Saturday, May 18, 2013

Pagi Sabtu (^-^)

http://images5.fanpop.com/image/photos/25600000/Rilakkuma-rilakkuma-25606030-1024-768.jpg
Bestnye mereka relax..




Ini pagi wa kilija woo..manyak sedih. Sepatutnya boleh golek-golek atas katil tetiba pula semalam aku dimaklumkan kena kerja hari ni, Ceit!! Sebenarnya kalau tak kerja pun aku dah rancang nak keluar dating dengan Azrain yang sekarang tengah praktikal kat Putrajaya. Hmm abis rancangan koh! Jadi esok jela aku g dating dengan budak tu.


Jadi pagi ni aku bangun macam biasa, dan terus pergi mandi sebelum solat Subuh. Ini habit ye..dah lepas mandi bersiaplah aku dengan gaya biskut lemau..mana tak lemaunya aku rasa malas giler-giler korang tau! Pukul 7.10am aku keluar dari rumah..huhu kesian ayah aku kena merempit lagi pepagi Sabtu sebab nak hantar anak dia ni g stesen KTM Rawang.

Aku sampai stesen KTM dalam pukul 7.18am gak la..ikut jam KTM. So aku tunggu la dengan relax ingatkan pukul 7.30am ada tren len. Tengah aku dok layan blues tetiba aku terpandang skrin yang menunjukkan tren ke Sungai Gadut pukul 7.45am. Aik!! Oh kalau bukan hari bekerja dia gap 30minit ke? Hadui!!!! Pening kepala aku + stress sebab takut lambat. Aku ni bab punctuality memang aku strict giler sebab aku paling benci orang lambat jadi aku pun x mau lambat ada faham? Maka aku dok tenangkan fikiran sambil belek kaki sendiri..ceit! Baru aku perasan yang aku pakai stoking terbalik huhuhuh....biar jela takkan nak tukar kat tengah-tengah ramai orang tu..

Sekali pukul 7.45am pihak KTM buat pengumuman yang tren akan lewat. Aku makin berasaplah weh..gelisah punya pasal aku terus berdiri lagipun dah naik kebas pungung sebab duduk dari tadi. Sekali time aku bangun, aunty India yang dok sebelah aku menggelabah bangun sekali sebab ingatkan tren dah sampai..huhu nak tergelak tapi disebabkan aku tengah bengang maka aku tahan je, nak-nak pulak punya best aunty tu terus nak berdiri depan aku..aik nak potong Q ke apa? Padahal bayang tren pun xde. Bila tengok xde tren, aunty tu blah g cari tempat duduk balik..huhu sapa suruh ikut aku?

Pukul 7.55am macam tu barulah tren sampai dan..manusia-manusia xde sivik ni dok berkerumun nak naik tren tapi x reti-reti nak beratur..oh ini juga kepantangan aku. Aku tak suka manusia xde kesedaran sivik ye? Beratur bila nak naik tren itu kan nampak lebih kemas dan bertamadun dari dok berebut macam barbarian..oh bila dah dalam tren tu kalau nampak ada makcik ke pakcik tua ke silalah bagi tempat duduk sebab mereka lebih memerlukan..oh x lupa juga kepada akak-akak yang mengandung ke bawa baby ke..bagi mereka duduk. Janganlah nak pentingkan diri je!

Okay berbalik kepada cerita aku, dalam tren aku punyalah gelisah sampai tak boleh tidur..well habit sekarang, tidur sebaik sahaja tren bergerak hahahah~ sengal..tapi risau punya pasal sampai x boleh tidur akak you know? Sampai-sampai je kat KL Sentral, aku terus memecut..nak cepat sangat aku naik la escalator tapi...adui lembab pulak! Orang kat depan-depan aku pulak block laluan kiri untuk mereka yanghendak memecut seperti aku..haih sabar jela..dah sampai tingkat atas aku tunjuk tiket mingguan aku sambil lari-lari..huhu lantaklah orang nak kata apa, aku dah lambat faham!

Maunya pukul 8.55am jugaklah aku sampai ofis..penat tak usah ceritalah..kelam-kabut aku pagi ni. Okay untuk hari ni aku ditugaskan untuk jadi receptionist sementara. Maka aku gilir-gilir dengan satu amoi ni untuk jaga kaunter receptionist ni. Jadi aku jaga dua jam (9-11am), dia pula dua jam (11-1pm). Banyak cantik pula amoi ni tetiba nak aku jaga 3 jam dan dia sejam je..amboi aku terus cakap tak nak walaupun pangkat dia lagi tinggi dari aku, Ada aku kisah?! Ingat ikut sedap kau je nak tukar-tukar? Ikutkan perempuan bertudung tak dibenarkan langsung duduk kat tempat receptionist ni..entahlah company ni punya rules, aku lantakkan je.Aku just ikut arahan yang aku dapat je..dah suruh aku dok tempat receptionist aku dok je dengan tudung masih dikepala okay..sampai mati pun aku takkan buka tudung aku semata-mata nak ikut undang-undang manusia sengal ni.

Jadi hari ni aku akan kerja sampai pukul 1. Doakan semuanya berjalan dengan lancar..insyaAllah.

p/s: panjang giler entry..cover sebab tak update banyak hari hehehe..oh layankan je lagu-lagu Cina yang aku letak kat dalam blog ni..bila lagi korang nak belajar bahasa Cina? Teehee (^-^)v
okay sila lawat blog novel akak Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais ..insyaAllah petang tak pun malam ni akak update

No comments:

There was an error in this gadget