Monday, May 20, 2013

Ambil cuti



Balik dari kerja hari Sabtu tu badan aku dah semacam. Hingus berjurai-jurai..nasib baik aku ni jenis bawa handkerchief selalu kalau x mau naya..

Amoi tu minta aku balik lambat untuk tutup PC tapi aku cakap xnak sebab aku dah betul-betul x tahan dan memang aku nak balik rehat..lantak kau lah wahai amoi~ bos aku pun tunjuk keprihatinan yang x boleh blah mungkin disebabkan aku yang macam zomba kot hari tu..siap suruh aku balik nanti tidur, makan ubat dan vitamin C huhu thanks la boss..

Balik tu nasib baik tren x meragam dan alhamdulillah sampai Rawang dengan jayanya..sampai-sampai aku tunggulah family aku datang menjemput..tunggu punya tunggu last-last dorag suruh aku tunggu kat Bank Islam..maka aku kena lintas jalan raya yang agak sesak seorang huhu..jangan risau akak okay~ sah otak aku x betul dah ni..

Alhamdulillah, time aku lintas tu kenderaan berhenti sebab jammed dan aku dapat lintas dengan senang dan selamat..syukur sangat Allah permudahkan segalanya untuk akak..jadi aku pun tunggulah dekat area Bank Islam tu..sempat juga seorang amoi ni bagi aku katalog percuma Satinni..aku yang dok kesian kat dia dok hulur tapi orang lain buat x tau maka aku amik jela..kurang-kurang hilang bosan aku sekejap sementara tunggu family aku..

Sampai-sampai je mereka..terkejut aku tengok CRV ayah aku tu penuh..mana taknya semua dok gedik mengikut + ayah dan mama aku baru lepas shopping groceries..perghh abislah..lisa yang umur 13 tahun tu kena duduk depan dengan mama aku..Wani yang kurus kering tu boleh pula berbaring sambil dipangku kakak aku dan Nadirah..hehe sebenarnya aku dengan ayah aku je yang selesa dalam kereta tu aku rasa hahaha~ memang lawak.kereta lain pun pandang pelik je dengan kepadatan kereta kitorang huhu nasib baik x kena tahan polis sebab terlebih muatan hahaha~

Balik je aku terus ambil wuduk dan solat Zohor..kepala aku dah start berdenyut dan oksigen mula berkurangan sebab hidung tersumbat..konon..aku bernafas pakai mulut da..malam tu aku anta mesej kat Azrain beritahu yang aku x dapat keluar dating dengan dia ari Ahad tu..kecewa kawan tu tapi nak buat macam mana dah aku sakit..

Sepanjang minggu ni aku habiskan dengan banyakkan berehat dan update novel sikit-sikit..nak lepas gianlah katakan..ubat tu aku telan lebih sikit dos tapi...

Pagi tadi aku bangun untuk g kerja macam biasa..badan aku rasa berat sangat dan kepala aku rasa weng maka aku terus g mandi sebab nak solat Subuh lagi..selesai solat, aku rasa semacam..terus aku buat keputusan aku x boleh pergi kerja hari ni..agak-agaklah kang pengsan kat KL Sentral tu sapa nak tolong? Bak kata kawanku Azrain, orang tolong tengok jela..hmm sabar jela..aku pun beritahu parent aku dan mereka2 yang berkaitan yang aku xleh datang kerja..lepas tu apa lagi, aku sambung tidur sebab badan aku betul2 perlukan rehat sekarang..bangun je tadi nak dekat pukul 10 jugalah..badan dah rasa okay sikit just kepala je semacam..maka aku buka laptop untuk update novel aku..dalam keadaan x berapa nak betul, siaplah juga satu bab..tu aku cakap kalau ada apa-apa kesilapan sila beritahu..

Okaylah aku rasa sampai sini je aku merapu. Sila lawat blog novel Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais

No comments:

There was an error in this gadget