Tuesday, June 18, 2013

Meh..


Start dari hari Rabu macam tu aku dah start demam..Khamis aku g gak keja sebab nak target 30 peoples for the next intake but...sampai tempat kerja mula2 okay lagi lama2 terus macam sayur lembik..siap pakai baju sejuk ala2 dok Alaska. Okay seharian aku mendapat simpati orang ramai..terima kasih kerana anda prihatin.

Malam tu nak ke pagi juga la..pukul 1 am aku dah xleh tahan, aku ketuk pintu bilik parent aku minta diorang anta bilik kecemasan ke apa sebab seriously badan aku semacam..giler aku kelam kabut dengan muntah, cirit-cirit, badan shacking x berenti dan sakit kepala tu toksah ceghita la..pukul 1.09am macam tu kami bertolak g Hospital Selayang..

Aku ingat malam xde la orang rupa-rupanya.....ramai juga!! Tensen akak!! Aku amik angka giliran dan bayar rm1 pastu terus duduk tunggu giliran. Mula2 masuk bilik diagnose biase. Nurse tu amik temperature, blood pressure dan tanya soalan2 berwajib. Siap bagi aku telan ubat demam dulu. Dah tu aku kuar tunggu pula giliran nak jumpa doktor bertugas..lama juga la tapi nasib baik doktor ni memang muka menyejuk mata dan sopan..alhamdulillah..bila tengok temperature aku 40.2 degree Celcius dan tahu plak kat tempat aku duduk ni memang kawasan denggi maka aku disuruh buat ujian darah. Aku kuar la dari bilik doktor untuk cari bilik no 9 aka bilik amik darah..sementara tunggu result aku g cari toilet dulu..dah lepas tu masuk balik bilik doktor bertugas tadi. Check punya check nasib baik aku ni xde denggi ke apa just demam panas. Dapat MC ari Jumaat tu..

Kat rumah, oh penderitaan akak masih belum habis...sepanjang malam cirit-birit dan muntah2. Dapat tidur pun berapa jam je. Oh aku juga xleh makan apa-apa sebab asal makan je aku muntah. Minum milo pun muntah balik Ribena pin sama..makan ubat tahan muntah pula bantai tertido lepas tu. Sampai sekarang aku tak boleh nak makan sangat..ni dari pagi aku minum air dan karipap sebijik ni pun seksa nak menghabiskan..berat badan kalau x turun memang menipu..bayangkan turun 5kg akibat sakit..tensen...

p/s" tengah2 aku sakit ni pun ada gak yang x sensitip nak macam2 dari aku..ada gak aku pelangkung baru tau! elok layan elok2 kang aku mengamuk mau x kenai sapa cheq dah!

2 comments:

rizQzaini said...

syafakiLlah (2x)..
demam ni elok la duduk rehat di rumah je, n sila jangan turun ke selatan (melaka/johor)

#jerebuterukgila

Norlyana Nasrin said...

@rizQzaini baru perasan ada komen rizqan huhu..alhamdulillah keadaan kesihatan dah bertambah baik tapi skang adik keempat kita pula demam panas huhu..

ye jerebu teruk tapi alhamdulillah dah kurang sikit kat sini sebab hujan lebat semalam (^-^)

There was an error in this gadget