Friday, May 10, 2013

Kisahku

comel la dok himpit2..

Title minta pelempang hahaha..asyik update je title letak update jadi untuk kreatif yang x seberapa kreatif aku letaklah title ni 'Kisahku' nak tambah x selama beberapa hari x update? kihkihkih~

Sepanjang gheja ni memang liat skit la nak update blog kesayangan hamba ni tapi..dah nama pun kesayangan maka aku updatekan juga huhu~ayatan x boleh blah..

Hari Selasa hari tu aku balik lambat sangat..pukul 10pm baru sampai rumah. Nak tau kenapa? Xnak tau pun aku bagitau gak huhu...apa lagi KTM buat hal la..hari Selasa ari tu kan hujan lebat, so landasan dari Bank Negara menuju ke Kuala Lumpur dinaiki air maka tren aku yang dah sampai pertengahan KL Sentral dan Kuala Lumpur tu terpaksa berpatah balik ke KL Sentral..adoila pening kepala aku weh..bila dah patah balik tu semua kena keluar dari tren sebab tren tu akan meneruskan perjalanan ke Sungai Gadut.

Aku pun keluarlah secara berjemaah dengan penumpang2 yang lain..kami bengang! Yup aku bengang giler sebab dahlah tadi tunggu pun lama ni plak kena patah balik..untuk tenangkan skit hati dan membuang kebosanan, aku berborak dengan sesiapa sahaja yang aku rasa nak borak huhu...maka aku berkenalanlah dengan Sakinah yang datang dari Johor dan nak balik Kepong dan Aya yang nak balik Rawang macam aku. Berborak punya berborak, Aya ada sebut pasal naik bas. Mula2 aku pk kang jam sama juga lama menunggu tapi bila aku pk dalam2 aku rasa lebih afdal kami naik bas dari menunggu macam apa kat KL Sentral tu.

Aku dengan Aya je yang g naik bas sebab Sakinah ni xtau cara nak naik bas sampai Kepong dan xnak amik risiko. Jadi kami g naik LRT sampai Pasar Seni dan meredah hujan g tempat bas. Kuyup tu x usah ceritalah memang lenjun akak you know? Tapi aku dapat satu pengajaran yang bagus. Basah macam mana pun, kalau kita pakai pakaian menutup aurat, kita xkan nampak terlalu seksi walaupun lenjun gitu ada faham? Jadi pakailah pakaian yang menutup aurat~

Kami naik bas SJ nombor 43 yang memang sampai Rawang punya..sepanjang perjalanan, macam2 la kami dok borak huhu..Aya ni setahun je tua dari aku tapi dah ada 3 orang anak~ huhu jeles2..I pun ada 3 orang anak tapi anak jiranlah~huhuhu...kami borak macam2 dan aku dapat gakla fakta yang xleh blah..huhu bagus borak dengan Aya ni..kami terpaksa berpisah kat area Tesco Rawang sebab bas yang kami naik ni akan naik ke Tun Teja (kawasan rumah aku) maka Aya kena naik bas lagi satu untuk teruskan perjalanan ke Bandar Rawang..sempat gak minta nama untuk add kat Facebook huhu malam tu gak aku add..oh Aya ni kerja bahagian audit akaun dan ada gak audit akaun2 gomen..anda rasa apa fakta yang aku dapat? Huhu lu pk la sendiri..

No comments:

There was an error in this gadget