Monday, June 3, 2013

Cuti saya 01/06/2013 - 02/06/2013

Cuti hari minggu yang paling busy. Akak busy dik!! Heehehehe gedik..


Okay macam ni hari Sabtu hari tu aku bawa adik-adik aku, Wani dan Lisa g Aquaria, KLCC..terus terang cakap memang penuh dengan orang sebab minggu gaji dan cuti sekolah..masuk je aku dah rasa menyesal huhuhu...x suka!!! Tapi yang bestnya bila dah masuk bahagian Oceanarium..ni je bahagian paling best dalam Aquaria ni aku rasa..oh aku jumpa Nazim Othman yang excited masuk Oceanarium dengan kawan perempuannya..semangat gila kawan tu amik gambar bagai ahahhaa..adik aku cakap yang perempuan tu pun pelakon gak nama Bella..hmm aku tak tau..kenal Nazim ni pun sebab tertengok cerita kat TV3 dulu..dia jadi lelaki psiko maka aku ingat..abis je round Aquaria, adik-adik aku dah mengadu lapar..aku bawalah dorang g makan..adik aku cakap ada spaghetti sedap kat Food Court maka aku turutkan saje..abis makan aku g la turun bawah untuk solat Zohor..oh ye baru aku tau yang kalau nak solat kat KLCC sila solat awal waktu sebab masa ni tak ramai sangat orang maka boleh solat dengan selesa (^-^)




Selepas solat, adik aku ajak jumpa Nadirah dengan Kakak..hmm dorang pun keluar gak tapi g area Bukit Bintang..episod perjalanan pun bermula..aku beli la tiket dari KLCC g Bukit Bintang..turun je dah nampak LRT menunggu maka kami terus naik..masuk2 je baru aku perasan yang aku dah salah amik tren..turun balik la dan tukar tren g Masjid Jamek..dari Masjid Jamek aku naik tren sampai Titiwangsa ni pun sebab ada orang beritahu..sampai Titiwangsa amik monorail sampai Bukit Bintang huhu..aku tertinggal organizer aku tu yang payah skit..dalam organizer tu ada peta perjalanan tren..sebenarnya boleh je tukar tren kat Dang Wangi huhu..xpe belajar dari pengalaman..sampai2 je terus cari mereka-mereka itu..kawan Nadirah, Yana pun ada..maka sesi penderitaan kaki itu pun bermula..berjalan-jalan sambil membeli-belah...yang x tahan tu dorang ni bolh stuck dalam kedai kasut nak deka berejam jugalah..aku terus meragui samada aku ni x cukup keperempuanan atau aku memang x minat sangat dengan shopping ni? hmm aku just beli apa yang aku dan terus balik..xdenya nak belek-belek bagai..


Rubiah in LRT Putra

Hari Ahad (02/06/2013) aku bangun dengan jayanya pagi tu..huhu selepas solat Subuh terus tak tidur. Mandi dan iron baju, bersiap bagai siap online sekejap huhu..tapi just check email dan Facebook jela xdela memblog bagai huhu..pukul 8.50am aku dah keluar dari rumah sebab mereka-mereka menunggu di stesen LRT Putra kat Gombak..Pukul 9.25am macam tu aku dah sampai Putra..hmm lambat skit sebab ayah g isi minyak dan aku beli breakfast huhu..aku menunggu la ketibaan mereka dengan penuh excited hehe..Rubiah samai setelah beberapa minit aku duduk..semangat je budak tu siap turn g tengok harga tiket g Genting Highland sengal itu memang Rubiah. Duduk borak-borak dengan Rubiah..tak lama kemudian Yan dan Zu pun datang huhu Yan datang dengan Myvi putihnya~ masuk kereta terus berborak dan berborak..buka macam-macam topik tapi yang paling best mestilah topik kahwin haha biasa la orang perempuan single..gelak-gelak sampai sakit perut..bayangkan kammi gelak sampai Kuantan kot..huhu nasib baik Dewan Maksak tu senang untuk dicari..sampai je kat majlis Doktor Rosliza dan letak hadiah, aku terus cari tandas hehe nak terkucil ma..ahaha..bila dah settle terus masuk dewan cari doktor..comel je doktor dengan pasangan dia..nampak secocok sangat (^-^)
dengan pengantin (^-^)




Rubiah yang kelaparan terus keluar mencari makanan setelah sesi bergambar dengan doktor dan pasangan hehe thanks to Jazli sebab tolong ambilkan gambo huhu..makanan dia memang best sebab buffet style dan ada banyak variasi hehe ade cendol pulut, keropok lekor, aiskrim..nasi dan pelbagai lauk tu xyah cite la huhu sedap woo~ kekenyangan akak (^-^)

inilah Rubiah yang lapo

Abis kenduri, kami singgah ke IIUM Kuantan huhu tetibe rindu plak kat tempat itu huhu..g singgah solat dan berehat dalam Masjid IIUM..ketahuilah dah banyak pembangunan di situ..kami bertolak pulang pada pukul 4 macam tu..oh ya jem teruk dari Karak sampai Gombak..hmm 5 jam lebih jugalah kami dalam kereta..tapi xpe sebab seronok berjalan dengan mereka-mereka ni hhehehe~





mengather bola kuasa hhuhu~
Oh sila lawat blog novel Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais

4 comments:

RuBy Razali said...

aih~ dah lama tak ngomen kat sini ye dok~ hahhahahaha

petama2... banyak betul la hai muka gua... kedua2... seronok!! lama tak jumpa ko ye... hahahahhaa

ketiga2 dah takde...hahaha

Norlyana Nasrin said...

@RuBy Razali
yela ko kan dah sawangkan blog ko..

hehehe mmg la..muka ko mmg epic..

baru ko tau betapa lamanya x berjumpa? hehehe

ceit! sila update blog anda~

RuBy Razali said...

dah update!!
HAHAHAHAHHA

Norlyana Nasrin said...

@RuBy Razali

baikkkk nnt aku menjenguk!

There was an error in this gadget