Monday, May 6, 2013

Itu hari cuti...

Hari Sabtu hari tu (4/5/2013) aku g kenduri kahwin kawan se-UIA kat Melaka..pergi dengan Su, Abang Yumel, Rashdan aka Dan aka Jah (hahaha ni aku bagi nama) dan Nadirah (ntah apasal adik aku sesat nak mengikut sekali).

dari kiri: Dan, Abang Yumel, Su dan aku

Pagi tu lepas Subuh aku dah bersiap-siap..kejutkan si Nadirah tu bangun dulu sebab budak tu kalau bersiap mahu makan masa sejam dua jam macam tu..aku pakai baju warna hijau..hehee warna favourite..oh dari Jumaat hari tu aku pakai baju hijau..ari ni je aku tukar warna lain. Bersiap pastu bawa bekal bagai...konon nak makan during the journey..pukul 8.15 macam tu jugaklah baru kitorang keluar dari rumah. Kami naik Myvi kakak aku..parking kat rumah Su kat Ijok sebab g Melaka naik Saga merah Abang Yumel..

sempat lagi amik gambar kat rumah Su

me and Su
Sampai rumah Su, dia jamu kitorang bekpes..huhu elok sangat sebab x makan apa2 tadi kat rumah huu thanks la kawan~ bila Abang Yumel sampai dan rehat sekejap, kami bertolak g Seri Kembangan untuk jemput Dan..oh Dan ni keja kat Animonsta ala yang buat Boboiboy tu..huhu excited je dalam kereta tu bila Su asyik buat promosi haahaha~aku ngikut je hehehe (gelak Gopal)..dah amik Dan kami terus ke Melaka..

Kami tiba dirumah Aliah dalam pukul 1.40pm jugaklah sebab ada berhenti sekejap..sampai je kat rumah Aliah reaksi aku adalah (O.O).. woah cantik woo..oh kami dapat duduk meja VIP hehe dekat dengan MC dia teka la siapa..hmm xyah teka meh aku beritahu, MC dia Nazrey Raihan you know~ memang bagus sebab tak adalah aku dengar karaoke sumbang dan tak de manfaat sebab dia nyanyi lagu nasyid yang menenangkan you know? huhu asyik you know je kan..pelamin dia pun lawa woo..jumpa gak la budak2 UIA yang lain tapi..x ramai sangat..mungkin sebab ramai yang balik kampung for GE 13..apa2 pun seronok g kenduri Aliah (^-^)..

Aliah dan pasangan
lawanya pelamin dia..

Abis kenduri kami jalan2 kat Bandar Melaka..beli coconut shake, jalan2 kat pantai bekas tapak Eyes on Malaysia, makan Char Kueh Teow dengan menyaksikan flashmob PR, jalan2 kat Jonker Street, makan Asam Pedas Claypot~ huhu terbaik~sempat gak la aku beli barang skit kat Jonker Street tu..

Keesokan harinya plak aku bangun pagi lagi untuk apa adik2? Hari Mengundi Malaysia!!!! Yup semalam (5/5/2013) kan hari mengundi? Aku bangun awal sebab dah janji dengan Jed nak g dengan dia..huhu syok woo..pukul 7.50am macam tu aku dah merempit g rumah Jed..mula2 ingat nak suh adik dia anta tapi x jadi sebab jam kat bawah tu lagipun tempat mengundi tu dekat je..maka kami merempit je g sana..sampai je aku park motor kat luar lepas tu jalan kaki masuk Sekolah Menengah Agama Rawang aka SAMER yang berbukit2 tu..huhu mendaki kami pagi2 kome tau? Huhu..

jari kami~
sebelum mengundi hehe sempat lagi..
Sebelum mengundi tu kami berdua g buat semakan dulu..hmm panjang gila beraturnya..mau sejam juga beratur tapi nasib baik g dengan kawan so tak terasa sangatlah walaupun berdiri lama..oh aku siap berborak dengan makcik2 yang beratur sama hehehe seronok tau berborak? Sampai giliran amik nombor saluran dan g mengundi...aku kat saluran paling laju aka saluran 5 huhu..sebelum masuk tu sempat gak aku berborak dengan uncle polis yang tunggu depan pintu tu..dia pun kesian dengan kitorang yang kena menapak jauh huhu aku balas balik "Takpe gear-gear ni muda lagi..tapi kesian kat makcik pakcik tua yang kena jalan kaki..nasib baiklah ada kereta tolong bawa diorang naik atas" huhu uncle tu setuju je dengan aku huhu~bila tiba giliran aku, aku mengundilah ikut apa yang akal dan hati aku pilih (chewah!!)

Balik tu ada gak jumpa dengan kawan sekolah huhu ingat juga kat kami ye? Sampai rumah terus buka laptop dan upload gambar..ingat nak sambung buat novel tapi..huhu lapo weh! Maka aku kuar dengan Jed g makan bekpes huhu bekpes la sangat..kami g round2 Rawang dan last2 g makan kat Tesco je..g beli kasut dan jalan2 dalam Tesco beli groceries..lepas tu kami balik lo~ first time naik kereta yang dipandu oleh Jed huhu..

Abis shopping bagai, kami baliklah ke rumah..huhu cuti yang penat tapi seronok..oh siapa yang habis baca ni tahniah diucapkan..len kali aku akan update lagi..novel aku tu insyaAllah bila2 aku free aku update xpun aku update Sabtu dan Ahad ni ye? Okay lawat blog novel Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais

No comments:

There was an error in this gadget