj tren dan politik..fuh yang ni memang gempak..kalau tengok aunty ni, korang xkan percaya yang dia boleh lontarkan hujah2 dan fakta yang aku dah tahu kebenarannya..aku setuju dengan aunty tu..aku mulakan perbualan dengan "Hari Ahad ni hari mengundi..aunty pergi mengundi?"
Aunty: "Yes mesti pergi! Kenapa you x pergi ke?"
Aku: "Mesti pergi...(x sempat nak sambung)"
Aunty: "We must vote because that's our RIGHT! We must change!" .......
dan perbualan itu berlanjutan sehingga aunty tu turun kat perhentian Kepong. Banyak juga isu yang dia lontarkan pasal BRIM (yang ni best hujah dia), pasal LYNAS, pasal kewarganegaraan dan macam-macam lagi.
Aunty: "I don't know what you vote but I only say what truth is" (ayatan yang buat aku tersenyum sambil mengangguk)

Dekat LPP tu pun ramai je aku buat kawan berborak..ramai sangat..( dua orang je pun) seorang nama Wan dan seorang lagi nama Atiqah..Wan tu orang Terengganu (buat aku teringat kat Ain & Aina je..kikiki) dan Atikah ni pula tinggal kat Sungai Buloh..berborak biasa2 je..huhu sekurang-kurangnya tak adalah aku bosan menunggu...

Oh sampai Rawang, ayah aku ajak makan dulu..huhu macam faham2 je anak dia x telan dan minum apa2 dari pagi sebab sakit + nervous yang bukan2..lepas makan tu la aku baru g klinik..dapat la MC sehari..aku demam lagi rasanya disebabkan migrain dan batuk aku tu..hmm xpelah ujian Allah (^-^)

Okay aku rasa sampai sini jelah aku membebel..panjang x? Kikiki....kepala pening lagi tapi rasa semangat nak update..apa da..oh lawat blog novel aku Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais

No comments:

There was an error in this gadget