Sunday, May 26, 2013

Kisah Tentang Kesedihan dan Kucing



Kisah ini berlaku semalam. Hari yang aku mulakan dengan melarikan diri dari rumah. Lari la sangat..aku bangun agak awal dan terus bersiap-siap untuk keluar. Terpegun aku apabila aku melihat adik ketiga aku, Nadirah yang sudah bangun dan enak mengunyah Koko Crunch. Budak tu bukan selalu bangun awal tapi kenapa hari ni?

Sesudah memakai tudung dan menyarungkan stoking, mama aku keluar dari bilik.

"Nak pergi mana?" tanya mama.

"Nak lari..tapi tak jadi sebab mama dah bangun" gumamku perlahan.

"Apa?"

"Tak ada apa-apalah, nak pergi rumah Jeddah" jawabku sambil bingkas bangun dari kerusi. Mamaku mengangguk dan masuk semula ke dalam bilik tidurnya. Aku hanya memandang sehingga kelibat mamaku hilang dari pandangan mataku.

"Tain..aku pergi dulu" Tain, nama manja aku berikan kepada Nadirah. Saja je aku panggil dia begitu sebab dengan selamba dia panggil aku Bule. Aku mencapai kunci motosikal milik ayahku dan terus melangkah keluar dari rumah. Tanganku ada sebuah beg plastik yang sarat dengan novel Melayu.

Di tingkat bawah apartment, aku menghidupkan motosikal Modenas GT128. Motor milik ayahku itu berjaya dihidupkan dengan sekali percubaan..alhamdulillah. Terus aku memasukkan gear dan motor itu meluncur meninggalkan apartment yang diduduki oleh keluarga dengan agak laju. Err..tabiat lama sukar dibuang.

Tiba sahaja di rumah Jeddah, aku terus memberikan salam kepada Jeddah yang sedang sibuk mengemas perkarangan rumahnya. Rumah teres dua tingkat itu aku masuk dengan membawa motorku dan terus aku memarkirkan motorku diperkarangan rumah Jeddah.

"Jed.." ucapku sedih.

"Eh masuk-masuk" pelawa Jeddah dengan senyuman yang tak lekang dibibir. Aku bawa sekali novel-novel yang ingin dipinjam oleh Jed didalam beg plastik Tesco. Jeddah terus mengambil novel-novelku yang pernah dipinjam olehnya.

"Tak payah kelam-kabut sangat sebab lambat lagi aku nak balik" terangku lemah. Aku melabuhkan punggung diatas kerusi yang diperbuat oleh kayu jati diruang tamu rumah sahabatku itu.

"Kau duduk dululah, aku nak kemas-kemas ni" kata Jeddah dengan tangan yang rancak mengemas dan menyusun barang-barang.

"Sorrylah, aku tak malu duduk je padahal kau sibuk mengemas" tuturku lemah. Perasaan aku yang sedang berbaur-baur cuba aku tenangkan sebaik mungkin.

"Takpe-takpe" balas Jeddah. Dia faham dengan perasaan yang menghambat diriku sekarang. Aku dan Jeddah. Aku memang senang bercerita apa sahaja dengan dia. Dia seorang pendengar yang baik dan sering memberikan pendapat yang boleh diguna pakai.

Sementara menunggu Jeddah mengemas, aku hanya duduk terpaku di kerusi itu. Sedang aku melayan perasaan, seekor anak kucing milik Jeddah mendekatiku. Padamulanya dia cuma menghidu kakiku yang masih berstoking. Aku mengacah kucing itu dengan menggerakkan jari-jari kakiku. Ketahuilah aku tak tahu cara bermanja dengan kucing. Anak kucing itu makin berani dan teus memanjat naik keatas kakiku dan duduk diribaanku. Aku mengusap-usap kepala dan bawah dagu kucing itu. Err aku selalu nampak orang buat jadi aku tiru. Bila aku berhenti mengusap, anak kucing itu akan memandang ke wajahku tanda menyuruh aku membelainya. Jadi aku habiskan masa bermain dengan anak kucing itu. Oh aku juga mengacahnya dengan kunci motosikal ayahku.

Selesai mengemas, Jeddah mengambil tempat disebelahku. Aku terus menceritakan perkara yang membuatkan aku susah hati kepada sahabatku itu. Mataku bergenang namun tangisan itu cuba aku tahan sebaik mungkin. Jeddah memberikan nasihat dan sememangnya dia faham dengan perasaan aku. Anak kucing itu masih setia diribaanku. Manja betul..tadi ketika aku keseorangan apabila Jeddah sibuk memasak dan menangis bila memikirkan masalahku, anak kucing itu bagaikan faham dengan kegusaranku dan terus mendekatiku.

"Kau dah makan ke belum?" tanya Jeddah setelah tamat sesi luahan perasaan.

"Belum, bangun je terus mandi dan datang sini" jawabku jujur.

"Jom makan, aku tak tahu la breakfast ke lunch ni" kata Jeddah sambil ketawa. Hehehe bunyi ketawa dia memang lain dari orang lain begitu juga dengan tempikan nyaringnya.

Aku dihidangkan dengan mee goreng dan air milo. Dalam keadaan tertekan, tiga pinggan mee goreng juga aku bantai. Kenyang tu tak usah ceritalah. Kebetulan malam sebelumnya aku tak makan dek tekanan perasaan.

"Sorry Jed, dahlah tak tolong apa-apa. Dengan tak malu aku bantai pula makan kat rumah kau"

"Alah kau nak malu apa? Macam tak biasa dengan aku je. Nazira, dia cakap segan sebab makan" Sengaja Jeddah mengamit tumpuan Nazira yang seronok makan sambil menonton televisyen.

Selesai makan, aku dan Jeddah membantu Nazira mengisi borang dalam talian untuk rayuan UPU. Setelah itu kami menonton filem Pitch Perfect. Cerita itu memang menarik dan berjaya menghiburkan hatiku yang lara. Aku sempat juga berhenti untuk solat Zohor dibilik Jed. Sesudah Pitch Perfect, kami menonton The Odd Life of Timothy Green. Cerita yang sangat menarik dan berjaya membuatkan aku menangis-nangis didepan laptop milik adik Jeddah, Fitri.

Aku pulang ke rumah yang kosong pada pukul 5 petang. Kosong kerana adik beradik dan mama aku ke Jusco. Ayahku pula pergi memancing sejak dari pagi tadi dan hanya pulang pada hari Ahad. Aku segera mengerjakan solat Asar. Usai solat, aku membuka laptop milik kakakku dan mula mengupdate novel. Novel merupakan terapi buatku sekarang. Aku menulis cerita bahagia supaya hatiku sedikit senang. Sekurang-kurang novel boleh buat aku tersenyum. Mama dan adik beradikku pulang tak lama selepas aku membuka laptop. Sepeti biasa, Tain yang bising berjaya menganggu suasana tenangku. Hmm layankan aje.

p/s: sila lawat blog novel aku; Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais

No comments:

There was an error in this gadget