Saturday, April 20, 2013

Ulasan Novel - Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Suami Tak Kuhadap

Alolo boleh2 hehe..
Yes aku update novel sendiri sepanjang (??) minggu ni sebab nak layan dua novel yang aku beli dari Karyaseni ni time hujung2 minggu..maka malam tadi aku berulit dengan Abang Jebat, siang pula dengan Syed Ahmad Budriz huhu memang sweet~ macam sengal je ayat..jangan salah sangka, itu semua poyo! eh bukan itu semua watak dalam novel okay? Hakikatnya aku masih sendiri...chewah layan mood sengal~

Okay aku akan ulas berdasarkan apa yang aku rasa sepanjang baca kedua-dua novel ni okay?

1. Bukan Kerana Aku tak Cinta - E-man Sufi
Tatu abang jebat~
Novel ketiga karya E-man yang membuatkan aku tertunggu-tunggu dari tahun lepas tak silap aku huhu....novel karya E-man ini memang ada penarik dan seronok dibaca. Kisah Abang Jebat yang mempunyai masa silam yang gelap namun bertaubat setelah diberi hidayah Allah memang sangat menginsafkan. Jebat seorang anak yatim piatu yang kematian kedua ibubapanya akibat dendam pergaduhan kumpulan kongsi gelap bapa saudaranya. Arwah ayahnya juga bekas ahli kongsi gelap dibunuh bersama ibunya disuatu malam disaksikan olehnya dan abangnya. Mereka sempat diselamatkan oleh Uncle Kwan dan Jebat dibesarkan oleh Uncle Kwan setelah dia diseksa oleh penjaganya, iaitu bapa saudaranya yang membenci arwah ayahnya. Hannah Mastura gadis yang dianggap perigi mencari timba kerana jatuh cinta pada Jebat dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cinta lelaki itu. Lelaki yang tiada apa-apa dimata masyarakat setempat itu mendapat tempat di hati Mastura. Mereka dikahwinkan setelah Mastura mengugut Jebat walaupun pada mulanya perkahwinan itu ditentang oleh kakaknya, Hannah Maryam dan datuknya, Tan Sri Idris. Mereka bahagia diawal perkahwinan namun  perkahwinan mereka mula bergolak apabila Jebat menceritakan kisah lalunya dan tatu naga dibadan Jebat menjelikkan Mastura. Pelbagai rintangan mereka lalui dan pengakuan Jebat tentang insiden Hannah keguguran menyebabkan perkahwinan mereka bergolak kuat. Nak tahu lebih-lebih sila beli novel ni okay?

Bagi aku novel ni memang best dibaca dan patut dibeli. Terharu gila aku dengan cara Jebat atau nama sebenarnya Ahmad Ziyad mencintai Hannah Mastura. Walaupun kasar namun masih terasa sayangnya. Okay Abang Jebat vs Uwais Ukasyah.....err Uwais tetap menang hehehe~

2. Suami Tak Kuhadap - Rehan Makhtar

Gaya penulisan Rehan Makhtar memang sangat berbeza dengan E-man Sufi tapi aku boleh katakan novel ni berjaya mencuri tumpuan dan mengusik perasaanku..chewah~

Nur Syaima membenci ayahnya kerana meninggalkan dia dan ibunya ketika ibunya sedang berperang dengan barah rahim. Ayahnya meninggalkan mereka untuk bersama Makcik Jalina, janda yang sudah mempunyai seorang anak, Syed Ahmad Budriz. Bertambah benci Syaima apabila apabila dia dewasa, Budriz mencarinya dan membawanya bertemu dengan ayah yang padanya telah mengkhianati dirinya dan ibunya. Sehinggakan ketika arwah ibunya meninggal, ayahnya tidak pulang menjenguk mereka kerana Budriz kemalangan menyebabkan Syaima yang berusia 17 tahun itu menguruskan pengebumian ibunya seorang diri. Takdir menyatukan dia dan Budriz secara kejam apabila Budriz memerangkap Syaima untuk berkahwin dengannya dengan menyatakan yang mereka terlanjur dan Syaima mengandungkan anaknya. Budriz juga memisahkan Syaima dari teman lelakinya, Faez dengan menyatakan yang mereka sudah terlanjur dan Syaima isterinya. Perkahwinan mereka bagaikan satu hukuman buat Syama dan dia berdendam dengan Budriz, ayahnya dan bonda Jalina. Aunty Sarimah, ibu saudara Budriz merangkap bosnya sering membantu dan menasihatinya. Nenda Budriz pula tidak merestui perkahwinan mereka kerana ingin menyatukan Muiz dengan Syarifah Nurina demi mempertahankan susur galur keturunan mereka. Apabila bahagia mula menjengah, muncul Faez si Pengecut yang menagih semula cinta Syaima dan menaburkan fitnah terhadapnya. Perkahwinan Syaima dan Budriz dilanda badai yang paling ganas. Syaima terpaksa melepaskan Budriz untuk menyenangkan hati pelbagai pihak walaupun dia sendiri tak sanggup. Macam biasa, nak tau lebih-lebih sila beli novel ni.

Okay dari sudut pandangan aku, novel ni memang menarik walaupun pada awalnya sifat pendendam Syaima aku anggapkan terlalu menakutkan dan degil bebenor Syaima ni! Sungguhla nasib baiklah si Budriz tu penyabar kalau dapat laki panas baran mahunya kena baling kuali. Novel ni boleh kata novel yang patut dibaca  sebab banyak info disamping buat aku rasa nak meleleh jugalah sepanjang baca novel ni sebab dugaan buat Syaima memang hebat bebenor..

Okaylah ni je ulasan aku..tapi sungguh aku cakap puas hati baca kedua-dua buah novel ni. Tahniah buat penulis. Okay sila lawat blog novel aku Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais

No comments:

There was an error in this gadget